Untukmu duhai anakanda...
"Daun tetap di atas dulang,
Anak udang mati dituba,
Dalam kitab ada terlarang,
Perbuatan haram jangan dicuba"
"Anak ayam turun sembilan,
Mati seekor tinggal lapan,
Duduk berdoa kepada Tuhan,
Minta jalan kebenaran"
Jika ini peringatan untuk seorang ahli politik, bagaimana pula peringatan yang harus diterima seorang yang mengkhianati rakyat yang mempercayanya untuk melindungi Agama Islam & Masyarakat Melayu?
Anak udang mati dituba,
Dalam kitab ada terlarang,
Perbuatan haram jangan dicuba"
"Anak ayam turun sembilan,
Mati seekor tinggal lapan,
Duduk berdoa kepada Tuhan,
Minta jalan kebenaran"
Mari kita sama-sama menilai setiap ungkapan teguran Sultan Selangor dalam titahnya dan mungkin ditujukan khas buat anakanda baginda . Setiap yang dikatakan tepat kena ke muka Raja Muda Selangor tetapi sayang segalanya disembur ke muka anak-anak yang tidak berdosa tetapi terus ditegur kerana angin perubahan desakan rakyat dalam memastikan pemimpin mendahulukan Agama Islam & Rakyat.
TITAH DIRAJA
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah mengingatkan penuntut Universiti Putra Malaysia (UPM) supaya tidak terpengaruh dengan tuntutan kebebasan bersuara yang diperjuangkan segolongan pihak yang hanya mementingkan ideologi politik.
Persoalan Rakyat
Bagaimana pula dengan kebebasan hidup dua alam & siang malam dengan arak dan maksiat? Apakah politik menyuruh kita bersifat demikian atau politk pada era ini menuntut pemimpin bersikap lebih pro-rakyat dan memastikan keperluan dan kemahuan rakyat diberikan perhatian bukan kepentingan diri mereka. Bukankah segala yang telah didedahkan (banyak lagi yang masih belum didedahkan) ini juga terpengaruh dengan kebebasan memilih antara yang baik dan buruk. Bila nak ditegur dan minta permohonan maaf kepada rakyat kerana mengkhianati kepercayaan rakyat. Agak pelik juga kenapa berjuta manusia mendoakan mereka tetapi masih melakukan hal sedemikian rupa.
Tertulis dengan jelas, tidakkah ini jijik mengikut nilai-nilai masyarakat Islam & Melayu? |
Andai segalanya didedahkan,maka hilang lah segala keunikan Institusi Diraja. Ianya bukan terhenti disini kerana sudah sampai masa untuk rakyat menilai dan rakyat dinilai kesetiaanya kepada sistem diraja. Tetapi masanya telah tiba untuk rakyat menilai kesetiaan sistem diraja terhadap rakyatnya.
TITAH DIRAJA
"Beta berharap ilmu yang dipelajari dijadikan panduan dan pedoman untuk berjaya dengan cemerlang tanpa mengorbankan nilai-nilai yang menjadi teras masyarakat di negara ini," titah baginda pada majlis Konvokesyen UPM ke-36 di Serdang hari ini.
Persoalan Rakyat
Nilai jati diri dan akidah islam dikorbankan sama sekali. Berani melakukan pelbagai perbuatan yang jelas menyalahi hukum agama dan apatah lagi nilai-nilai yang menjadi teras masyarkat Islam dan MelayuMalaysia.Belajar hingga keluarga negara dan akhinrya segala nilai diri tergadai dan di Malaysia juga bersifat sedemikian rupa di Hard Rock Cafe yang mereka milikinya. Tidak adakah perasan malu apabila menyedari diri itu sebagai Ketua Agama Islam dan rakyat melihat dan menjunjung tinggi diri mereka kerana percaya mereka bersifat terpuji tetapi hakikatnya bersifat keji dan jijik.
TITAH DIRAJA
"Justeru para graduan perlu sentiasa mencintai dan menjaga nama baik UPM di mana sahaja mereka berada walaupun selepas tamat pengajian," titah baginda.
Sultan Sharafuddin bertitah mahasiswa dan juga alumni UPM perlu mempunyai jiwa dan semangat patriotik yang tinggi kepada negara dan tidak sewenang-wenangnya mempermainkan kedaulatan negara mahupun melakukan perkara yang boleh menjejaskan imej negara.
Persoalan Rakyat
Siapa pula yang tidak menjaga nama baik istana dan negeri dan negara? Yang lebih mengaibkan siapakah mereka yang tidak menjaga diri selaku Ketua Agama Islam? Tidak malukah kita umat islam yang memiliki Ketua Agama Islam sedemikian rupa dan mahukah bangsa & agama lain menghomrati Islam? Mampukah mereka ini berkata demi Islam dihadapan agama lain apabila mereka tahu akan sikap mereka yang sebenarnya tidak mengikut kehidupan seorang Islam?
TITAH DIRAJA
Baginda juga mengingatkan mahasiswa supaya tidak terlibat dalam gejala negatif seperti rasuah, tidak amanah dan menyalahgunakan kuasa yang secara tidak langsung boleh menjatuhkan imej universiti.
Persoalan Rakyat
JIka imej univeristi itu sendiri dinasihatkan untuk dijaga, bagaimana pula imej Instutusi Diraja? Imej selaku Ketua Agama Islam? dan Imej selaku pemimpin. Begitu juga kenapa berani menggadaikan imej dan maruah selaku seorang Islam? Anak-anak ini tidak seburuk mana untuk terus diperlekehkan dengan nasihat demi nasihat tetapi nasihat seharusnya diberikan pada mereka yang sebenarnya harus dinasihati.JIka seorang rakyat Islam minum arak,dengan mudah kami dihukum dan dipertontonkan kepada umum dan menjadikan kami manusia terkeji. Bagaimana pula denagn segala yang berlaku di Istana dan sifat setiap kerabat diraja yang lebih buruk dari kami dan mereka terlepas dari segala hukuman dan tidak malukah untuk terus merasakan diri lebih baik dari mereka yang ditangkap dan dihukum oleh Jabaan Agama Islam.
Adalah harus setiap rakyat mentaati pemimpinya dan lebih berat untuk untuk seorang pemimpin bersifat terpuji dan tidak mengkhianati rakyatnya. Institusi diraja harus dijaga jika ianya menjaga rakyatmya dan begitu juga kesetiaan rakyat tiada sempadan, tetapi kesetian seorang raja terhadap amanat yang dipikulnya sering terpalik dengan pelbagai kontrovasi yang berpunca dari sikap dan keperibadian yang tidak dimahukan oleh rakyat & agama Islam.
iklan banyak sngt la pantat..mcm mane nak baca
ReplyDeleteTah.. pe punya sampah la blog ko nie.. kalu ye pun nak cari duit biarlah kmas sket blog ko nie..semak siakkkk
ReplyDelete