`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Monday, December 24, 2012

HOSPITAL PAKAR LAHAD DATU VS KANDANG LEMBU?


BAHAGIA.......Semoga kegembiraan di katil hospital ini antara adik saya dengan anak bungsunya (baju kuning) dan anak-anaknya di hari akhir sebelum dihantar ke Hospital Likas akan berterusan walaupun setelah menjalani operasi membuang ketumbuhan kelak.

Oleh : MUTALIB M.D

KENYATAAN saya kelmarin di Sabahkini.net bertajuk 'Hospital Lahad Datu, Klinik PakarMenipu' telah menimbulkan kemarahan ramai pihak, sedangkan hakikatnya memang benar kerana selama ini warga Lahad Datu diabaikan dari aspek kesihatan seolah-olah 'lembu' yang dihantar ke Pusat Sembelihan UMNO!

Walaupun mempunyai hospital mega yang canggih, namun masyarakat Lahad Datu sering menggelarnya sebagai 'Kandang Lembu' kerana tidak mempunyai Doktor Pakar, melainkan 'Dr Haiwan/Lembu' sehingga membuatkan Hospital Besar Lahad Datu gagal berfungsi sebagai sebuah pusat rawatan untuk manusia yang membayar cukai dan boleh mengundi.
Saya tidak tahu apa kaedah rawatan atau pemeriksaan yang dijalankan di Hospital ini kerana tragedi yang menimpa adik saya, Siti Khadijah sesuatu yang amat memalukan dan tidak mungkin terjadi di Lahad Datu jika semua pihak menjalankan peranan masing-masing.

Jika sebelum ini rakan saya, Ng Tak Wai @ Myra Ng, hampir menemui ajal kerana dijangkiti Malaria yang gagal dikesan oleh Hospital Lahad Datu sehinggalah beliau tiba-tiba pengsan sebaik sahaja tiba di hadapan Damai Specialist Hospital, Kota Kinabalu; sedangkan sebelum ini beliau telah lama berulang alik ke Hospital Pakar Lahad Datu, tetapi gagal mengesan jangkitan malaria.

Kini saya benar-benar terpana, terkesima dan terharu kerana kecuaian Hospital Pakar Lahad Datu menimpa adik kesayangan saya sendiri yang tidak berdosa dan mungkin boleh disembuhkan segera jika kanser pembunuh yang dihidapinya berjaya dikesan lebih awal.

Agak malang kerana adik saya terpaksa menjadi bahan eksperimen Hospital Lahad Datu terutama sikap tidak profesional Doktor Sakit puan memeriksa pesakitnya termasuk adik saya sehingga penyakit kanser yang dihidapinya didiagnos sebagai 'bawaan mengandung' dan akan hilang sendiri.

Mengikut semakan saya, adik saya menjalani ujian Paps Smear setiap dua tahun sekali di Klinik Perancang Keluarga dan terakhir pada 2010. Walaupun pada tahun lalu janin yang dikandungnya mengalami keguguran, namun Hospital Lahad Datu yang mengambil sampel pada tubuh adik saya mengesahkan adik saya sihat setelah sampel daging yang diambil diperiksa di Clinipath, Makmal yang diberi tauliah Kementerian Kesihatan Malaysia.

Hanya pada Oktober lalu adik saya mula mengalami sakit yang teramat sangat di bahagian punggung sehingga ke bahagian peha sehingga tidak dapat berjalan dan dalam masa yang sama sistem perkumuhannya kurang berfungsi.

Menurut Jururawat yang merawat saya, Doktor Sakit Puan di Hospital Pakar Lahad Datu menasihati saya agar banyak minum air dan susu tetapi enggan menemui atau memeriksa adik saya sebagaimana sepatutnya yang dilakukan oleh Doktor Pakar Sakit Puan dan menganggap kesakitan adik saya adalah simptom biasa bagi ibu mengandung atau baru lepas bersalin.

