`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, June 26, 2023

Keluarga terkejut jurulatih TUDM maut dalam letupan bom lempar

 

Syuib Bidin meninggal dunia di Hospital Segamat ketika dirawat akibat kecederaan parah pada 5.45 petang semalam. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Keluarga terkejut dengan pemergian jurulatih Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Syuib Bidin, 33, dalam letupan bom lempar ketika sesi latihan di Kem Syed Sirajuddin di Gemas, Negeri Sembilan semalam.

Terdahulu, Markas Tentera Udara dalam kenyataan berkata, jurulatih Institut Pengajian Pentadbiran dan Pengurusan (Instar) di Pangkalan Udara Sendayan itu meninggal dunia di Hospital Segamat ketika dirawat akibat kecederaan parah pada 5.45 petang semalam.

“Kami terkejut apabila mendapat tahu berita sedih kira-kira 6 petang memaklumkan Syuib sudah tiada,” kata Kamaruddin Yusof, 51, saudara Allahyarham menurut Harian Metro.

Katanya, mereka sekeluarga tahu mengenai kecederaan dialami Syuib selepas dihubungi saudara terdekat pada 2.15 petang.

“…sebaik menerima berita itu, saya bersama beberapa keluarga terdekat terus bertolak dari Kuantan ke Hospital Segamat. Saya tidak menyangka Syuib sudah meninggalkan kami semua buat selama-lamanya pada 6 petang,” katanya.

Kamaruddin menyifatkan anak bongsu daripada empat beradik itu sebagai anak baik dan mesra dengan saudara-mara serta penduduk kampung.

“(Kami) reda dengan ketentuan Ilahi,” katanya sambil menambah Allahyarham meninggalkan isteri berusia 30-an bersama dua anak berusia setahun dan tiga tahun.

Selain Syuib, penuntut Kursus Pembantu Pertahanan di Instar Pangkalan Udara Sendayan, Mohd Iqmal Masdi, 22, meninggal dunia kira-kira 12.10 tengah hari semalam di tempat kejadian kerana parah akibat letupan bom lempar.

Kejadian itu berlaku ketika mangsa sedang menjalani latihan menembak senjata bantuan dan bom lempar di Tapak Latihan Grenade Asas, Lapang Sasar Kem Syed Sirajuddin.

Seorang lagi jurulatih Instar, Khairuzaman Lokman, 35, dari Kluang yang sedang dirawat di Hospital Segamat, dilaporkan stabil. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.