`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, September 21, 2011

Ucapan PM Najib: beri yang tidak beri ( in Malay)


Saya telah memberi ulasan keatas ucapan PM Najib yang di buat menjelang tarikh pengujudan negara Malaysia. Mereka yang tidak ada modal untuk berhujjah- biasalah akan mengeciskan tulisan tersebut sebagai luahan dendaman. Bagaimana kita melayani respons seperti itu?

Ulasan one-liner mereka tidak perlu di pedulikan. Tidak ada fikiran yang signifiken yang boleh kita berikan kepada ulasan one-liners. Saya tidak akan memohon maaf keatas kedangkalan fikiran orang seperti ini. Mereka bertanggung jawab keatas kedangkalan mereka sendiri. Pada masa yang sama, UMNO tidak perlukan orang jenis ini. Mereka sudah di luar redemption dan saya tidak terdaya mengobah pandangan cetek mereka walhal saya telah mengajak pembaca budiman untuk memberikan hujjah balasan yang rasional. Nampaknya yang budiman dan 'berotak' sedikit tidak cenderung menyokong UMNO. Ini suatu petanda yang berbahaya.

Demikian juga, pembaca yang sedemikian tidak akan dapat mengobah persepsi saya bahawa saya merasakan ucapan tersebut tidak ada nilai luar biasa. Tolong buktikan kesilapan saya. Jangan tuduh saya takde kerja lain asyik hentam Najib, hentam adik beradik Najib dan hentam bini Najib. Kebenaran nya ialah mereka gagal membentangkan hujjah untuk meyakinkan kita dan bayangkan kesan nya keatas rakyat yang membaca yang menunggu nunggu penhujjahan yang bernas dari para juak UMNO.

Maka, elok kita ulangi beberapa persoalan supaya menyenangkan kefafahaman mereka. Mudah mudahan, belakang parang di asah, lama lama akan tajam. Sudah sampai masa nya, pembaca Melayu khasnya, mengraduankan diri dari membaca makian dan hamunan, celaan, dan penghinaan dan sebagainya. Minda orang Melayu tidak berkembang membaca hasil picisan dan sastera kuning tersebut.

Besar mana bahagian rakyat negara ini yang tertakluk dengan pembubaran ISA? Adakah ISA menjadi faktor penting dalam kehidupan harian rakyat yang berdepan dengan harga barangan yang kian meningkat? korapsi yang meluas, urusniaga kerajaan yang di rahsiakan tapi menguntungkan mereka yang terpilih? Saya juga menyebutkan perihal harapan rakyat untuk mendengar pengistiharan yang membawa perubahan substantive kedalam kehidupan harian mereka.

Tapi ini tidak bererti pembubaran ISA tidak penting. Kenapa ianya tidak di istharkan dalam parlimen sebab ISA melibatkan pada asasnya orang politik? Itu medium penyampaian yang lebih tepat. Disana kita boleh debatkan, jika ISA di mansuhkan, bagaimana dari segi undang undang kita menangani ancaman yang tertakluk dibawah ISA selama ini? Bagaimanakah hak seseorang, terutama yang mempunyai fahaman politik yang berbeza di lindungi oleh undang2? Cara terbaik ialah mereka di hadapkan untuk membela diri di bawah akta tertentu dalam mahkamah terbuka. Tidak ada sesiapa yang lucut hak kebebasan peribadi kecuali ia di hukum oleh undang undang dalam mahkamah terbuka.

Jika kita mahu isitiharkan sesuatu yang berani dan menggegarkan dalam media umum seperti siaran TV, rakyat sebenarnya mengharapkan perkara yang melibatkan kehidupan seharian mereka.

Orang Melayu misalnya mahu melihat apakah program konkrit untuk merealisasikan agenda ekonomi Bumiputera. Jika kita telah pun mengistiharkan bahawa wadah mencapai agenda tersebut ialah Model Ekonomi Baru- atau market driven affirmative action, apa jadah nya komponen MEB tersebut? Adakah penjualan asset stratejik negara merupakan cara terpenting meliberalisasikan ekonomi Malaysia? Pertukaran saham MAS dengan saham Air Asia mendekatkan lagi pencapaian agenda ekonomi Bumi?

Jika kita letakkan pemimpin dalam GLC yang tidak berjiwa Melayu yang bangga pula dengan pemujaan mereka kepada factor ‘merits’ sampai bila pun, agenda tersebut tidak akan tercapai.

Sebab itu, saya mengharapkan ucapan PM akan melibatkan antara lain pengistiharan kita bubarkan Khazanah Berhad dan saham yang mereka pegang dan portfolio pelaburan yang ada dalam tangan mereka di pindahkan kepada institusi Amanah Pelaburan Bumiputera.

Juga saya ingat saya akan dengar bahawa urusan jual beli dan pemindahan saham oleh PNB sebagai pengurus pelbagai Amanah Pelaburan Bumi akan di perketatkan dan urusniaga mereka akan lebih telus dan terang. Saya ingatkan PM akan beri amaran kepada institusi ini bahawa mereka memegang asset pencipta pulangan bagi pihakrakyat dan bukan bagi pihak beberapa syarikat milik bumi yang kaya raya dan terkenal.

Sebagai contoh, ada rakyat kita sedar yang Sapura sedang membuat bida untuk membeli saham UMW yang di miliki oleh PNB? Saham inilah yang memberi pulangan yang baik kepada PNB yang kemudian nya membolehkan PNB membayar pulangan yang baik kepada pemegang saham PNB. Sapura yang sudah kaya dan akan bergabung dengan Kencana( yang ber’front’kan anak Dr Mahathir sedangkan pemilik sebenar nya ialah tauke Singapura) tidak perlu jadi tamak dan mahu mengaut segala sumber pulangan yang baik.

Apa akan tinggal untuk golongan bumiputera yang lain? Jika kerajaan membenarkan pembelian oleh Sapura bererti benarlah fahaman saya mengenai istilah Bumiputera itu; Bumi di belakang, putera( bangsawan, yang terkenal, yang bertalian) berada di barisan depan, ambil dulu segala nya.

Berdasarkan perbandingan dengan isiu isiu ini, saya merasakan ucapan PM Najib tidak lah luar biasa. Demikian juga dengan Akta Percitakan yang di ubah oleh PM. Adakah rakyat kisahkan sama ada lesen di beri atau tidak? Pihak kerajaan masih mengekalkan hak pemberian lesen kepada siapa yang mereka persetujui. Senang atau sukar mendapat lesen percitakan akan hanya melibatkan perasaan sebahagian kecil rakyat berbanding dengan lebih banyak rakyat yang terkena kesan harga naik dan korapsi.

sebetulnya, audiens manakah yang jadi sasaran PM ketika membuat ucapan tersebut?

Posted by sakmongkol AK47

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.