`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Saturday, May 12, 2012

Politik Mengharamjadah lwn Politik Rakyat- Bahagian 2



Bahagian ke-2.

Najib pemimpin yang mengharam-jadahkan rakyat kata dia mahu mengadap Agung. Kita kata- di persilakan. Laksanakan pengucapan tersebut. Jangan cakap kosong sahaja. Sementara itu, ramai orang Melayu sudah pun di lawati Agong $$$$! Najib dan Agong $$$$ berpisah tiada.

Cuba kita fikir. Mengapa UMNO mesti mempunyai ahli seramai 3 juta? UMNO zaman Tengku, Tun Razak dan Hussein Onn tidak obsess dengan meramaikan ahli. Zaman Mahathir sehingga sekarang UMNO mahu menjutakan ahli nya. Ertinya, UMNO sudah berubah dari parti yang yakin dan mempercayai raktyat, kepada parti yang mencurigai dan takut kepada rakyat. UMNO tidak berani mempertaruhkan masa depan nya dalam tangan rakyat. 

Maka yang demikian, ia terpaksa bergantung kepada sokongan dan undi dari ahli nya sahaja. Dengan 3 juta ahli, UMNO tidak boleh menang lawan dengan rakyat. UMNO jadi apa sebenar nya? Jadi macam pertubuhanla cosa nostra  iaitu pertubuhan gangster. 

Selain dari bergantung harap kepada ahli nya yang setia( dalam 2008, 1 juta ahli nya meninggalkan UMNO), UMNO bergantung masa  depan nya diatas jubur Saiful Bahari. UMNO mempertaruhkan masa depan nya keatas cerita seks, pada mulut Umi Hafilda, pada Nala, pada Hasaan Aqidah Ali. 
Itulah sebab nya, mengapa UMNO obsess meramaikan ahli. Kerana ia sedar ia tidak dapat kepercayaan rakyat lagi. Yang percayakan UMNO ialah ahli2 nya- itu pun yang berkedudukan tinggi. Yang bawah, di jadi angka sahaja dan di bakulsampahkan. 

Cuba kita fikirkan. Seorang pemimpin negara menggelarkan sebahagian rakyat Malaysia yang mempunyai hak yang sama disisi undang undang Malaysia dengan pemimpin- menggelarkan mereka sebagai haramjadah. Haramjadah dalam bahasa Melayu- anakharamjadah ertinya anak haram yang di laknatkan. The accursed bastards.  Ini fahaman lazim yang di fahami oleh awam. Saya harap takde sasterawan UMNO yang akan putar alam nanti yang mengatakan presiden parti menyebut nya dalam fahaman istilah Hindusttan- haramjadda. 

Point nya- kalau demikian, bolehlah rakyat menyebut Najib sebagai bapak haramjadah. Si haramjadah ini kena jawab dakwaan yang dia minta RM 3 bilion untuk  Perimekar SB. Dan banyak lagi si haramjadah ini kena jawab nanti. 

Mari kita lihat apa yang sedang berlaku kepada parti yang di pimpin oleh pengharam-jadahkan rakyat. 

UMNO mendapati diri nya kian terasing dan isolated. Memang benar- ia ada 3 juta lebih ahli. Tapi orang Melayu lebih ramai dari 3 juta ahli UMNO. Dalam tahun 2008, dari 5.7 juta orang Melayu, calun UMNO hanya dapat 2 juta. Bererti 1 juta lebih ahli nya sendiri tidak menyokong UMNO kerana menyedari bahawa dasar yang di bawa UMNO meruntuhkan negara. UMNO hanya dapat 35% undi orang Melayu. Jumlah pengundi tahun 2008 ialah 10.9 juta. Pengundi Melayu ialah 52% dari jumlah pengundi.

Dalam PRU kali ini, 11.58 juta pengundi akan keluar. Pengundi Melayu sekitar 55% atau 6.37 juta sahaja. UMNO di jangka memperolehi sekitar 2.4 juta sahaja. Kali ini parti yang presiden nya mengharamjaddahkan rakyat terpaksa meminta bantuan dari Mat Bangla, Mat Nepal, Mat Vetnam, Mat Myanmar dan Mat Indon untuk mengundi nya. Fakta nya, ini adalah terang terang mengkhianat negara kita. Yang berhak mengundi ialah rakyat Malaysia. Haramjadah betul- bila pendatang2 asing ini, jadi rakyat Malaysia? 

Mengapa keadaan ini terjadi sedangkan UMNO melaungkan slogan berjuang untuk orang Melayu? 

