Saya tidak mahu membosankan pembaca mengenai ceramah yang saya sertai bersama Mat Sabu dan Aspan Alias di Pekan. ianya hanya salah satu ceramah yang sudah saya mulai sejak bulan yang lalu. Yang menjadikan ribut, ialah tidak ramai yang sangka, kita berani lakukan program seperti itu dalam gelanggang Najib sendiri. Entah apa yang kita mesti takut dan segan, saya tak tahu. Najib hanya harimau kertas dan mudah kita koyak kan satu persatu. Hanya tunggu. Its no big deal. Saya akan menyertai banyak lagi ceramah dalam daerah Pekan.
Ada beberapa reaksi yang tidak rasional timbul daripada ceramah sulung saya sebagai ahli DAP di Pekan Pahang. Goga dan riuh orang UMNO Pekan. perkara yang saya bangkitkan amat mudah di jawab. Baru sekali datang- orang UMNO Pekan macam hilang akal. Relax lah brader. Saya akan datang lagi untuk menyampaikan ceramah.
Anjurkan suatu majlis penerangan poltik dan jawab lah. Jawab lah isiu cincin, handbag, Melayu tak Melayu nya, benarkah UMNO membangunkan bangsa Melayu semua nya, dan lain lain isiu. Cuba bezakan antara tanggung jawab melaksanakan amanah dengan melakukan jasa. Mengenang jasa jangan di paksa. Ianya datang secara suka dan rela. Jawab juga hal lembu. Jawab hal korapsi dan rasuah. Malah bukan itu sahaja yang akan saya bangkitkan. Saya bercadang meletihkan UMNO Pekan.
Politik jawablah dengan politik. Namun, saya tidak ada masaalah jika mahu menceritakan soal2 peribadi. AJK UMNO Bahagian Pekan ini semua nya rakan rakan saya. Budak hingusan yang jadi MC malam itu sahaja yang tidak lahu latar belakang hubungan saya dengan ramai AJK bahagian dan ketua cawangan. Ramai yang datang berjumpa saya sebelum dan selepas ceramah tersebut. Si hingusan itu menyebut perihal ketibaan SU Bahagian Pekan yang di canangkan sebagai tahu mengenai Dato Ariff Sabri dari A-Z. saya meyambut dengan berkata Alhamdulillah sebab saya tahu juga mengenai SU Bahagian , bahkan Najib Razak dari A-Z. takde hae, kata orang Pekan.
jika mereka tahu saya dari segi A-Z, maka saya pun tahu kesemua mereka termasuk Dato Najib dari A hingga Z jugak. Ingat ya- jika pipi kanan saya di cubit, saya tidak akan beri pipi kiri untuk di cubit jugak.itu amalan orang Nasrani. Saya akan cubit ke dua2 pipi kamu. Jadi, jangan bercakap bohongmengenai saya, dan saya berjanji tidak akan mendedahkan kebenaranmengenai kamu di khalayak ramai.
Jika ada orang menyatakan mereka mengenali saya- ini adalah dusta yang amat besar. Tidak ada sorang pun ahli UMNO di bahagian Pekan bersama saya di tingkatan 5, 6 dan seterusnya ke university. Jadi sekali lagi jangan berdusta mengaku kamu mengetahui saya. Ertinya, jika saya cakap terus terang- jika kamu tidak pernah bersama saya dari alam sekolah hingga ke university, kamu bukanlah sama taraf dengan saya. Bahasa begini sahaja yang di fahami oleh mamat UMNO ini. terpaksa lah saya cakap kasar sedikit.
Kaedah penyampaian ceramah tidak sama dengan menulis blog. Ia memerlukan emotional appeal sahaja. Maka yang demikian perkara sensasi di timbulkan. Kita mesti juga sedar bahawa tahap kapasti minda para pendengar adalah average. Mereka lebih memahami kaedah asosiasi. Bongkak sombong dan lagak mewah di kaitkan dengan cincin yang berharga RM 72 juta. Saya tidak menyebut ianya cincin di beli oleh sesiapa. Saya bertanya berapa banyak RM 500 kita hendak beri untuk menyamai harga sebentuk cincin. Juga berapa RM 500 yang kita mesti beri untuk menyamai harga satu handbag yang kaum wanita sanggup mati untuk mendapatkan nya. Ini kemewahan di tengah sengsara rakyat.
Saya menyebut hal pelat dan masuk Melayu kerana untuk memusnahkan anggapan dan metos yang di jaja UMNO bahawa Melayu UMNO sahaja yang Melayu nya. Jadi jangan kita berlagak kita lebih Melayu hanya sebab kita Melayu UMNO. Akhir sekali- saya menyebut tajuk ulasan saya sebagai memasuki lion’s den bukan untuk menyamakan diri saya dengan nabi Danial tapi untuk memberitahu pembaca, kubu PM di anggap sebagai lions den.
Ceramah juga bukan pembentangan kertas kerja. Oleh yang demikian tidak perlu lah ada orang menunjuk dia pandai dengan membutirkan setiap rangkap yang ceramah yang saya sampai. Handal mana lah kekuatan analisa kamu? Nanti bukan nya kehebatan yang di tunjukkan, tapi kebodohan yang di pamirkan.
Bolehkan kita terima menyamakan kritikan yang saya beri sebagai menjatuhkan maruah institusi raja Pahang? Mentang mentang lah, Najib Razak merupakan orang besar berempat. Berempat, berlapan, ber enam belas, kalau mungkar akan saya tentang.
