`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Sunday, June 25, 2023

Dilabel ‘biawak hidup’, Pemuda MCA gesa parti tak tanding PRN

Daniel Wa berkata MCA selama ini teguh bersama BN di saat-saat sukar. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Seorang pemimpin Pemuda MCA mencadangkan partinya tidak bertanding pada PRN dan tidak membantu calon Barisan Nasional (BN) yang sombong selepas “berkawan” dengan DAP.

Setiausaha Agungnya Daniel Wa dalam kenyataan berkata MCA selama ini kekal dalam BN di saat-saat sukar walaupun parti komponen lain meninggalkannya.

“Kini dia sudah ada kawan baharu DAP, maka itu dia mendabik dada dan tidak perlukan MCA serta MIC yang digelar ‘biawak hidup’,” katanya yang berharap pucuk pimpinan parti meneliti cadangannya bagi mengajar golongan sombong berkenaan.

Daniel tidak menamakan pemimpin BN yang sombong itu, namun Ketua Penerangan MIC Thinalan Rajagopalu baru-baru ini membidas Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Lokman Adam kerana melabel partinya dan MCA sebagai “biawak hidup”.

Lokman didakwa berkata ini kerana dua parti itu tidak lagi mampu menyumbang kemenangan kepada BN.

Thinalan dipetik berkata, jika benar parti itu dirasakan sebagai beban, beliau meminta Lokman mencadangkan kepada Pengerusi BN Zahid Hamidi supaya mengeluarkannya dari gabungan berkenaan.

MCA sebelum ini dilaporkan sedang mempertimbangkan beberapa pilihan bagi menghadapi PRN di enam negeri, antaranya berkempen untuk rakan parti komponen MCA di bawah BN, tetapi tidak bertanding pada PRN.

Presidennya Wee Ka Siong dilaporkan berkata, MCA lebih banyak kalah di enam negeri terbabit sejak 2008 hingga kini, justeru ia langsung tiada kuasa rundingan dan akan berdepan proses rundingan sangat sukar. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.