`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, June 8, 2023

Jom beli sampin baharu

 

Setiausaha Agung Umno Asyraf Wajidi mengajak mereka yang merindui parti sama-sama datang ke perhimpunan agung Umno untuk membeli sampin baharu. Ternyata kenyataannya ada nada mengusik atau memerli pemimpin yang dipecat dan digantung keahlian. Tentulah kena duduk di luar sebagai pemerhati. Gurauan ini memedihkan luka perpecahan dalam parti.

PAU kali ini akan menyaksikan kehadiran Anwar Ibrahim sebagai tetamu kehormat. Pertama kali perwakilan keseluruhan boleh mendengar dari mulut Anwar mengenai sejauh mana PMX appreciate sokongan Umno kepada kepada kerajaan madani. Buktinya akan terlihat di PRN tidak lama lagi, sejauh mana peranan Umno-BN, khususnya dalam pembahagian kerusi. Akan ada sedikit perbalahan mengenai siapa yang berhak atau akan ada pengorbanan atas alasan kerjasama?

Sukar untuk sembunyi rasa tidak puas hati.

Akan hadir juga wakil dari DAP, PKR, dan Amanah. Ini kerja PR untuk meyakinkan kesatuan yang jitu bagi menghadapi PRN. Tetapi Pemuda Umno memilih sebaliknya. Ketuanya Dr Muhammad Akmal Saleh mahu persidangan Pemuda dibuat close door. Mereka mahu selesaikan masalah ‘adik-beradik’ dulu, dan bukan di hadapan orang luar. Kekoklah nak cakap pasal perjuangan parti sendiri di depan pemimpin PH.

Tak tahulah sama ada Akmal membelakangi MT dalam tindak-tanduknya sebab Umno tidak mampu lagi berpecah dalam senario politik masa kini.

Dalam nada yang serius AJK Umno Selangor, Jamal Yunos, mengajak Noh Omar kembali menyumbang kepada parti itu. Begitu juga dengan bekas ahli yang lain. Apakah ini kenyataan menjelang PRN atau memang serius mahu pemimpin yang digantung dan dipecat kembali ke pangkuan parti?

Kalau serius, tentunya Khairy Jamaluddin pun ada peluang kembali kepada Umno, memandangkan KJ pun belum buat sebarang keputusan menyertai mana-mana parti. Ramai dalam kalangan pemimpin Umno setuju KJ aset parti, rugi kalau terlepas kepada parti lain.

Dengar kata KJ lebih suka tubuh parti sendiri. Tetapi ramai yang rasa KJ tak cukup branding untuk capai tujuan. Takut KJ boleh sampai tahap Muda sahaja. Boleh berkawan dengan Syed Saddiq.

Ads by Kiosked

Mungkin KJ akan berada bersama-sama Perikatan Nasional pada PRN. Kata KJ, dia akan berjumpa sendiri dengan Muhyiddin Yassin untuk beritahu keputusannya. Apa sahaja boleh berlaku. Sukar menelaah langkah KJ seterusnya.

Kalau kita mengikuti ulasannya di Keluar Sekejap, KJ menyokong apa sahaja usaha reformasi ke arah membangunkan ekonomi, tidak kira dari parti mana, asalkan memberi manfaat kepada rakyat. Kesimpulannya KJ masih terbuka dalam memilih masa depan politiknya. - FMT

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.