Kajang pak malau kajang berlipat
Kajang hamba mengkuang layu
Setia hamba setia bertempat
Setia pak malau setia melulu
Mengapa kita mahu taksub dengan jawatan feudal ini? kita hormat tapi tidaklah sampai menyifatkan kedudukan itu maksum. Hormat kita hormat bertempat dan bersyarat. Itu sumpah seribu jebat si anak tani. Kenapa saya harus taksub? Sementara tok nenek saya berparang, bertombak dan berlembing melawan penjajah, ada sekumpulan yang di sanjung setengah orang sedang berpoya2 dan bergundek dalam kediaman mereka. Dan apabila keadaan kembali aman, yang bergundek dan berpoya tadilah yang tampil kehadapan dan mengaku merekalah yang memperjuangkan kepentingan yang berkuasa. Saya katakan- jadi jadi lah dan cukup lah hendak menjual kelentong dan cara yang lapuk.
Itu pun prinsip perjuangan moyang saya yang turun dari Kelantan dan menetap antara tempat nya di Jerantut- Pulau Tawar dan Tebing Tinggi. Menyamakan kritikan dalam ceramah dengan menjatuhkan maruah Raja Pahang adalah kerja orang pandir.
Elok saya nyatakan disini, cara persembahan ceramah tersebut memang di sengajakan. Tujuan nya ialah membangunkan orang Melayu yang sudah lama tidur dan lena dalam buaian UMNO dan BN. UMNO dan BN lah yang mengekalkan orang Melayu dalam penjara minda yang beku.
Apa pasal kamu bercakap mengenai UMNO jika kamu sudah keluar UMNO? Jawapan nya, UMNO buat masa ini memiliki apa yang kita mahukan iaitu kuasa kerajaan. Oleh yang demikian, ia mesti diserang. Itu jawapan mudah.
Jawapan yang lebih panjang ialah kerana UMNO menganiayai bangsa Melayu. Kita telah memberikan UMNO kuasa lebih 50 tahun, apa yang orang Melayu telah capai? Penguasaan ekonomi tidak sampai 20% sedangkan orang melayu merupakan 60% lebih dari penduduk negara ini. walhal, hampir semua pimpinan jabatan kerajaan, menteri besar, ketua polis-, ketua jabatan, KSU dan kepala GLCs adalah Melayu.
Kenapa kedudukan orang ekonomi orang melayu tercicir? Jawapan nya ialah kuasa yang kita berikan kepada UMNO lebih dari 50 tahun, tidak digunakan dengan baik. Sebab, tujuan perjuangan UMNO hari ini, telah menyimpang jauh dari missi perjuangan UMNO yang asal.
Memang benar UMNO memperjuangkan gagasan Bumiputera, akan tetapi, konsep Bumiputera UMNO mempunyai pengertian khusus. Bumi di belakang atau tercicir, putera di hadapan. Dan putera yang di maksudkan ialah putera bangsawan, putera pemimpin atasan, putera golongan elit. Mereka inilah dalam golongan Melayu yang memonopoli kekayaan negara. Mereka bersekongkol dengan cukong2 India dan Cina. Golongan majority Bumi- tercicir dan di tinggalkan di belakang , menadah tangan di suruh bersyukur terhadap kebajikan yang di teteskan kebawah.
Pemimpin UMNO kalau pergi turun padang hanya tahu mengkakaktuakan 3 ayat Quran:-
(1) Mengenai syukur- La azi dan nakum…….
(2) Wa’tasimu bihablillah- berpegang teguhlah kamu kepada tali Allah
(3) Bersetia kepada rasul dan pemimpin- ati ‘uLlah ha wa ‘ati urrasul…..
Memang benar kita di suruh bersyukur tapi bukan kepada UMNO. Memang kita berpegang kepada tali Allah tapi bukan kepada tali yang di bekalkan oleh UMNO dan memang benar kita bertaaat setia kepada pimpinan dengan syarat pemimpin berlaku adil dan baik.
Makna nya, sokongan kepada UMNO sentiasa bersyarat dan bukan mutlak. Demikian juga jawatan presiden UMNO, pengerusi BN da PM adalah bersifat TOL atau LPS- Lesen pendudukan sementara. Ia bersifat sementara selari dengan sokongan yang di berikan rakyat. Dan bila rakyat memilih untuk menarik balik mandat dan amanah yang di beri, kita hendak mohon maaf apa lagi.
Izinkan saya menurunkan beberapa rangkap sajak yang di karang oleh Pendita Zaaba dalam tahun 1920an. Zaaba telah menulis dalam bahasa Inggeris:-
I tell you not in mournful numbers
That the Malays are a dying race
I only want the soul that slumbers
To wake and work in these bright days.
Tapi inilah yang di lakukan oleh UMNO selama ini. mengekalkan orang Melayu dalam tidur yang di buai mimpi rekaan UMNO dan mengekalkan jiwa hamba orang Melayu. Akibat nya orang Melayu menjadi bangsa yang lesu sentiasa bergantung untuk perlindungan dan kemajuan dari UMNO.
Sebab itu seterusnya, Zaaba menyatakan:
Bukan saya nyatakan dengan nada sedih
Mengenai cara nya memajukan bangsa Melayu
Biarlah setiap Melayu insaf
Caranya bukan bergantung harap dan cepat berpuas hati.
Posted by sakmongkol AK47
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.