`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Saturday, November 17, 2012

TM MALAYSIA BAGAIKAN PELACUR TUA?



Saudara Pengarang,

HARI demi hari berlalu, kini harapan tinggal harapan. Apa yang dijanjikan Kerajaan BN pimpinan Perdana Mneteri Najib Tun Razak tidak kunjung tiba. Begitulah hampanya penduduk Kampung Tinangol untuk menikmati perkhidmatan internet percuma yang baik dan boleh digunakan.

Kini hampir genap setahun penantian kami namun segalanya kelihatan seperti tidak ada penghujungnya kerana KTW Tinangol yang diwujudkan BN sejak awal tahun ini boleh diibaratkan seperti sampah sarap yang tidak berguna.
Walaupun di pintu masuk kampung kami ada terpampang papantanda yang bertulis Kampong Tanpa Wayar (KTW) Kampung Tinangol, namun agak menyedihkan kerana perkhidmatan ini tidak boleh digunakan seperti yang diharapkan.

Ada jiran kami mempersendakan kami kononnya KTW bermaksud 'Kampung Tahi Wogok' dan 'Kerajaan Tanpa Wawasan'.

Boleh dikatakan hampir setiap masa perkhidmatan ini tidak boleh di sambungkan dan jika berjaya disambungkan pun ia akan mengambil masa yang agak lama selepas banyak kali percubaan.

Lagi menyedihkan kerana talian selalu terputus-putus, selain itu perkhidmatannya juga terlalu lemah sehinggakan untuk membuka emel pun begitu sukar. Saya boleh ibaratkan perkhidmatan ini hanya layak untuk ditong sampahkan kerana tidak boleh digunakan dan menyusahkan rakyat berbanding jutaan ringgit wang dibazirkan.

Agak menyedih dan memalukan jika anda pernah berkunjung di KTW Tinangol kerana sebaik sahaja memasuki kampung tersebut terpampang papantanda KTW yang dimegahkan BN; tetapi untuk menikmati perkhidmatan internet orang kampung terpaksa melanggan sendiri perkhidmatan internet. Pelik dan memalukan. Itulah yang mungkin anda fikir dan itulah yang kami rasa!.

Selain itu, adalah amat menghairankan bila SKMM bertindak untuk menyekat 'Youtube' beberapa laman web lain. Mungkin kerana KTW Tinagol tidak boleh mengakses Youtube; sedangkan banyak maklumat yang berguna boleh diperolehi dari Youtube dan laman web lain.

Bukankah ini juga satu tindakan bodoh SKMM yang menganggap pengguna KTW Tinangol hanya seperti budak SPM yang perlu disekat di sana sini sedangkan Kerajaan BN yang memberi jaminan Bill of Guarantee (BoG) untuk tidak menapis internet.

Persoalannya, adakah kontraktor dan pemberi tender pemasangan KTW Tinagol (piring dan alat penerima) sudah membuat untung? Malangnya yang rugi adalah rakyat (duit untuk membina, memasang dan membeli dan membayar talian kepada telekom setiap bulan adalah duit rakyat).

Kini kontraktor sudah boleh menikmati hasil dari keuntungun dari projek ini dan rakyat membayar setiap setiap bulan untuk perkhidmatan ini tetapi tidak mendapat apa-apa. Bukankah ini bodoh namanya? Bukankah ini juga bermaksud memperbodohkan penduduk kampung Tinangol?

Di kesempatan ini juga, saya ingin menghentam TM Malaysia kerana gagal memberikan perkhidmatan yang sepatutnya dinikmati oleh penduduk kampung Tinangol.

Tidak malukah TM Malaysia memberikan perkhidmatan yang tidak berkualiti dan tidak boleh digunakan kepada penduduk kampung Tinangol? Bukankah setiap bulan mereka menerima bayaran untuk perkhidmatan ini?

Mungkin dalam hal ini, pelacur tua lebih baik dari TM Malaysia kerana mampu memuaskan pelanggan mereka dengan perkhidmatan mereka sekalipun sudah seperti selipar jepun!

Kami orang Tinangol kini tidak boleh berkata apa-apa lagi kepada ADUN dan MP kami dan Kerajaan BN dan kami hanya tidak dapat menahan sabar untuk menolak mereka dalam PRU-13.

Salam Hormat,

PENGHUNI KTW TINANGOL

- Sabahkini

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.