ISKANDAR PUTERI: DUN Johor kini menggunakan istilah pengimbang bagi merujuk semua Adun pembangkang bagi menjunjung titah Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Khamis lepas.
Perkara itu dimaklumkan Speaker DUN Johor Puad Zarkashi sebelum sesi soal jawab pada persidangan di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar.
“Sebagaimana yang telah dimulakan oleh Adun Machap (Menteri Besar Onn Hafiz Ghazi) semalam, kita akan menggunakan istilah pengimbang, lebih murni, lebih tepat, lebih komprehensif dan lebih futuristik untuk mewujudkan DUN lebih berwibawa.
“Menjunjung kasih Tuanku. Terima kasih,” katanya pada Mesyuarat Pertama (Pembukaan Rasmi) Penggal Persidangan Kedua DUN Johor ke-15 .
Pada titah perasmian pembukaan, Sultan Ibrahim menitahkan supaya wakil rakyat pembangkang di Johor digelar sebagai pengimbang berikutan peranan mereka disifatkan sebagai pengimbang serta pemeriksa kepada kerajaan.
Baginda bertitah, gelaran pembangkang diberikan kepada ahli dewan di pihak bukan kerajaan sebagai kurang sesuai kerana peranan mereka bukanlah hanya membangkang segala cadangan kerajaan semata-mata.
Katanya, mereka turut bertanggungjawab untuk menjadi pengimbang dan pemeriksa terhadap tindakan kerajaan supaya tidak berbuat sesuka hati. - FMT
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.