`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Saturday, June 24, 2023

Settle down, bantu rakyat

 

Bila nak settle down? Banyak alasan dah kita dengar. Dulu kita faham kerajaan terpaksa bergelut dengan Covid-19. Kita hargai usaha kerajaan menjaga kebajikan rakyat ketika itu. Rupanya kemelut politik masih berlegar di lapangan dan belum reda lagi.

Bulan depan kita akan berhadapan PRN di enam negeri. Para pemimpin negara sibuk sekali lagi. Kita harap selepas PRN ada masa terluang untuk mereka tumpu mengembalikan kekuatan ekonomi. Tugas berat untuk melakukannya.

Dalam keadaan ringgit jatuh dan pasaran saham melemah, negara memerlukan tim ekonomi yang efektif, bukan setakat half-cooked solution untuk mendiamkan keresahan rakyat. Kemudian memberi jawapan yang longgar apabila rakyat mempersoalkannya.

Tidak tahu sejauh mana benar khabar angin tentang rombakan Jemaah Menteri. Langkah memanggil Johari Ghani dan Khairy Jamaluddin dalam mesyuarat hala tujuan ekonomi usaha bijak. Masa semakin suntuk dan jika dibiarkan lebih lama, kesan kemelesetan akan parah.

Melihat dari jauh memang mudah. Apabila berada di kerusi pemandu, tergamam pula untuk menentukan arah. Rupanya baru sedar ia bukan mudah dan bukan setakat cadangan atas kertas. Kerajaan perlu adakan lebih banyak sesi brainstorming melibatkan pakar ekonomi negara untuk segera mengurangkan impak kemelesetan yang kita hadapi sekarang. Sekurang-kurangnya kita nampak hala tuju ekonomi negara sebelum penyelesaian sepenuhnya dibuat.

Jika rakyat merasakan beban reda sedikit pun sudah memadai. Kalau rakyat tidak dibenarkan mengeluarkan duit KWSP, takkan tak ada cara lain untuk membantu. Janganlah apabila temui jalan buntu, rakyat dibebelkan kerana tidak menyimpan dan berjimat, boros, dan tidak bijak mengurus wang.

Rakyat tidak kisah pun berapa peratus yang sokong cara kerajaan sekarang mengurus negara atau sama ada kerajaan sekarang lebih baik berbanding yang dahulu. Statistik itu cuma membantu strategi politik. Rakyat cari jalan sendiri. Siang bekerja tetap, malam buat kerja penghantaran. Kos hidup terus naik. Jangan nak leter rakyat malas lagi.

Pandangan Dr Mahathir Mohamad masih dicari di peringkat antarabangasa. Tiap tahun Tun dijemput menghadiri Nikkei Conference di Tokyo untuk memberi pandangan mengenai masa depan ekonomi dunia dan peranan Asia. Tetapi sebab dalam kem politik yang berbeza, Tun hanya boleh menegur cara pengurusan negara tetapi inputnya tidak diminta. Tun dipersalahkan kerana menyebabkan keadaan ekonomi sekarang.

Memang mustahil untuk melihat Tun menjadi salah seorang penasihat ekonomi kerajaan perpaduan. Tidak mungkin berlaku. Tidak ada seorang pun penganalisis politik yang membawa idea ini. Mungkin secara tidak langsung, idea Tun boleh dipetik melalui badan-badan penasihat yang menjadi sebahagian daripada network kerajaan sekarang. Cuma jangan claim kredit untuk jaga maruah politik.

Dalam suasana kesempitan begini, semua orang patut chip-in tanpa mengira ganjaran tapi kita lebih cenderung mahu membuktikan siapa lebih bijak mengurus negara, walaupun bezanya cuma 0.02%.

Setiap kali rakyat bertanyakan bila iklim ekonomi akan pulih sedikit, jawapannya kerajaan mewarisi masalah pengurusan dari pentadbiran sebelumnya. Kan lebih enak kalau diberitahu jalan penyelesaiannya dan apa rancangan terdekat supaya rakyat lebih tenang menghadapi masa depan. - FMT

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.