`

Tuesday, January 31, 2012

Hunt for Kamal Hisham


There has been a series of news about a particular Johor Bahru based lawyer Kamal Hisham. He has been said to be involved in cheating or criminal breach of trust cases involving very high profile individuals and their immediate families.

Polis bekerjasama dengan Interpol kesan Kamal Hisham bantu siasatan pecah amanah

JOHOR BAHRU 30 Jan. – Polis negeri ini akan bekerjasama dengan polis antarabangsa (Interpol) untuk mengesan seorang peguam yang dikehendaki bagi membantu siasatan satu kes jenayah pecah amanah melibatkan kerugian RM660,000.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Asisten Komisioner Rosman Omar berkata, lelaki itu, Kamal Hisham Jaffar, 42, dipercayai masih berada di Malaysia.
“Jika dia berada di luar negara, kita akan bekerjasama dengan Interpol kerana kenyataannya amat penting bagi kes tersebut,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Difahamkan, Kamal Hisham kini berada di Dubai berikutan tersiarnya satu iklan di beberapa akhbar tempatan baru-baru ini menunjukkan beliau menerima satu anugerah di sana.
Dalam iklan itu, beliau dilihat menerima anugerah The Emerging Legal Consultant In The UAE Award-2011 di Anugerah Perniagaan Malaysia Kedua di Dubai pada 18 Disember 2011 bagi pihak Kamal Hisham & Associates.
Namun, Utusan Malaysia dimaklumkan mengikut rekod Jabatan Imigresen, lelaki berkenaan tidak pernah keluar negara dan masih berada di negara ini.
Mengulas lanjut, Rosman berkata, peguam terbabit memiliki kad pengenalan bernombor 700301-01-5853 dan alamat terakhir di No. 6, Lorong Mutiara, Kampung Melayu Majidee di sini.
Beliau berkata, kenyataan daripada Kamal Hisham amat diperlukan dan penting bagi menyelesaikan kes yang disiasat di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara maksimum 20 tahun, sebatan dan denda jika sabit kesalahan.
“Saya menyeru orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai peguam berkenaan diminta menghubungi pegawai penyiasat, Asisten Supritendan Azlan Ahmad di talian             07-3354177       atau            019-4101222      ,” katanya.
***************
The lawyer representing Kamal Hisham in Malaysia issued a statement on this report:

