`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, November 11, 2012

HOT! Anwar Given An Extra-Ordinary Welcome By the Indian Community! (in Malay)



Nampaknya, impian perdana menteri, Najib Altantuya untuk memperoleh kembali sokongan masyarakat India terutamanya di Selangor semakin kelam. 

Ini dibuktikan dengan sambutan meriah luar biasa yang diterima ahli parlimen Permatang Pauh ini oleh masyarakat India di saat Najib Altantuya menyatakan hasrat mahu bersemuka dengan Hindraf yang menjadi jurucakap kaum itu sejak pilihanraya umum ke-12 lalu.

Ketibaan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim di Klang disambut ribuan masyarakat India yang sudah menunggu kehadiran bakal perdana menteri Malaysia itu seawal jam 3 petang semalam.


Anwar yang tiba kira-kira jam 445 petang semalam itu disambut ahli parlimen Klang, Charles Santiago, Exco Kerajaan Negeri, Xavier Jayakumar dan Ronnie Liu dan pemimpin masyarakat tempatan.


Sambutan luar biasa yang ditunjukkan kaum ketiga terbesar di negara ini jelas membuktikan bahawa rakyat Selangor terutamanya masyarakat India masih bersama Pakatan Rakyat.


Anwar dalam ucapannya menegaskan Pakatan Rakyat akan terus memperjuangkan nasib semua kaum di negara ini sekiranya berjaya memerintah Putrajaya dalam pilihanraya umum akan datang. 


Kehadiran Anwar diserikan lagi dengan pertunjukan tarian kaum India dan persembahan kebudayaan pelbagai kaum di kawasan yang lebih dikenali dengan jolokan "Little India" itu.

Perayaan Deepavali akan disambut pada Selasa ini. 

JALAN PULANG

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.