`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 

21 JUNE 2026

Monday, August 17, 2026

Kawasan hutan berhampiran masjid negeri Selangor terbakar

 KEBAKARAN hutan yang kelihatan dari Bangunan Sultan Idris Shah mencetuskan panik orang ramai. FOTO tangkap layar video tular.

KEBAKARAN hutan yang kelihatan dari Bangunan Sultan Idris Shah mencetuskan panik orang ramai. FOTO tangkap layar video tular.
Shah Alam: Kebakaran hutan seluas 2.8 hektar berhampiran Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini, hari ini mencetuskan panik pekerja dan penduduk berhampiran.

Lokasi juga berhampiran Bangunan Sultan Idris Shah yang menempatkan ibu pejabat Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS).

Selain itu, kawasan kebakaran turut berdekatan Bulatan Setia Jasa, Taman Lembah Bukit SUK dan Makam Diraja Shah Alam, malah video mengenainya tular di media sosial selepas dikongsi warganet.

Penolong Pengarah Operasi Negeri Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Ashbar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan memaklumkan kebakaran itu pada 1.01 tengah hari.

Katanya pasukan seramai 10 anggota dan tiga jentera daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam ke lokasi untuk operasi pemadaman.

"Kebakaran itu hanya membabitkan kawasan hutan bukit dan tidak melibatkan sebarang struktur (bangunan) atau mangsa," katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, kebakaran itu berjaya dikawal namun proses pemadaman masih berterusan.

"Ketika ini (8.30 malam) 60 peratus kawasan berjaya dipadamkan," katanya. - hmetro

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.