`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Friday, October 12, 2012

Sultan Perak Atau Kerabat? (Part 12)



Setelah bersantapan di Ipoh Club, AlMarhum berangkat pulang ke Kuala Kangsar, melalui jalan lama Ipoh-Chemor- Sungai Siput – Kuala kangsar. Almarhum memandu kereta Range Rover AJ 1 itu sendiri.


Apabila tiba di Chemor, sebuah lori yang memasang lambu headlight telah mengakibatkan mata Almarhum silau, lalu beliau telah membalas semula mengunakan flash agar pemandu lori menurunkan lampu besar (headlight) lori tersebut.

Malangnya pemandu lori tersebut berdegil!

 Bondaku alMarhummah Che Hanizah bt Abdullah, aku disebelah kiri bersama adik-adik ku

Ayahanda telah membuat u-turn dan mengejar lori tersebut lalu memberi arahan supaya berhenti ke tepi jalan.

Dengan wajah yang tidak berpuashati, pemandu dan kelendan lori (saya tidak berapa pasti samada mereka berbangsa cina atau india didalam kekecohan itu) tersebut telah turun dari lori dengan bersenjatakan sebilah parang tajam dan cangkuk besi dengan cara mengancam!

 Peristiwa ini berlaku lebih kurang jam 3 pagi.

Demi mempertahankan diri, Almarhum telah keluar dari kereta dengan tenang sambil mengeluarkan pistol revolver .357 Magnum dan telah melepas empat das tembakan kearah lampu serta dua das lagi pada tayar lori.

Dalam keadaan ketakutan, pemandu dan kelindan telah buang senjata mereka dan terketar-ketar sehingga terkencing dalam seluar.

“Dato, jangan tembak kita”...

 Ayahandaku (paling kanan) bersama isteri Che Puan Aminah (kiri ayahanda). serta pengiring ADC (Aide-de-Comp - pembantu peribadi) Raja Lope Razman (polis) dan Raja Khadijah

Demi langkah berjaga-jaga diri kami selaku pengiring dan keselamatan nyawa Almarhum selaku Sultan Perak kami terpaksa melepaskan lagi tembakan kearah lori tersebut dengan senjata AK-47 dan M16 rifle.

Selepas kejadian itu, Almarhum teruskan perjalanan pulang ke Istana iskandariah, Kuala Kangsar...

Pada pagi keesokan hari, Ketua Polis Negara (kalau tak silap Tun Hanif Omar) dan ketua Polis Perak (tak ingat nama)  telah mengadap Almarhum mengambil kenyataan. 



Ketua Polis Negara dengan nada serius menyatakan kepada Almarhum, 

“Kalau Tuanku nak menembak lain kali, biar kami (polis) jer yang menembak”... 

Almarhum tersenyum sambil berseloroh...

 
  
“Aku nak test pistol Magnum .357 ni... diorang kata pistol ni mini artillery... Betoi ker...??? Nampak nya betoi ler”... 

Saya ketika 9 tahun
Setelah insiden itu, aku telah dimaklumkan setiap lori yang berselisih dengan Range Rover akan mengawasi keadaan dan tidak menggunakan lampu besar (headlight) di malam hari...

Ada kala nya, sewaktu Almarhum memandu kereta dalam perjalanan melawat daerah atau ke sesuatu tempat atas urusan peribadi, rakyat atau orang kampung tanpa segan silu akan menahan kereta beliau untuk meluahkan sesuatu hajat dan Alamrhum akan berhentikan kenderaannya dan menanyakan mereka tentang permasalahan yang di hadapi.

Saya masih teringat sekitar pertengahan tahun 70-an ketika itu di Parit, saya bersama Alamrhum didalam perjalan balik ke Kuala Kangsar, lebih kurang waktu petang ada seorang lelaki tua telah menahan kenderaan Range Rover (kenderaan kegemarannya itu). Almarhum memberhentikan kereta dan menurunkan tingkap lalu bertanya apa hajatnya?

Saya tidak pasti apa yang mereka berdua bualkan. Tanpa membuang masa, Almarhum terus menyeluk poketnya dan memberikan sedikit wang (wang tambang) supaya datang ke Istana Iskandariah keesokan harinya dan membuat aduan kepada beliau...

Selepas itu, Almarhum meneruskan perjalanan ke Kuala Kangsar.

Sambil mengeluh, beliau berkata,

“Itu dah sesak sangat ler tu sampai nak menahan aku kat tengah jalan... Ada ler bende yang tak kene”... 

Ada lagi peristiwa yang masih kuat didalam ingatan saya di Kuala Kangsar. Ketika itu terdapat Pesta hari kePuteraan Almarhum kalau tak silap tahun 1978, Segerombolan pemandu-pemandu teksi di Kuala Kangsar tidak berpuashati dengan Polis Daerah Kuala Kangsar kerana menahan teksi-teksi mereka masuk ke kawasan Istana dimana adanya Pesta Hari Keputeraan.
  
Untuk pengetahuan pembaca, Almarhum akan mengadakan Pesta di sekitar kawasan perkarangan Istana Iskandariah, di Bukit Chandan selama sebulan pada bulan September setiap tahun selepas Almarhum dilantik menjadi Sultan Perak sejak tahun 1964.

Alamrhum menggalakan orang orang kampung mencari pendapatan sampingan dengan berniaga di perkarangan Istana. Pelbagai juadah di niagakan selain terdapat Fun Fair dan pentas muzik Joget terbuka...Secara tidak lansung diwaktu inilah rakyat boleh melihat Istana Iskandariah secara dekat dan juga menemui dan berpeluang bermesra dengannya.

Berbalik kepada cerita pemandu teksi...

Pemandu-pemandu teksi nak mengadu kat 'ayahanda' periuk nasi mereka ditabur pasir. Pada mereka, 'Paduka Almarhum' selain dari payung, beliau juga adalah ‘Ayah Kesayangan’ yang melindungi  dan tempat rakyat mengadu.

Insiden tersebut menyebabkan Almarhum telah mengeluarkan titah kepada Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar agar jangan diganggu teksi-teksi yang membawa penumpang penumpang dari bandar Kuala Kangsar ke kawasan Istana dekat Bukit Chandan buat sepanjang waktu hari Keputeraan Sultan.

 Almarhum Sultan Abu Bakar (Sultan Pahang) bersama kekanda (kakak) ayahanda ku, AlMarhummah Tengku Ampuan Besar Raja Nong Fatimah

Patah Tumbuh Hilang Berganti
Dimanakah Rakyat Perak Nak Mengadu Lagi...
Selepas ketiadaan Almarhum Ku ini
Dimanakah Kan Ku Cari Ganti? 

Ku Syah 

- uncleseekersv2

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.