`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, May 8, 2012

Dibawah Lindungan Hipokrasi(1)



Ini artikel yang di tujukan khas kepada majoriti orang Melayu supaya kekal tidak menyokong parti fasis yang bernama UMNO. Ya- pembaca dengar tidak bersalahan- saya menggelarkan UMNO parti fasis yang menghamba-abdikan orang Melayu dan memperbudakkan dan membodohkan bangsa Melayu. Setelah 50 tahun ketika UMNO lemah, barulah pemimpin UMNO berkejaran memberi RM 500 seorang. Berapa ribu orang terpaksa beratur mendapatkan RM500 untuk menyamai harga cincin RM 74 juta? Berapa yang kena beratur mendapatkan RM 500 menyamai handbag Birkin Hermes?

Amat menakjubkan orang Melayu sanggup menerima RM 500 tapi melupakan kezaliman dan penganiayaan kerajaan UMNO keatas orang Melayu khususnya. Boleh kah kita ganti RM 500 seorang dengan penafian hak rakyat Kelantan yang majority nya orang Melayu mendapatkan royalty minyak? Minyak di jumpai di perairan Kelantan, tapi Kelantan di nafikan peluang membangunkan industri minyak dan gas di Tok Bali. Mahathir lebih rela menyalurkan minyak ke Songkhla Thailand dari Tok Bali. Jadi rakyat Kelantan , ambil RM 500 tersebut tapi jangan lupa kezaliman dan penganiayaan keatas kamu oleh UMNO dan BN.

Kenapa orang Melayu mahu lagi mendengar suara cemas seorang mamak padukang yang telah pun menyatakan UMNO busuk sampai ke usus? Mamak ini juga yang mengatakan bahawa pimpinan UMNO semua half past six dan pimpinan yang ada tongong dan bingung. Bolehkah negara kita di bangunkan oleh pimpinan yang tongong lagi bingung? Mana mungkin kita mahu percaya celoteh si mamak padukang ini? bolehkah kita percaya warga emas dan makcik serta pakcik yang menyertai gerakan Bersih 3.0 mahu menggulingkan kerajaan bukan secara demokratik? 

 Kita hanya mahu menggulingkan kerajaan secara demokratik iaitu melalui peti undi. Dan rakyat semua berazam, mahu kick out the fascists UMNO and its BN component parties. 

Bila kita ambil RM 500, kita jangan lupa jumlah RM 1.3 trillion duit panas yang telah di salurkan ke luar negara. Apa pasal kerajaan UMNO/BN berdiam diri dalam hal ini? adakah mereka bersekongkol dengan pihak yang menyeludup wang tersebut? ia haram kalau balun seorang, tapi halal kalau di kongsi bersama? 

Ini bererti RM 130 billion setahun di seludup keluar negara. Bayangkan jika RM 130 billion di kembalikan kedalam ekonomi kita, di tambah kepada bajet negara sebanyak RM 250 billion itu, tentu kita dapat mengagihkan kepada perbelanjaan mengurus dan pembangunan. 

Bila kita terima RM 500 itu jangan lupa kepada ketirisan dan kebocoran yang di lakukan keatas ekonomi kita sebanyak RM 28 billion setahun. Kita semua tahu ketirisan itu sebetulnya rasuah. Ini kerajaan yang berdiri diatas rasuah. 

Dan Najib meneruskan program merasuah rakyat Malaysia. Orang Cina, India dan terbaru, orang Sikh di rasuah supaya menyokong UMNO dan BN. saya mahu golongan ini berfikir- jika UMNO dan BN boleh lakukan, sesiapa sahaja yang menguasai kerajaan mampu melakukan nya dengan lebih baik dari UMNO. Nobody can do any worse that how UMNO is doing currently.dan membayar untuk menyelesaikan masaalah adalah vintage Najib. 

