Mungkin ramai yang masih ingat mengenai peristiwa BERSIH 3.0 di mana kereta polis melanggar pendemo. Semasa peristiwa tersebut, kereta polis diserang bertalu-talu. Kemudiannya kereta polis tersebut hilang kawalan lalu melanggar pendemo lalu merempuh dinding. Kemudiannya kereta polis diangkat pendemo dengan mendakwa ada mangsa di bawah kereta tersebut sedangkan tiada langsung mangsa di situ. Pembangkang berterusan menyerang polis mengatakan bahawa kereta tersebut secara sengaja melanggar pendemo.
Ini kupasan yang mungkin akan merungkai sesuatu di luar jangkaan.
Sebelum itu mari tonton dahulu video pelanggaran tersebut yang diambil dari salah satu laman youtube.
Ini adalah video yang dikeluarkan media pembangkang. Mereka menyalahkan polis dengan sengaja melanggar pendemo. Sebenarnya polis tidak sengaja melanggar pendemo kerana 2 sebab. Pertama serangan bertubi-tubi pendemo ke atas kereta polis yang menyebabkan pemandu kereta tersebut tidak dapat melihat dengan jelas. Keduanya perkara yang perlu anda ketahui, tayar kereta polis terebut sebenarnya meletup akibat dari serangan pendemo (perhatikan minit ke 0.43 dalam video di atas).
Jadi adalah sangat sukar bagi pemandu untuk mengawal kereta yang tayarnya tidak berfungsi. Ditambah pula dengan suasana dikelilingi monyet-monyet yang melakukan serangan bertubi-tubi, Michael Schumacher juga tidak mampu mengawal kereta polis tersebut dengan baik.
Dan kemudiannya pendemo mengangkat kereta tersebut dengan dakwaan ada orang di bawah kereta sedangkan di dalam mana-mana video mengenai peristiwa ini telah dibuktikan tiada. Pembangkang tetap mendakwa tujuan mereka mengangkat kereta tersebut kerana ada mangsa di bawahnya dan bukanlah kerana mereka bertindak ganas dan liar. Ini kupasan yang paling menarik perlu anda ketahui.
Satu-satunya bukti yang menjelaskan bahawa ada mangsa di bawah kereta adalah rakaman video yang dikeluarkan Malaysiakini dan Selangoku.com. Video ini merupakan video terawal yang menunjukkan bagaimana kereta polis tersebut diterbalikkan. Dalam video Malaysiakini, jelas dapat didengari suara peremuan menjerit-jerit bahawa ada mangsa si bawah kereta tersebut serta memaki hamun polis.
Setelah mengamati video ini, saya membandingkan pula dengan video dari Selangorku.com yang juga menceritakan mengenai insiden tersebut dan saya menjumpai sesuatu yang ganjil.
Apabila diperhatikan pada minit 0:33 pada video Malaysiakini, seorang lelaki berbaju oren melintasi perakam video ini yang merupakan jurukamera perempuan.
Perhatikan pula video di bawah dari Selangorku.com ini.
Situasi yang sama dimana lelaki berbaju oren melintasi jurukamera perempuan itu berlaku di minit 2:09 di dalam video ini.
Setelah memerhatikan video ini sekian lama, sebenarnya saya tidak langusung menjumpai mana-mana jurukamera perempuan di dalam kumpulan di belakang lelaki berbaju oren dari video Selangorku.com!
Untuk makluman, kedua-dua video ini dikeluarkan portal pembelit pro pembangkang. Satu dari Malaysiakini manakala satu lagi dari Selangorku.com.
Jika anda amati kedua-dua suara dalam video ini, anda akan perasan sebenarnya suara orang yang menjerit bahawa ada orang di bawah kereta adalah ditambah atau diedit. Ini kerana suara tersebut terlalu jelas dan tidak seiring dengan suasana bingit di persekitaran.
Tambahan pula jika diperhatikan, dalam kedua-dua video ini juga pendemo langsung tidak menghiraukan suara-suara tersebut. Buktinya, tiada seorang pun memandang ke arah jurukamera yang menjerit-jerit ada orang di bawah kereta. Sekiranya ada orang menjerit ke arah anda, pastilah anda memandang ke arah orang menjerit. Tetapi apa yang berlaku di dalam video ini sesuatu yang tidak normal.
Tambah menghairankan, sekiranya ada mangsa di bawah kereta, mengapa mereka tidak terus melihat ke bawah kereta?
Lagi satu yang perlu diketahui, apabila diamati kedua-dua video ini seolah-olah cuba menyorokkan identiti perakam kedua-dua video ini. Apabila diperhatikan, kedua-dua sudut video ini sama sekali tidak menunjukkan posisi kedua-dua perakam dalam mana-mana video walaupun keadaan kedua-dua perakam ini bertentangan.
Tambah menghairankan apabila video Malaysiakini hanya mengambil situasi dimana kereta sedang dalam keadaan mahu diterbalikkan sedangkan tajuknya "kereta polis melanggar pendemo". Bukankah menghairankan jika tajuknya lain tetapi isinya lain? Adakah ianya disunting dan dipotong untuk tujuan tertentu?
Setelah berkali-kali memerhatikan video dari Selangorku.com, akhirnya saya mungkin dapat mencari siapakah jurukamera perempuan Malaysiakini itu.
Kemungkinan besar jurukamera perempuan yang konon-kononnya terpekik-pekik di dalam video Malaysiakini ialah lelaki berseluar hitam yang sedang khusyuk merakam ini!
Hujahnya sila perhatikan video Selangorku.com pada minit ke 1:44 dan bandingkan video Malaysiakini pada 0:10. Situasi yang sama, sudut yang sama, adegan yang sama tetapi suara perempuan dalam video Malaysiakini sudah jadi milik jantan?!
Terlalu mudah mereka mencipta penipuan...
Tambahan pukul 4.03 pm
Video dari PDRM ini dengan jelas dapat diamati tiada seorang pun pendemo menjerit ada orang di bawah kereta dan jika anda cari dengan betul, anda akan jumpa jurukamera Malaysiakini itu seorang jantan!
Ada sesuatu yang saya tak dapat menerima fakta yang diberi oleh penulis mengenai sebab pemandu hilang kawalan.Faktanya masih tidak menyakinkan kerana soalannya 1) bila tayar pecah,semasa atas jalan datar atau selepas melanggar benteng jalan?Kerana ada satu klip yang dipaparkan di laman web yang jelas dan dekat dimana pemandu memecut sebelum membelok. 2) Pemandu telah menjelaskan sebab beliau hilang kawalan iaitu dia kata dia pitam seketika.Beliau tidak mengatakan bahawa beliau tidak boleh nampak depan semasa memandu dan tidak mengatakan bahawa keretanya bocor tayar,kalaulah bocor tayar tentulah klip-klip video akan menunjukkan kereta itu senget sebelah.
ReplyDelete