`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, June 10, 2023

Hari-hari boleh minta maaf

 

Fuad Rahman.

Setiap kali kita merasakan membuat kesilapan, ringankan mulut untuk minta maaf. Susah sangat ke? Tak payah nak tunggu majlis khas rasmi untuk minta maaf. Tetapi kalau kesilapan itu disengajakan atau dengan niat jahat, maaf pun tidak guna lagi.

Dalam kes Pemuda Umno mahu DAP minta maaf, kita rasa sudah diselesaikan oleh presiden ketika perbincangan jajaran baharu dibuat. Presiden sudah tentu meletakkan syarat pada Pakatan Harapan sebelum bersetuju menganggotai kerajaan perpaduan, antaranya mungkin isu-isu perseteruan jangan dibangkitkan lagi.

Suara Pemuda kena lantang. Itu trademark dari dahulu lagi. Sama ada ia sampai ke penghujung bukan isunya. Sama ada dapat endorsement daripada kepimpinan tidak jadi hal. Asalkan ia diterima baik sayap Pemuda sudah cukup menggegarkan dewan, ketuanya dapat markah penuh.

Ads by Kiosked

Sekurang-kurangnya DAP dapat mesej bahawa Umno khususnya sayap Pemuda sentiasa bertegas ketika memperjuangkan sesuatu isu. Masih ada suara lantang dalam Pemuda. Kepimpinan parti patut bangga dengan sikap ini. Jangan patahkan semangat Dr Akmal Saleh dan anggotanya.

Saat ini paling sesuai bagi Pemuda all out dapatkan semula sokongan orang Melayu dan anak muda. Mulakan perjuangan dengan sedikit pengorbanan. Bukan untuk meraih kemewahan. Era itu sudah makin hilang. Era ini akan menyaksikan mereka yang lebih jujur betul-betul mahu menjaga kebajikan orang Melayu. Biar laungan di persidangan diterjemah di lapangan.

Mereka menggelarnya dinamik politik, diguna untuk kelangsungan parti.

Tiada keterbatasan dalam memberi alasan atas tindakan yang dilakukan. Di satu pihak anda hero dan bagi pihak lain anda dimusuhi. Majoriti bukan lagi rules of the game tetapi minoriti dengan sedikit “plot twist” boleh menjanjikan kemenangan.

Pemuda jangan meratapi apa yang telah berlaku dan berlalu. Tak payah terus mencari salah dan kem mana yang bertanggungjawab. Masa dah suntuk. Kalau Umno tidak mahu ketinggalan dalam PRN, henti witch hunting, atau perpecahan tidak mungkin tertampung. Tak sempat nanti mahu mematikan langkah lawan.

Pemuda tidak sepatutnya menghabiskan banyak masa mendesak permohonan maaf. DAP dah dapat mesejnya. Cuma di masa depan DAP harus lebih berhati-hati sebelum mengeluarkan kenyataan yang mengguris hati sahabat baharunya atau Pemuda akan berada di depan meminta penjelasan.

Ads by Kiosked

Akmal tidak perlu pudar semangat kerana presiden tak setuju dengan desakan mohon maaf. Perjuangan parti bukan terbatas di situ sahaja. Sebagai Ketua Pemuda dan bahagian, Akmal ada ruang dan kemampuan untuk bertindak lebih berkesan dengan menggerakkan sayap menghadapi PRN, daripada tertumpu pada isu-isu begini.

PRN dah hampir. Tak nampak pun bayang panglima Pemuda di lapangan…atau kami yang kabur sebab dimamah usia? Pengundi menjenguk kut-kut terserempak dengan geng Pemuda Umno. Mungkin penampilannya berbeza sebagai rakan baharu PH.

Yang lebih penting ke mana arah Pemuda bawah kepimpinan Akmal? Akur dengan kepimpinan, menjadi check and balance yang lebih berkesan, atau jadi popular? Sudah tentu Pemuda tidak boleh terlalu bertelagah dengan kepimpinan atau banyak tindakan akan tertangguh dan jentera terganggu. Akur bukan membuta-tuli tetapi lebih berhemah.

Pemuda mesti mengangkat balik martabat parti untuk kembali diyakini pengundi. - FMT

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.