`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, March 21, 2023

SAMBIL AHLI POLITIK DAN LEBAI M-L-NC-P PENGHUNI PPR SAKIT MENTAL, BUNUH DIRI PULA !! INNA LILLAHI ..

 Yang berikut adalah kenyataan oleh seorang timbalan menteri yang agak selamba dan relaks.

 

police stats show mental problems lead to suicide 

number of suicides is still high

 


 

Over 12.3% minors in PPR flats suffer mental health issues
survey Klang Valley found > 12.3% 10-17 yr old mental problems, suicide risk
study conducted on 1,578 children, teens in 37 PPRs here and in Selangor

mental health issues due to economic problems, uncomfortable living spaces
very limited space available in PPR (units)
compounded further when large family occupies unit too small 
cause teens to leave  home to relieve stress, consume prohibited substances 

population density at PPR, 4,000 - 5,000 people
too much pressure due to lifestyle of neighbourhood 
lack of love and affection from families 
seeking affection from outside 

police statistics show mental health problems leading to suicide 
last year 981 case compared with 1,142 in 2021.
number of suicides is still high

308,445 calls received March 25 - Dec 31 2022
228,480 (72.2%) chronic stress, depression, anxiety

My Comments : 

Saya telah bangkitkan isu ini sejak 20 tahun sudah dan bincangkan isu masalah sosial yang bakal timbul akibat pembinaan rumah kecil dan sempit PPR (atau PPRT) dalam buku saya 'To Digress A Little' (2005).

Pada tahun 1990an seorang pemimpin UMNO telah menjadi jaguh program membina rumah flat PPRT.  Di merata tempat dia berucap dia sebut 'low cost housing', 'housing for the poor' dsb-nya. Waktu itu saya ahli perbankan dan saya pernah mendengar dia mengucap depan mata saya berkenaan 'low cost housing'.

Itu semua hanya camouflage atau penipuan bagi tujuan sebenarnya ia itu meng "AGIH-AGIH" kontrak pembinaan rumah PPRT yang lumayan antara kroni-kroni UMNO pada waktu itu.  

Kontrak membina rumah flat PPRT, kontrak membina masjid dan surau, kontrak membina sekolah, kontrak membina kampus sekolah asrama penuh, kontrak membina bangunan kerajaan dan IPTA  menjadi rebutan untuk cap duit bagi semua jenis kroni-kroni  - sehingga hari ini.

Dalam sistem ekonomi penipuan DEB yang masih kekal, 'government procurement' ataupun perbelanjaan kerajaan menjadi cara termudah untuk mengambil duit rakyat marhaen untuk diAGIH-AGIHKAN kepada kroni-kroni yang ada kabel.

Would you like some proof? Tuan-tuan perlukan bukti tak? Bukti dia senang saja. Tuan-tuan yang duduk garu telor di rumah pernah dapat kontrak-kontrak membina rumah PPR, atau kontrak bina masjid atau kontrak bina apa-apa tak ? Tak pernah kan? Itulah bukti saya. 

Bila tuan-tuan tidak mempunyai kabel dan 'connection' kepada orang-orang besar, lebih baik duduk di rumah PPR dan garu telor sajalah. You are rakyat marhaen. Apa itu rakyat marhaen?


Rakyat jembel? (Definisi : (jémbél) sangat miskin; orang ~ orang miskin, pengemis; rakyat ~ rakyat yg miskin. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Maka tumbuhlah beribu buah rumah PPR yang kecil, sempit, sesak dan menimbulkan pelbagai masalah sekarang termasuk sakit mental, kes bunuh diri dsbnya.

Apa yang tidak disebut si-timbalan menteri itu adalah kes sumbang mahram dan kes hisap dadah di kalangan penghuni PPR.

Dulu Dr Mahathir begitu bangga bahawa dengan hanya membayar RM25,000 sahaja rakyat marhaen dan rakyat jembel mampu membeli rumah batu dengan dua bilik tidur, ruang tamu, dapur dan satu bilik air. Dr Mahathir pernah tanya 'where else in the world can you buy a houe for RM25,000'?

Pada masa itu saya pernah cadangkan (secara bertulis) bahawa kita boleh sediakan rumah PPR yang mempunyai EMPAT BILIK TIDUR, ruang tamu, dapur dan dua bilik air pada harga kurang lebih RM40,000 sahaja. Walaupun bayarannya lebih sedikit tetapi pasti lebih selesa. Dengan harga rumah yang masih 'very affordable' itu.

Rumah PPR yang mempunyai EMPAT BILIK akan lebih selesa, lebih sesuai menjaga kehormatan ibu-bapa dan anak dara di rumah dan juga asingkan anak lelaki dan perempuan. Perkara ini sangat penting untuk penghidupan di kawasan bandar di mana tiada cukup tanah dan kawasan terbuka di persekitaran.  

Tetapi seperti biasa prioriti mereka bukan kebajikan rakyat negara. Prioriti mereka adalah mengAGIH-AGIH kontrak lumayan kepada kroni dan kasta elit. 

Dan untuk maksimumkan keuntungan bagi puak-puak itu  (siap  dengan pembiayaan "derma ikhlas, bukan rasuah" kepada parti politik yang mengAGIH-AGIH kontrak kerajaan)  maka mereka membina rumah PPR yang paling kecil tetapi dibayar duit yang lumayan oleh kerajaan. 

Apa conclusion cerita ini? Conclusionnya ialah puak kroni jadi kaya, tetapi rakyat jembel pula sakit mental dan ada yang bunuh diri.

Bagaimana pula dengan puak lebai? Ikut temberang paling latest oleh se-ekor spesis ini, dia berkokok bahawa raja dan pemimpin negara pun mesti duduk di bawah telunjuk lebai. Fuiyyo. 

Tetapi mereka tidak dapat membimbing rakyat dan anak muda kepada sebarang kebaikan pun. Ataupun bantu dalam penyelesaian pelbagai masalah yang musibahkan masyarakat Melayu.  Selain daripada menakutkan orang dengan api neraka (syurga pula sudah pasti dia punya) apakah sumbangan mereka untuk MENGELAKKAN masalah ini SEBELUM ianya berlaku? 

Ataupun untuk mengatasi masalah ini SETELAH ia berlaku?

Jawapannya TIDAK ADA. KOSONG.

Jadi tuan-tuan KITA JAGA KITA SAJALAH.

Tongsampahkan sajalah puak-puak politik ini, bersama puak-puak kepala balut itu. 

Bila tiba pilihanraya, tukar saja kerajaan. Serupa ibu-ibu tukar kain lampin bayi yang sudah kotor.  Buang saja dan pilih pemimpin lain, pilih kerajaan baru. 

Keep changing them. Jangan berhenti tukar pemimpin dan jangan berhenti menukar kerajaan sehingga mereka boleh menjaga kebajikan kita, menjaga kebajikan masyarakat negara, sebelum mereka jaga periuk nasi dan kereta Mercedes mereka  dulu. 

People First atau Rakyat Di Dahulukan. 

Ahli politik di tongsampahkan.

Kepala balut di bungkuskan.

Tolak mereka semua sekali.

The views expressed are those of the writer and do not necessarily reflect those of MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.