Pada 1 Disember 2012, adik saya yang sedang sarat mengandung mengalami pendarahan dan dihantar ke Unit Kecemasan Hospital Pakar Lahad Datu; anehnya 'Doktor Haiwan' di hospital berkenaan hanya memeriksa sepintas lalu dan memaklumkan adik saya tidak perlu risau kerana hanya luka pada pangkal rahim.

Namun pada 11 Disember 2012, terlalu banyak darah keluar daripada kemaluan adik saya yang sedang menunggu masa kelahiran dan hanya selepas itu barulah adik saya dirujuk kepada Doktor Pakar (entah pakar apa) kerana pada 20 Disember 2012 barulah Hospital Pakar Lahad Datu berjaya mengesan dan mengesahkan adik saya menghidapi kanser pankreas?

Akibatnya adik saya dipindahkan ke Hospital Likas untuk mendapatkan rawatan lanjut kerana Hospital Pakar Lahad Datu tidak mempunyai Pakar Kanser dan Pusat Rawatan Kanser.

Anehnya, setelah dipindahkan ke Hospital Likas barulah adik saya mendapat rawatan dan layanan sebenarnya daripada pihak Hospital dan bukannya rawatan 'Kandang Lembu' seperti yang dialaminya di Hospital Pakar Lahad Datu.

Menurut Doktor Pakar di Hospital Likas, kanser berkenaan sudah terlalu lama berada di dalam tubuh adik saya dan semakin merebak kerana tidak pernah dirawat; sedangkan hakikatnya adik saya sering menjalani pemeriksaan di Hospital Pakar Lahad Datu kerana kesemua enam orang anaknya (termasuk keguguran) dilahirkan di Hospital Pakar Lahad Datu.

Tambah membingungkan adik saya, anak bungsunya, Qudus, baru sahaja berhenti menyusu badan beberapa hari lalu setelah saya melarangnya kerana bimbang dijangkiti sel kanser yang menghasilkan susu; sebaliknya doktor dan juru rawat tidak pernah melarang?

Semalam, Doktor Pakar telah menyuntik ubat untuk mematangkan paru-paru janin yang berada di dalam kandungan adik saya kerana mereka mengesahkan akan melakukan Ceasarian untuk menyelamatkan janin yang berusia lapan bulan tersebut pada hari khamis ini (29 Disember 2012).

Hasil pemeriksaan rapi Doktor Pakar Hospital Likas, kanser yang dialami adik saya pada tahap 4B. Mungkin tidak ada yang percaya adik saya boleh menghidap kanser Tahap 4B kerana beliau amat menjaga pemakanan beliau; apatah lagi beliau sering menjalani pemeriksaan dan diperiksa Hospital Pakar Lahad Datu.

Selepas menjalani Ceasarian di Hospital Likas, adik saya terpaksa menjalani pembedahan membuang ketumbuhan termasuk usus dan tabung najis; menebuk perut, memasang hos dan mengganti tabung najis dengan plastik seumur hidup.

Amat malang sekali kerana masa hadapan adik saya mungkin gelap kerana kanser telah menyerang tabung najis dan kemaluan. Siapakah yang mahu bertanggung jawab?

Mengikut semakan saya, terdapat satu vaksin yang ditemui Dr Kenichiro Hasumi di Jepun iaitu Human Initiated Therapeutic Vaccine (HITV) yang terkenal bagi merawat kanser tahap lewat hampir semua jenis kanser kecuali leukemia; kini boleh diperolehi di negara ini, tetapi mungkin tidak lagi berkesan untuk merawat penyakit kanser adik saya.

Walaupun rawatan HITV agak mahal iaitu RM200,000 dan mengambil masa kira-kira tiga minggu dengan 10 hari daripadanya merupakan rawatan sebenar dan selepas rawatan itu, pesakit akan diperiksa dengan imbasan PET-CT secara berskala bagi memantau rosot kembali kanser; namun inilah pilihan terbaik pesakit untuk sembuh kembali daripada kehilangan segala-galanya.

Tahniah Datuk Rosnah Rashid Shirlin kerana telah memberi anugerah 'Pesakit Kanser' kepada adik saya!

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.