`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Thursday, January 17, 2013

RCI SABAH HANYA WAYANG UMNO





Oleh : NORUTUL ILHAM

KUALA LUMPUR : Naib Presiden KEADILAN, Fuziah Salleh berkata, Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung imigran Sabah yang sedang berlangsung bagi menyiasat perkara itu hanya 'wayang' Umno BN.
Katanya, walaupun saksi daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dipanggil untuk memberi keterangan, namun pastinya mereka tidak akan dedahkan sejauh mana projek IC itu untuk memenangkan Umno BN di sana.
“Ini semua wayang yang dimainkan Umno BN. Selesai suruhanjaya nanti, ada pula alasan-alasan tak munasabah daripada hasil pendengaran itu.
“Mengikut orang Sabah sendiri, mereka tidak percaya angka yang diberikan SPR kerana rekod yang dikemukakan bukan yang terkini. Daripada awal sudah nampak kekeliruan,” katanya ketika dihubungi.
Dalam pendengaran itu semalam, JPN memberitahu RCI, hanya 66,682 warga asing di negeri itu diberikan kewarganegaraan sejak pembentukan Malaysia.
Angka tersebut, kata Timbalan Pengarah Bahagian Kewarganegaraan JPN, Nik Norashikin Nik Mansur, dikumpulkan dalam tempoh 50 tahun bermula 1963 hingga Oktober 2012.
“Mereka hanya bagi sejumlah angka, bukannya berdasarkan tahun supaya ia nampak terperinci. Saya gesa Umno BN supaya memberikan angka terkini supaya rakyat tidak lagi ditipu.
“Mereka dah tak boleh kawal isu ini. Jadi sekarang kita persoalkan adakah projek IC masih berlaku hingga sekarang?” ujar Ahli Parlimen Kuantan itu.
Penolong Pendaftar JPN Sabah, Kee Dzulkifly Kee Abd Jalil mendedahkan kepada RCI, kira-kira 100,000 kad pengenalan biru diberi kepada pendatang Sabah pada tahun 1993.
Katanya, beliau menerima RM80,000 daripada Pengarah JPN Sabah pada ketika itu Ramli Kamarudin untuk mengeluarkan kad pengenalan kepada pendatang Filipina, Indonesia dan Pakistan di Sabah.
Dzulkifly juga memberitahu, lebih 100,000 surat beranak dikeluarkan bagi pendatang pada awal tahun 1990an.
Bagaimanapun, bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Harris Salleh menafikan wujudnya skim imigresen rahsia untuk mengubah demografi negeri Sabah, yang lebih dikenali sebagai Projek IC atau Projek M.
Malah, RCI semalam diberitahu oleh saksi-saksi bahawa, dua bekas orang kanan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dikaitkan berhubung dakwaan pemberian kewarganegaraan untuk jadi pengundi di Sabah.
Mereka adalah Tan Sri Abdul Aziz Shamsuddin, yang ketika itu merupakan Setiausaha Politik kepada Mahathir dan Timbalan Menteri Dalam Negeri pada waktu itu, Tan Sri Megat Junid Megat Ayub.
“Sampai bila mereka tak akan mengaku, tapi kalau bangkai gajah macam mana nak tutup,” sindirnya.
“Walaupun ada fakta dan bukti, Umno tetap mahu tutup kebenaran,” kata Fuziah. (KeadilanDaily)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.