Bagaimana 'nilai semula hubungan' dengan perdana menteri pada masa sama parti duduk dalam kerajaan pimpinannya?

Now that DAP sudah memutuskan untuk kekal dalam kerajaan perpaduan, apa langkah seterusnya? Lebih tetap seperti apa yang tertera di tajuk artikel
ini – bagaimana mahu merealisasikan hasrat parti?
Kita tahu keputusan dicapai menerusi undi 1,857 pewakilan parti pada kongres khas DAP semalam. Hanya 242 perwakilan mahu parti keluar kerajaan.
Sebelum pengumuman rasmi dibuat malah sebelum pengundian pun, sudah agak nyata keputusan kekal akan dicapai. Ini kerana kebanyakan perwakilan yang berucap sebelum proses pengundian dijalankan, menyuarakan hasrat DAP kekal dalam kerajaan tetapi mahu parti meneliti kekurangan dan kelemahan yang ada untuk diatasi segera. Apa yang DAP mahu ada saya huraikan dalam artikel siaran Sabtu lalu.
Antara ucapan perwakilan semalam yang antara paling menarik menurut saya ialah yang dibuat Sangeet Kaur Deo, perwakilan DAP Selangor. Walaupun mahu DAP kekal dalam kerajaan beliau mempersoalkan tindakan melawan rasuah.
“Kita dapat mandat untuk memerintah atas janji mahu banteras rasuah. Adakah kita sudah melakukannya? Belum,” kata beliau. Untuk berlaku adil perlu dinyatakan kerajaan ada ambil tindakan banteras rasuah membabitkan kes profil tinggi. Untuk berlaku adil buat Sangeet pula mungkin bagi beliau itu belum mencukupi.
Menarik apabila Sangeet meneruskan hujah dengan berkata “Presiden Umno Zahid Hamidi dilepas tanpa dibebaskan bagi 47 pertuduhan ke atasnya.”
I must say she do have a point. Meskipun Peguam Persekutuan Ahmad Hanir Hambaly dipetik April lalu berkata keputusan DNAA Zahid tidak bercanggah undang-undang. Maka, wajarlah pihak berwajib khususnya yang memberi DNAA kepada Zahid memberi penjelasan sekali lagi. Sangeet kita semua tahu ialah peguam.
Sehari sebelum kongres khas DAP, Razlan Rafii salah seorang pegawai Zahid dipetik Malaysiakini mendakwa cadangan atau usul DAP keluar kerajaan “hanya satu usaha pressure Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan desak kerajaan untuk memenuhi tuntutannya.”
Berbalik ucapan Sangeet. Kata beliau Umno secara terbuka menyerang DAP walaupun dua dua parti duduk dalam kerajaan perpaduan. She’s right. “Adakah mereka ini benar-benar rakan gabungan yang boleh kita bekerjasama?” soal beliau.
Justeru, (ini paling menarik pada hemat saya) Sangeet menggesa Jawatankuasa Tertinggi Pusat atau CEC DAP “dengan serius menilai semula hubungan kita dengan Anwar.”
Mengapa? Beliau mendakwa Anwar “memecah-belahkan dan melaga-lagakan kita” instead of “menyatukan rakan-rakan gabungan”. Adakah dakwaan itu betul? Atau adakah kata-kata itu bagi ‘menjaga air muka’ DAP jika parti memutuskan untuk kekal dalam kerajaan?. Saya ulang ucapan beliau disampaikan sebelem perwakilan mengundi.
Apa yang Sangeet mahu CEC parti lakukan? Bagaimana ‘nilai semula hubungan’ dengan perdana menteri pada masa sama parti duduk dalam kerajaan pimpinannya?
Semasa beliau berucap, PKR juga sedang mengadakan kongresnya tetapi di Melaka, dan Anwar selaku presiden parti memberitahu perwakilan dan juga semua ahli partinya bahawa beliau sebagai perdana menteri memilih meneruskan kerjasama dengan Umno dan Barisan Nasional dalam kerajaan perpaduan demi memastikan kestabilan serta kemamuran rakyat.
I am sure he was addressing concerns dan rasa tidak puas hati juga kemarahan ahli PKR yang tidak senang dengan kerjasama BN-Perikatan Nasional semasa PRN Johor dan Negeri Sembilan diadakan. Ketika berkempen BN mnyerang keras Pakatan Harapan khususnya PKR.
Di Melaka juga Anwar bercakap mengenai menuruskan reformasi. Sebelum itu yakni pada hari pertama kongres PKR, beliau mengumumkan pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti. Only one reform? Benar tetapi janji mansuhkan Auku sudah lama dibuat.
Di Kuala Lumpur pada sidang media di akhir kongres DAP Loke Siew Fook berkata partinya menerima realiti perlu kerjasama dengan Umno dalam kerajaan perpaduan demi memastikan kestabilan pentadbiran negara dan membolehkan agenda reformasi diteruskan.
Keputusan DAP semalam saya berpendapat sesuatu yang logik dan pragmatik serta praktikal. Dan menunjukkan kesetiakawanan terutama ketika PH berdepan cabaran besar BN-PN. Namun, pasti DAP dituduh segala macam yang tidak perlu saya ulang.
Cuma, DAP perlu berhati-hati dalam usaha memastikan janji refromasi tertunai. Apa lagi dalam usaha mendapatkan semula keyakinan dan undi penyokong tegar mereka terutama masyarakat Cina.
DAP tidak boleh memaparkan imej ‘kecinaan’ keterlaluan kerana yang dikendong mungkin tidak berciciran tetapi apa yang dikejar pasti tidak dapat. Tidak perlulah saya huraikan.
Dan all the good work untuk menambat hati orang Melayu akan dipersia-sia. Benar kata Loke memang susah dapat sokongan Melayu. For obvious reasons. Susah bukan mustahil.
Sokongan pengundi Melayu kepada Loke sendiri meningkat meskipun beliau kalah di Chennah, Negeri Sembilan tempoh hari.
Ong Kian Ming calon DAP di kerusi Parlimen Bangi menang pada PRU 2018 dengan majoriti amat besar. Bangi kawasan majori Melayu. Dan apabila Ong digantikan oleh Syahredzan Johan pada PRU 2022 beliau menang juga di Bangi dengan majoriti besar. Bagi saya orang Melayu at least in Bangi tak marah orang Melayu bertanding atas tiket DAP.
Pasti ada yang tidak gembira DAP kekal dalam kerajaan perpaduan. Sebelum perwakilan DAP mengundi, Ketua Penerangan PAS Ahmad Fadhli Shaari sudah mendakwa kongres khas DAP hanya ‘wayang opera’.
Katalah kongres itu memutuskan DAP keluar kerajaan-pasti PAS melompat gembira lantas buat kenduri. Umno mesti dijemput. MCA pun tumpang semangkuk. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.