`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Thursday, May 10, 2012

Pemerintah al Malaziyah, Khalifah Umar al Khattab dan Fir'aun



Sabar dahulu- saya akan memberi ulasan keatas durian runtuh Najib kepada peneroka Felda dalam artikel yang lain. Kita beri Najib syok dahulu. Dia baru pergi ke Rompin bawak cerita kehebatan kerajaan pimpinan nya memberi durian runtuh kepada peneroka Felda. Orang Melayu di kampung2 tradisi pun ada harapan legitimate untuk terima sogokan. Orang India yang memberinambikei kepada Najib pun ada harapan legitimate mengharapkan hujan marukku. Masyarakat Sikh yang bervishwas dengan Najib baru2 ini juga mengharapkan hujan laddu. 

Saya  gamak( cakap orang Pahang) Najib ni tak baca pun deal FGVH ni. Yelah- dia hendakkan part seronok menyampaikan wang kepada rakyat. Orang Pekan tahu apa saya cakapkan- standard Najib sama dengan standard Mat Tompel. Jika kita beri kuasa dan facilities kepada Mat Tompel, saya yakin Mat Tompel mampu buat kerja lebih baik dari Najib. Dalam bab menyampaikan duit kepada rakyat, saya rasa Mat Tompel boleh di beri rating A++. 

Tapi ulasan mengenai Felda itu dalam Bahasa Inggeris, akan di lakukan next change. 

Buat masa ini, saya nak komen mengenai isiu mutakhir. Kerajaan Najib sudah tentu tidak lebih baik dari kerajaan Khalifah ke2 Islam- Umar al Khattab. Kedua, Najib dan pimpinan UMNO lebih teruk dari Firaun. 

Ulamak yang mengelilingi Najib buat apa kita tidak tahu. Boleh jadi asyik memperagakan gaya hidup citarasa tinggi. 

Rakan saya Aspan Alias sekarang phobia hendak pergi ke tandas awam. Takut2 ada kamera tersembunyi yang di pasang oleh Mamat UMNO. Bukan sebab skendal- Aspan takut kena didedahkan aib. Takut2 orang UMNO kata, Aspan Alias cakap dan badan besar, tapi punai kecik. Punai Kecik pun akan di politikkan oleh UMNO yang di pimpin oleh Mr Transformer. 

Saya bersetuju dengan kebimbangan saudara Aspan. UMNO sekarang pakar dalam membuat filem mengenai babak dalam tandas, babak hisap ais krim, babak dalam kamar tidor. Agaknya, inilah unsur2 transformasi yang di sebut oleh presiden UMNO. 

Saya tidak mengenali Azmin Ali secara peribadi dan tidak rasa rugi pun jika tidak mengenali dia. Tapi apa yang di lakukan oleh media kawalan UMNO keatas nya, melebihi garis good tastes. Its gutter politics at its most vile. Kita tidak tahu macam mana video mengenai orang yang menyerupai Azmin di ambil. Jika di ambil, maka ianya mesti di rancang begitu rapi. Authenticity video clips itu kita tidak tahu. 

Apa pasal ular dalam semak UMNO berdiam diri , kita tidak tahu. Saya baru berjumpa dengan seorang tokoh agama bertaraf sahibus samahah bertanya akan hal ini. dia menceritakan kepada saya kisah Khalifah Umar al Khattab. Jika nak kira kelayakan, Umar tidak layak jadi khalifah atas rekod nya sebelum masuk Islam.

Setelah menjadi Khalifah, kelaziman khalifah Umar ialah meronda malam untuk melihat keadaan kehidupan rakyat.

Umar mempunyai seorang sahabat yang masuk Islam. Semasa sebelum Islam sahabat khalifah ini terkenal sebagai seorang pemabuk. Umar di beritahu oleh pembodek2 nya, bahawa sahabat ini masih lagi kaki mabuk walapun sudah Islam.

Suatu malam Umar telah membuat rondaan sekitar kota nya. Dia sampai ke kediaman sahabat nya yang di katakan mabuk itu, dan mendengar dengan jelas, sahabat nya sedang mabuk.

Umar pun memasuki kawasan rumah dan mengintai apa yang di lakukan oleh sahabat nya itu. apakala di intai , dia dapati memang benar, sahabat nya sedang mabuk lalu umar memecah pintu dan berdepan dengan sahabat nya. 

Kamu ini benarlah seorang munafik kerana dalam sembunyi kamu masih dengan tabiat mabuk.

Ya khalifah amirul mukminin, kata sahabat nya. Benar aku melakukan kesalahan kepada Allah, tapi aku lakukan satu kesalahan berbanding dengan engkau yang telah melakukan 3 kesalahan.

Pertama engkau telah mencerobohi kawasan rumah ku sedang pencerobohan rumah orang di tegah Allah. Kedua engkau telah mengintai aku sedang kan mengintai orang lain di tegah Allah.Ketiga, engkau memasuki rumah ku tanpa memberi salam sedangkan mengucapkan salam keatas seorang Muslim yang lain di suruh Allah. 


Siapakah yang lebih munafik antara kita? 

Mengintai dan mengintip perkara peribadi di larang oleh Allah. Apatah lagi tujuan intaian tersebut adalah untuk mendedah keaiban orang lain. Dalam hal orang yang menyerupai Azmin Ali, ketulenan video clips pun belum kita sahihkan tapi UMNO telah menjalankan gutter politics yang lazim mereka lakukan. Mendusta dan memfitnah adalah keperangaian kedua UMNO. 

Berbalik kepada pemimpin UMNO dan Najib yang lebih teruk dari Firaun. Dahsyat sunguh kerajaan Mr Transformer Optimus Prime. 

Firaun tahu identiti ibu nabi musa. Dia tahu ibu Nabi Musa menyusui Musa semasa bayi. Firaun kenali juga keluarga nabi Musa yang lain.

Tapi apabila Nabi Musa keluar melarikan diri dari negeri Firaun dengan membawa para pengikut nya, adakah Firaun menjadikan ibu Nabi Musa atau saudara Nabi Musa sebagai tebusan? Atau menggunakan ibu Nabi Musa atau saudara Nabi Musa untuk mengugut supaya Nabi Musa pulang ke Mesir? Firaun tak suruh pakar aqidah mengibaratkan Musa sebagai si Tanggang. 

Firaun Malaysia menggunakan ibu Azmin Ali dan saudara Azmin Ali untuk tujuan politik nya. Firaun Malaysia lebih teruk dari Firaun zaman Nabi Musa. 

Itulah tabiat pimpinan UMNO yang mahu mentransformasikan negara ini.

Posted by sakmongkol AK47 

4 comments:

  1. rakyat boleh menilai sendiri akan hal ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. May be we need to know what the saman2 result..

      Delete
  2. Kita tunggu saja rakyat membuat penilaian mereka pada PRU13 akan datang.

    ReplyDelete
  3. Azmin Ali case made by the PKR member..due to internal problems.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.