`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Friday, June 16, 2023

DASAR CINTAKAN VAMPIRE, PONTIANAK, PELESIT DAN LANGSUIR : HARGA DAGING KORBAN MALAYSIA 2.43 KALI LEBIH MAHAL DARIPADA 35 NEGARA LAIN

 Saya agak heran juga melihat iklan syarikat tempatan menawarkan perkhidmatan daging korban dalam negara dan juga di 35 buah negara lain overseas. Yang berikut adalah keratan iklan mereka. Syabas lah atas usaha mereka untuk menawarkan perkhidmatan yang berbaloi kepada semua pihak. Congratulations.

 


Tetapi yang menarik perhatian saya juga adalah harga bagi daging lembu korban yang di tawarkan.

Harga bagi ONE WHOLE COW atau SATU EKOR LEMBU di 35 buah negara overseas adalah RM2,450 SAHAJA.

Tetapi di Malaysia pula harga-nya adalah RM5,460 bagi SATU EKOR LEMBU. Kalau termasuk 'delivery charges' harganya adalah RM5,950 bagi SATU EKOR LEMBU.

Maksudnya harga seekor lembu di Malaysia adalah sampai 2.43 kali lebih mahal daripada harganya di 35 buah negara lain overseas.

TUAN-TUAN ORANG MELAYU PLEASE WAKE UP OK. 

Harga sekilo daging lembu di pasar sudah lebih RM40 /kg hingga RM70 /kg (batang pinang).   

Di Australia harga sekilo daging lembu adalah AUS$7.35 atau pun RM23.38 sahaja. 

Hampir SEPARUH HARGA daging di Malaysia.


 


Ya saya faham Australia is a beef producer. Tetapi cuba fikir ok, harga daging lembu RM23.38 sekilo di Australia itu termasuk profit margin bagi ladang lembu, wholsesaler, supermarket, kos pengangkutan lori semua sekali.

Why not kita impot saja daging lembu Australia dalam muatan berkapal-kapal (shiploads) untuk mendapat harga yang jauh lebih murah daripada RM40 hingga RM70 sekilo dalam negara kita yang terencat akal ini?

The fact is sejak berpuluh tahun kita memang sudah impot daging lembu dari Australia. Tetapi yang impot itu adalah monopoli dan kartel. Jadi harga jualannya ditetapkan oleh monopoli dan kartel. Bukan secara pasaran terbuka.  Why? Sebab inilah cara Dr Mahathir mahu AGIHKAN kekayaan negara. Dr Mahathir biarkan kaum elit cekik darah rakyat marhaen atau rakyat terbanyak.

Kenapa kita di Malaysia ini selalu rela bayar harga yang paling mahal di dunia untuk apa pun? 

Harga daging lembu DUA KALI lebih mahal, harga kereta DUA hingga EMPAT KALI lebih mahal daripada pasaran dunia, harga tol mahal, harga impot 'Indonesian maid' sampai RM18,000 satu kepala. Semuanya mahal.

Kenapa KEGILAAN ini boleh kekal begitu lama?

Sebab No 1 adalah dasar kerajaan daripada zaman kepala bapak mahafiraun sampai ke zaman kerajaan bangang kepala bontot kekalkan monopoli, oligopoli, kartel, AP, lesen dan permit impot yang memperkayakan kaum elit yang hidup memeras rakyat marhaen. 

Di negara kita, rakyat terbanyak dicekik darahnya untuk memuaskan dahaga minum darah puak pontianak, pelesit dan langsuir (vampire) kaum elit.

Sebab No 2 ialah orang Melayu tak mahu ambil tahu. Lazimnya orang Melayu tak peduli. Orang Melayu tidak bantah atau protes. Takdirlah, rezeki kita lah, rezeki dia lah, secupak takkan jadi segantanglah, tak payahlah bising bla bla. The Malay people just tolerate all this rubbish.

Tuan-Tuan saya cadangkan begini sajalah. Saya cadangkan cara yang paling mudah, cara yang paling baik, cara yang paling berkesan untuk menurunkan KOS SARA HIDUP bagi kita semua.

Kita bagi undi satu round sahaja kepada mana-mana  parti politik atau kerajaan yang pegang kuasa dan selepas satu round kita tongsampahkan mereka. Vote them out.

Kecuali mereka boleh :

1. hapuskan tol atau sekurangnya potong tol 30% dengan serta merta dengan janji akan hapuskan tol ikut jadual terdekat.

2. hapuskan monopoli, AP, lesen dan permit untuk impot segala jenis bahan makanan seperti beras, daging, tepung, makanan laut, sayur, buah-buahan dan apa jenis makanan pun yang tidak terdapat atau tidak cukup dalam negara kita. (Jangan takut our local farmers can compete). 

3. Menurunkan harga kereta sama rata dengan harga kereta di pasaran dunia. Maksudnya harga jualan kereta impot Toyota, Honda, Mercedes dan jenama lain adalah sama dengan harga jualan di Jepun, Eropah, Australia atau Amerika. Dr Mahathir dulu pernah menangis di Perhimpunan Agong UMNO bila dia berkata dia mahu melihat orang Melayu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan orang lain. Pi dah mabuk. Bila mai bab harga kereta pula Dr Mahathir rela orang Melayu (yang dia tuduh sebagai miskin) bayar harga sampai empat kali tinggi daripada harga pasaran dunia. Orang lain pula bayar harga kereta yang jauh lebih murah. (Di negeri China harga kereta EV model terbaru hanya RM46,000).  Tetapi itulah maksud sebenar Dr Mahathir mahu melihat Melayu 'berdiri sama tinggi duduk sama rendah'.   Dr Mahathir sebenarnya p@riahkan orang Melayu. 

Berbalik kepada topik kita Tuan-Tuan, bila datang pilihanraya tongsampahkan saja puak-puak politik ini. Mereka semua adalah penipu belaka. Saya melihat mereka semua, without any exception, lebih pentingkan kaum elit orang kaya, kaum-kaum monopoli, oligopoli, geng-geng kartel dan geng AP. Termasuk penghisap darah syarikat GLC. 

Rakyat terbanyak ke, rakyat marhaen ke, orang biasa ke hanya untuk diperbodohkan dan ditipu bulat-bulat. Untuk mendapat undi tuan-tuan. Lepas sudah dapat undi, Tuan-Tuan boleh pergi mampos.

Terkejut saya baca harga lembu se-ekor di negara lain adalah 2.43 kali lebih murah daripada harga lembu dalam negara saya.

Akhirul kalam, saya nak tanya sedikit soalan misteri kepada Dr Mahathir - Kenapa lembu Tanah Melayu boleh berdiri sangat lebih tinggi daripada lembu negara lain yang duduk jauh lebih rendah? 

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.