Kamal Hisham tidak lari, berada di Dubai atas urusan perniagaan

KUALA LUMPUR 31 Jan. – Seorang peguam yang dikehendaki polis bagi membantu siasatan kes jenayah pecah amanah melibatkan kerugian RM660,000, hari ini menafikan beliau tidak boleh dihubungi atau hilang.
Kamal Hisham Jaafar, 42, yang ditemubual dalam satu sidang akhbar menerusi panggilan yang dibuat ke Dubai, Emiriah Arab Bersatu memberitahu, beliau kini berada di negara Asia Barat itu.
“Saya berada di negara ini bukan melarikan diri daripada mana-mana pihak termasuk pihak polis, malah saya akan memberi kerjasama sebaik-baiknya dengan pihak polis bagi membantu siasatan.
“Pihak polis atau Interpol (polis antarabangsa) tidak pernah menghubungi saya sejak berita berhubung ‘kehilangan’ saya dihebahkan,” katanya ketika ditanya pemberita mengenai dakwaan beliau gagal dikesan atau dihubungi.
Panggilan selama beberapa minit oleh seorang peguam dari Firma Kamal Hisham and Associates, Rozana Shamsuddin, itu dibuat ketika sidang akhbar tersebut.
Kamal Hisham turut memaklumkan, beliau berada di negara itu atas urusan perniagaan.
Menurut peguam yang mewakili Kamal, Datuk Jahaberdeen Mohamed Yunoos, pemergian Kamal Hisham ke Dubai sejak April tahun lalu bagi menguruskan sebuah syarikat perunding milik peguam berkenaan yang sudah beroperasi sejak beberapa tahun lalu.
“Beliau (Kamal Hisham) keluar dari negara ini melalui perjalanan yang sah. Bagaimana pula ada dakwaan mengatakan tiada rekod keluar dari Jabatan Imigresen.
“Beliau juga menjelaskan kesediaannya untuk bekerjasama dengan pihak polis dan terbukti dalam kes sebelum ini, beliau memberi kerjasama yang baik bagi membantu siasatan sehingga kes itu selesai.
“Sehubungan itu, sidang akhbar ini bertujuan untuk menjelaskan dan membersihkan reputasi Kamal yang dilaporkan seolah-olah enggan bekerjasama, susah dihubungi atau dikesan,” katanya.
Jahaberdeen memberitahu, Kamal dijangka pulang ke tanah air selepas mengerjakan umrah selama dua minggu sekiranya Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dan Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail dapat memberi jaminan keselamatan dan perlindungan sepanjang beliau berada di negara ini.
“Anak guam saya rasa bimbang atas keselamatan dirinya kerana dua faktor, pertama kenapa tiada rekod keluar dari negara ini dan kedua, kenapa wujud dakwaan gagal dihubungi,” katanya.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, Asisten Komisioner Rosman Omar menegaskan pihaknya terpaksa menggunakan media selepas Kamal gagal dihubungi dan dikesan sejak awal Januari lalu.
“Secara logiknya, buat apa kita minta bantuan media jika pihak polis boleh hubungi beliau. Media merupakan kaedah terakhir polis untuk mengesan saksi.
“Kamal Hisham merupakan saksi kes yang diperlukan untuk membantu siasatan, jadi secara tidak langsung, beliau akan diberi perlindungan sepanjang keterangannya diambil,” katanya.
********************
And see also this:

Wednesday February 1, 2012

Lawyer wanted by police for CBT willing to cooperate

KUALA LUMPUR: Lawyer Kamal Hisham Ja’afar who is being investigated over his alleged role in a RM660,000 CBT case is willing to cooperate with police.
“If the police, in particular the IGP (Inspector-General of Police) and the Attorney-General, can safeguard his liberty and safety, my client is willing to come back to Malaysia to assist in investigations,” Kamal’s legal counsel Datuk Jahaberdeen Mohamed Yunoos said at a press conference here yesterday.
He said Kamal was willing to provide his full cooperation to the police, which includes coming back to Malaysia from Dubai, where he is said to be operating a consultancy firm since April last year.
Jahaberdeen claimed that his client had gone to Dubai legally and police had his contact information.
He said Kamal’s fears were due to the fact that the Immigration Department could not find any record of him leaving for Dubai.
He added that Kamal had gone to Dubai via Singapore legally, and that the police had made no effort to contact him, his family or his firm.
“Instead, it was his firm that contacted the police yesterday (Monday), after reading about the issue in the news,” Jahaberdeen said.
Journalists were also given the opportunity to speak briefly via speakerphone with a man said to be Kamal, who claimed that police never tried to contact him.
Newspapers recently reported that police were seeking help from Interpol to locate Kamal.
***************
The “Thirteen Million Plus Ringgit” question; Why is he so high on wanted list, to a point where Interpol has been sought?
Lawyer representing Kamal Hisham Dato’ Jahaberdeen Yunoos even suggested that the Police go to Dubaii and interview him there. Obviously, he can be reached. At least by telephone. In the video, the phone conversation with Kamal Hisham in front of the media revealed that the Police did not make any attempts to get in touch with him in Dubaii.
There are rumours lurking around this Kamal Hisham and the high profile individuals that he had some business dealings with. There is this case about the involvement of a prominent member of a Royal family being dragged into a civil caseabout a certain contract, now moved to KL High Court.
Probably it is a good time for a full investigation to be carried out and eventually correct or dispel all of these rumours. These rumours would be a major factor in eroding confidence level at the juncture where all resources should be channeled for progress and productivity.
As for now, the ‘Hunt for Kamal Hisham’ is on. Could we expect a press release or statement from a certain body representing the high profile individual soon?

- bigdogdotcom

No comments:

Post a Comment