`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, February 6, 2013

BUGIS LAYAK JADI KETUA MENTERI SABAH!



Saudara Pengarang,
SAYA amat tertarik dengan kenyataan yang tersiar di portal online Sabahkini.net pada 5 Februari 2013 yang bertajuk 'Bugis Juga Bumiputera Sabah' kerana selaku anak Bugis di Sabah begitu gembira jika kerajaan Sabah bersetuju mengiktiraf bangsa Bugis sebagai Bumiputera kerana inilah yang kami tunggu-tunggu sejak sebelum merdeka lagi.

Sekiranya kerajaan negeri mengiktiraf bangsa Bugis sebagai Bumiputera, saya bagi pihak bangsa Bugis yang ada di muka bumi Sabah ini mendesak agar Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak (sekiranya beliau masih lagi menyandang Perdana Menteri Malaysia), kami mahu agar jawatan Ketua Menteri Sabah dan Yang Dipertua Negeri Sabah mestilah berbangsa Bugis.
Inilah permintaan utama kami jika BN/UMNO mahu menang di Sabah hasil undi dari tangan pengundi-pengundi bangsa Bugis dan selaras dengan itu tolong batalkan niat kerajaan untuk meneruskan RCI Sabah.

Datuk Osman Jamal, selaku Pengarah Tanah dan Ukur Sabah yang selama ini mengidam-idamkan jawatan Ketua Menteri Sabah atau TYT wajar diberikan kesempatan memegang salah satu daripada dua jawatan penting ini kerana Perdana Menteri juga berketurunan Bugis.

Sementara bangsa Sungai, Kadazan, Dusun, Murut pula sewajarnya ditarik balik kerakyatan mereka kerana selama ini merekalah yang terlalu sibuk meminggir bangsa Bugis, sebagaimana yang mereka lakukan selama ini; apatah lagi bangsa Bugis semakin ramai di Kinabatangan, Keningau, Tawau, Ranau, Sandakan dan Lahad Datu.

Jumlah orang Bugis yang ada MyKad yang diberikan oleh pemimpin UMNO sudah mencecah 1.7 juta dan pada bila-bila masa sahaja kami boleh menindas kaum yang mengaku anak jati Sabah, tetapi papa kedana kerana malas berusaha; berbanding kami yang kaya raya dan ramai telah menjadi jutawan.

Anak Jati Sabah hanya layak dipanggil kayu jati yang ditanam di tepi jalan tetapi tidak lagi dijaga kerana tidak mendatang hasil; sering pula memandang rendah kepada bangsa Bugis.

Mereka tidak sedar, di Indonesia pun orang Bugis lebih berkuasa daripada orang Jawa, kerana sekarang orang Bugis di Surabaya sahaja sudah hampir mencecah 4.7 juta orang.

Begitu juga daerah Kinabatangan, Tawau, Keningau, Kundasang, Sipitang dan sebagainya yang bakal menjadi 'Tanah Jajahan' bangsa Bugis melalui kuasa politik, ekonomi dan sosial.

Salam Hormat, Hidup Bugis!



HJ NUNGKA ANDI MASRAPI MADDER
Kampung Paris 1, Kinabatangan

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.