`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, June 15, 2023

Tahanan lolos lokap berjaya ditangkap, seorang masih bebas

 

Tahanan berusia 21 tahun itu ditemui dalam keadaan keletihan dan terdapat kesan calar di bahagian badan dan kaki. (Gambar Facebook)

KUCHING: Seorang daripada dua tahanan warga asing yang melarikan diri dari lokap Balai Polis Tapah dekat sini Isnin lalu berjaya ditahan semula di sebuah kawasan kolam pancing di Jalan Kuching-Serian, pagi tadi.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Mohd Azman Ahmad Sapri, berkata suspek berusia 21 tahun itu berjaya ditahan hasil daripada makluman awam yang melihatnya di kawasan terbabit.

“Bertindak atas maklumat itu, polis dari balai Padawan ke tempat kejadian dan semasa pemeriksaan mendapati suspek adalah seorang daripada OKT (orang kena tuduh) yang melarikan diri dari Balai Polis Tapah.

Ads by Kiosked

“Semasa tangkapan dijalankan, tidak ada apa-apa pergelutan dan suspek didapati dalam keadaan keletihan, terdapat kesan calar di bahagian badan dan kaki dipercayai akibat bermalam di kawasan belukar sekitar kolam pancing itu,” katanya pada sidang media di Balai Polis Tapah.

Azman berkata, orang ramai diseru untuk terus memberikan maklumat bagi mengesan seorang lagi suspek yang juga warga Indonesia berusia 31 tahun.

“Setakat hari ini, polis menambah kekuatan sebanyak 156 anggota dengan melibatkan Pasukan Gerakan Am, Unit Dron PGU (Pasukan Gerakan Udara), K9 (unit anjing pengesan) dan bomba,” katanya.

Kedua-dua suspek yang disiasat mengikut Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen itu ditangkap 7 Jun lepas dan ditahan di Balai Polis Tapah, namun berjaya melarikan diri sekitar 1 tengah hari, Isnin lepas. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.