`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 

31 AUGUST 2026

Wednesday, September 9, 2026

Menang Johor, N Sembilan bukan lesen untuk BN jadi sombong, kata Johari

 Naib presiden Umno berkata BN perlu terus bekerja dan meyakinkan rakyat bahawa parti itu sudah belajar daripada kesilapan lalu.

JOHARI ABDUL GHANI - PAU 2026
Naib Presiden Umno Johari Ghani berkata kejayaan itu perlu dilihat sebagai amanah untuk BN terus bekerja bukannya alasan untuk mengambil mudah sokongan rakyat.
KUALA LUMPUR:
Kemenangan besar Barisan Nasional (BN) di Johor dan Negeri Sembilan bukan tiket untuk parti itu berasa selesa atau menganggap sokongan rakyat akan kekal, kata Naib Presiden Umno Johari Ghani.

Sebaliknya, beliau berkata BN perlu terus bekerja dan membuktikan kepada rakyat, parti itu benar-benar sudah belajar daripada kesilapan lalu.

Katanya, Presiden Umno Zahid Hamidi sendiri mengingatkan ahli parti supaya tidak sombong selepas kemenangan dalam dua PRN berkenaan.

“Presiden pesan, kita menang Johor dan kita menang Negeri Sembilan itu tidak bermakna kita boleh menang selamanya.

“Jadi kita jangan sombong, kita terus buat kerja,” katanya ketika ditemui selepas taklimat presiden Umno di Pusat Dagangan Dunia (WTC) sempena Perhimpunan Agung Umno 2026.

Johari berkata, BN perlu terus berusaha mendapatkan kepercayaan rakyat dan tidak menganggap kemenangan pilihan raya sebagai tanda parti itu sudah kembali kukuh sepenuhnya.

“Kita kena meyakinkan rakyat bahawa Barisan Nasional ini telah belajar banyak benda dan kita akan cuba memperbaiki segala kelemahan yang kita ada dalam Barisan Nasional,” katanya.

Pada PRN Johor 11 Julai lalu, BN menang 48 daripada 56 DUN, manakala Pakatan Harapan (PH) memperoleh lapan kerusi.

Di Negeri Sembilan pula, BN menang 18 daripada 36 DUN pada PRN 1 Ogos, manakala PH memperoleh 11 kerusi dan Perikatan Nasional (PN) tujuh.

Kemenangan itu membolehkan BN kembali menerajui kerajaan Negeri Sembilan selepas lapan tahun dengan kerjasama PN.

Namun, Johari berkata kejayaan itu perlu dilihat sebagai amanah untuk BN terus bekerja, bukannya alasan untuk mengambil mudah sokongan rakyat.

Katanya, BN perlu menunjukkan perubahan dan memperbaiki kelemahan jika mahu kekal relevan serta mempertahankan sokongan dalam pilihan raya akan datang. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.