PETALING JAYA: Tentera laut menubuhkan lembaga siasatan bagi menyiasat punca kebakaran KD Laksamana Muhammad Amin yang sedang menjalani pembaikan, pagi tadi.
Menurut kenyataan tentera laut, kebakaran yang berlaku di bilik penyimpanan peluru kapal itu adalah kecil dan ketika kejadian tiada peluru atau bahan letupan disimpan kerana sudah dipindah keluar.
Kejadian berlaku ketika KD Laksamana Muhammad Amin sedang menjalani pembaikan di Kilang Gred One, Kampung Acheh, berdekatan Sitiawan, Perak.
“Bahagian kapal yang terjejas adalah sebahagian kecil laluan utama, ruangan penginapan belakang dan ruangan simpanan peluru.
“Sesuai dengan prosedur operasi standard TLDM, ketika kapal menjalani kerja pembaikan di limbungan, semua bahan letupan dipindahkan keluar untuk simpanan keselamatan,” kata tentera laut.
Kapal terbabit juga tidak dihuni sepanjang tempoh tersebut dan hanya dinaiki petugas yang melaksanakan rondaan keselamatan pada masa tertentu.
Tiada kemalangan jiwa atau kerosakan besar akibat kebakaran itu.
Menurut tentera laut, punca dan taksiran kerosakan sebenar akan diketahui setelah siasatan bomba selesai.
Terdahulu, bomba berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kebakaran pada kapal tentera laut yang sedang dibaiki di sebuah limbungan dekat Sitiawan pada 10.03 pagi.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata pasukan daripada Balai Bomba Sitiawan digegaskan ke lokasi dengan dibantu pasukan Balai Bomba Manjung.
Kebakaran berjaya dipadamkan dalam tempoh 20 minit. - FMT
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.