`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, November 25, 2012

FESTIVAL BAGANDANG DI MATA DUNIA



GIMIK....Azizah bersama jemputan dan jawatankuasa penganjur menyaksikan Musa menyempurnakan gimik perasmian Festival Bagandang Beaufort 2012.

Oleh : ABU BAKAR ESAH

BEAUFORT: Festival Bagandang kini menjadi identiti Daerah Beaufort di negeri ini dan perlu dikembangkan ke merata dunia, kata Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna, Sabah, Datuk Azizah Mohd Dun.

“Kita perlu ada identiti sendiri untuk masyarakat dunia mengenali kita. Maka, saya melihat Festival Bagandang ini telah menjadi indentiti dan jenama kepada Daearah Beaufort.
"Selama empat tahun penganjuran festival ini, ia semakin dekat di hati rakyat dan tumpuan bukan sahaja dalam negeri malah turut mendapat sambutan meluas sehingga ke luar negeri seperto peserta Festival Bagandang yang datang dari Semenanjung, Sarawak serta Negara Brunei Darussalam,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Festival Bagandang Beaufort 2012 yang dirasmikan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Hj Aman di Tapak Tamu Pekan Beafort di sini kelmarin.

Hadir sama, Setiusaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Sukarti Wakiman, Ahli Parlimen Sipitang, Datuk Sapawi Ahmad, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lumadan, Datuk Kamarlin Ombi, Pegawai Daerah Beaufort merangkap Pengerusi Induk Festibal Bagandang, Wong Foo Tin, Pemangku Ketua Umno Bahagian Beaufort, Isnin Aliasnih, Setiausaha Tetap Kementerian Pemabngunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, Datuk Asnimar Sukardi dan Pengerusi Pelaksana Festival Bagandang Mohd Shaid Othman.

Azizah yang juga Adun Klias berkata adalah menjadi hasrat dan visi pemimpin serta penduduk untuk menjadikan Beaufort sebagai hub pengembangan ilmu, kesenian dan kebudayaan.

“Tamadun sesuatu bangsa selalunya dapat dilihat melalui warisan seni budayanya. Ia perlu dikekalkan kerana mempunyai identiti tersendiri. Budaya yang diwarisi mencakupi amalan dan cara hidup pelbagai kaum di negara kita.

Hal ini termasuklah pakaian, makanan, adat resam, seni, dan sebagainya. Sehubungan dengan itu, pelbagai usaha bagi menggerakkan aktiviti-aktiviti kesenian dan kebudayaan dihimpunkan dan diterjemahkan dalam penganjuran kali keempat Festival Bagandang Beaufort ini yang menjadi identiti Daerah Beaufort sebagai Pusat Bagandang yang terbaik sekali di negeri ini,” katanya.

Jelasnya, Festival Bagandang telah menyegarkan minat pencinta muzik tradisional untuk terus memartabatkan kesenian budaya melalui pendedahan kepada generasi muda.

“Tahun ini memperlihatkan usaha menaiktaraf Simfoni Bagandang kepada Okestra Bagandang dan sudah pasti Okestra Bagandang akan menjadikan alunan seni ini lebih gah di mata pencintanya.

“Kumpulan pemuzik yang lebih besar ini mampu mencetuskan idea kreatif mencipta alunan seni baru yang semakin segar tanpa meminggirkan keunikan tradisi,” katanya.

Azizah berkata, kejayaan Razali Abdul Rahim dari Kg. Rancangan Klias, Beaufort yang telah yang menjuari pencarian Bakat TV Malaysia dan juga memenangi pertandingan peringkat antarabangsa -Pertandingan Seni Persembahan Dunia (WCOPA) Road To Hollywood di Los Angeles, Amerika Syarikat adalah sebagai kejayaan dalam mencapai tranformasi seni muzik trdaisi.

“Pencapaian seperti ini amat kita banggakan dan kita galakkan agar menyuntik lebih ramai pendatang baru seni musik ini akan tampil memperketengahkan bakat seni mereka.

CENDERAKENANGAN.....MUSA menerima cenderakenangan yang disampaikan Azizah selepas meyempurnakan majlis Festival Bagandang Beaufort 2012.

“Pada festival ini saya telah menyaksikan dengan bangganya anak-anak muda dari kalangan suku kaum lain terutamanya dari kalangan muda mudi kaum Tiong Hwa menunjukkan kebolehan dan bakat mengalunkan muzik kulintangan dengan memainkan lagu-lagu klasik Allahyarham Tan Sri P. Ramlee,” katanya.

Beliau yag juga Penaung Festival Bagandang memberitahu, pelbagai program diadakan sempena festival itu meliputi kesenian, riadah, kekeluargaan hiburan, ekonomi serta informasi maklumat.

Katanya, tahun ini, beberapa tambahan program antaranya; Okestra Bagandang, Pertandingan Bagandang, Pertandingan Silat Bagandang dan hanya akan menjadi acara tahunan.

Seterusnya Azizah berharap generasi muda dapat memahami unsur budaya dan pelbagai kesenian bangsa sebagai teras pembentukan jati diri sebagai rakyat Malaysia yang memahami budaya tradisional masyarakatnya.

“Selaras dengan hasrat rakyat untuk merakyatkan seni, Festival Bagandang juga bertujuan merapatkan jurang budaya serta mengeratkan perpaduan di kalangan setiap lapisan masyarakat. Melalui pemahaman ini akan dapat menerapkan rasa kecintaan dan patriotisme terhadap negara,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.