Tapi syukur 3.7 juta pengundi Melayu sedar mengenai onar yang di lakukan oleh UMNO. Sejak 1988, UMNO telah gagalkan orang Melayu. Since 1988, UMNO has failed the Malays. Apa jenis orang Melayu yang UMNO telah lahirkan? Yang tertunduk tunduk, macam peon dan tamby menadah tangan memintak sedekah? 

UMNO telah memegang tampuk pemerintahan lebih dari 50 tahun. Cina sengkek yang datang ke Tanah Melayu sehelai sepinggang hari ini mendominasi ekonomi dan , suka tidak suka, mempengaruhi arah perjalanan negara. UMNO yang mendominasi kuasa politik tidak mampu membetulkan keadaan ini. namun, pemimpin UMNO tidak malu muka memohon di berikan mandat satu tempoh lagi untuk meneruskan agenda penipuan dan penglanunan mereka.

Kali ini sahaja UMNO mengubah taktik nya. Mohon di bantu dengan pengucapan lemah lembut. Najib pun sudah meminta maaf. Jika UMNO kuat, bahasa mereka bahasa sombong. Kali ini sahaja setelah 50 tahun UMNO memberi bantuan RM 500 dan 200 dan apa apa lagi imbuhan kewangan. Sebab apa? Sebab UMNO terdesak- jadi mereka bercakap lembut gigi dari lidah dan merasuah semua orang untuk mengekalkan kuasa. 

Setiap hari , kita bangun dan beritahu anak anak kita, mereka tidak mampu bersaing dengan bangsa lain, kerana di lahirkan sebagai Melayu. Apa penyelesaian yang di cadaangkan oleh UMNO? 

Cara untuk mengatasi kelemahan tersebut ialah mendaulatkan UMNO sebagai penolong dan pelindung. Dalam kata lain, beri UMNO mandate mutlak. Kuasa mutlak erti nya, fasis. 

Apa yang boleh di tunjukkan oleh UMNO kepada orang Melayu? Hari ini UMNO hanya mampu menyatakan bahawa kalau UMNO tidak ada, maka habis lah orang Melayu. Itu adalah bukti bahawa UMNO gagal membentuk Melayu yang tahan lasak. Jika dasar UMNO baik dan bagus, tentulah jika UMNO tiada pun, orang Melayu masih terus berjaya. 

UMNO menanamkan jiwa hamba kedalam benak orang Melayu supaya mengaitkan jatuh bangun, maju dan jaya nya mereka dengan UMNO. Ustaz UMNO pun ke sana sini melafazkan- taat lah kepada Allah, kepada Rasul dan wa-ulil-amri-UMNO. 

Realiti, orang Melayu tidak perlu bergantung kepada UMNO untuk pertolongan dan perlindungan. 

Saya malu mendengar pegawai kerajaan yang kiranya ada otak sedikit, berdiri depan perserta seminar mengalirkan air mata mengistiharkan habis lah orang Melayu jika UMNO kecundang. Orang tempat saya, Pekan Pahang akan hanya berkata- kepala bapok awak. Yang habis dan mampus ialah orang Melayu seperti kamu yang mengeksploitasi emosi dan amanah orang melayu. Adakah kamu ingat, orang Melayu lain yang mengambil alih tepat dan kedudukan kamu tidak mampu membela orang Melayu? Kita boleh lakukan yang lebih baik. 

Kerajaan Pakatan Rakyat telah membuktikan bahawa mereka boleh mentadbir ekonomi dan negeri lebih baik dari yang mampu di lakukan oleh pemimpin kerajaan UMNO. Masa depan orang Melayu lebih cerah di luar lingkungan UMNO. Kerana itu, pegawai yang korap dan yang tidak membuat kerja ikhlas dan jujur akan menangisi nasib mereka sebab kebenaran akan mengatasi kebatilan akhirnya. 

Dimana UMNO berdiri? UMNO berdiri di pihak bathil. Rakyat mesti menolak mereka. Terutama orang Melayu.

Posted by sakmongkol AK47

1 comment:

Note: Only a member of this blog may post a comment.