Jawapan nya kerana rakyat dan orang Melayu khususnya sedar bahawa sejak 1988, UMNO memperjuangkan kuasa totalitarian. Kuasa totalitarian ini membolehkan pemimpin UMNO dan kroni merompak dan mengikis kekayaan negara kita.  Tidak percaya?

Penghulu kroni UMNO- sahabat baik Dr Mahathir dan Muhyidin Yassin hari ini menguasai dan memiliki dengan konspirasi kerajaan yang mengharamjadahkan rakyat:-
1.     MMC
2.     DRB Hicom
3.     Proton
4.     Malakoff
5.     Johor Port
6.     Senai Airport
7.     Port of Tanjong Pelepas
8.     Bank Muamalat
9.     Padiberas Nasional
10.                        CSR Sugar
11.                        Gardenia
12.                        MPH Bookstores
13.                        Penang Port
Dan sekarang dia sedang memburu :
1.     RTM
2.     KTMB
3.     Bank Islam

Melayu terkaya ini menjadi terkaya kerana kuat berkerja dan berusaha menjadi super kroni Muhyiddin and Mahathir.  hampir semua harta dan kekayaan nya di berikan atas dulang emas kepada nya. Orang macam inilah yang akan menyokong UMNO. Ahli UMNO biasa? Hanya menyertai tepuk sorak dan menjerit hidup Melayu. Yang hidup adalah Melayu2 istimewa.

Kerana dia Melayu maka kita orang Melayu mahu berdiam diri? Sikap macam ini hanya di anjurkan oleh kerajaan pengharam-jadah yang mahu mengekalkan kuasa totalitarian nya.

Kerana orang Melayu mulai sedar, kita beri kuasa kepada puak pengharamjadah UMNO, mereka bertindak kuku besi.  Kuasa inilah yang membolehkan Muhyidin, Syed Mokhtar dan Pembina jambatan bengkok yang tak jadi, menindas syarikat Stamford Holdings di Johor. Inilah yang terjadi apabila kuasa mereka kita tidak sekat dan hadkan. MB UMNO dan kunco nya memaksa syarikat menjual tanah pada harga yang murah dan menguasai 30% dari Stamford Holdings untuk membangunkan suatu kawasan di Johor. Kalau tidak beri share and jual, maka kelulusan untuk membangunkan kawasan di tolak.

Dalam tahun 1988, ketika itu TPM  sekarang adalah MB Johor, 2 orang rakan niaga nya Syed Mokhtar Albukhary dan Datuk Yahya Taib berjumpa dengan pemilik Stamford Holdings. Mereka telah berjumpa di Singapura ( kota raya pilihan untuk crook berjumpa) dan memberi jaminan jika SH berkerjasama dengan mereka, permohonan mereka di tanggung beres. Kerjasama yang di maksudkan ialah dengan 3 Abdul yang terdiri dari Muhyidin, Syed Mokhtar dan Yahya Taib di beri hakl untuk menguasai 30% Stamford holdings. Stamford akan kekalkan 70% saham syarikat dan 3 Abdul yang menyokong parti yang mengharmhadah rakyat membeli 30% saham dengan harga  RM1,800,000 (kira2 RM3,397.50 per ekar). Syarikat kerjasama Stamford dan 3 Abdul akan membangunkan 1,766 ekar daripada  8,310 ekar Stamford.

Dan bila tanah tersebut di jual dalam tahun  1994, kumpulan orang nombor 2 parti pengharam-jadah memperolehi RM83.2 million (4622%), dari pelaburan asal RM 1.8 juta.

Inilah kesan langsung dari parti yang mahu menghimpunkan kuasa dalam tangan mereka.  Dalam menzalimi rakyat, parti haramjadah ini mengamalkan konsep 1Malaysia- cina, india atau melayu akan di ganyang.

UMNO kena faham bahawa dunia bukan berputar mengelilingi nya. Rakyat yang menentukan jatuh bangun UMNO bukan sebaliknya. Rakyat akan mengadili UMNO dan pengadilan rakyat adalah dalam bentuk mematikan hayat pemerintahan. Pimpinan rejim totalitarian pula akan di adili dan di hukum oleh institusi penghakiman dan keadilan yang bersih dan berintegriti.

Yang kena balun dan lanyak semasa Bersih 3.0 adalah rakyat. Yang kena tendang dan diserang ketika membantah hutang PTPTN adalah rakyat. Pemerintahan yang totalitarian akan menggunakan alatan dan kelengkapan penindasan untuk menekan rakyat.

Mereka yang di haramjadahkan ialah rakyat.  Dalam sejarah pertembungan politik, rakyat yang di haramjadah akan pasti menang.


Posted by sakmongkol AK47

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.