`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Saturday, February 2, 2013

DBKK BUTA SEBELAH MATA?




Saudara Pengarang,
KAMI warga bandaraya ingin mengadukan beberapa persoalan kepada DBKK terutamanya Datuk Bandarnya. Adakah DBKK berlaku adil kepada semua warga Bandaraya? Kita sedar atas usaha bersungguh-sungguh DBKK banyak memberi keselesaan pada warga Bandaraya ini, akan tetapi masih terdapat banyak perkara yang DBKK perlu atasi, seperti contoh di perenggan berikut.

Penjual Rokok Haram seludup masih bermaharajalela di depan Pasar Ikan Masin. Kehadiran para penjual rokok haram seolah-olah tidak diambil apa-apa tindakan pihak DBKK, sehingga memaksa orang awam untuk membeli rokok haram mereka.
Manakala Kereta Sapu juga bermaharaja dengan meletakkan kereta mereka di depan Hotel Le Meriden dan mengangkut para penumpang, dengan diawasi agen yang mengaturkan orang ramai yang ingin mengunakan perkhidmatan kereta sapu ini di sana.

Bendera Parti Politik dibiarkan bermaharaja di sekitar jalan menuju ke kampung Likas, tetapi tiada sebarang tindakan daripada DBKK.

Terdapat dua buah bangunan yang sedang dibina di tepi Laut berdekatan dengan jalanraya sehingga selalu mengganggu lalu lintas kerana DBKK telah membenarkan sempadan tapak pembinaan terlalu dekat dengan jalanraya (sepatutnya DBKK mensyaratkan sempadan tapak pembinaan itu mestilah jaraknya 10 kaki dari jalanraya).

Keadaan ini selalu menganggu pengguna kenderaan yang lalu di sana pada waktu puncak kerana lori besar yang sedang mengangkut simen juga ingin masuk ke tapak berkenaan (bersebelahan dengan Suria Sabah).

Sebagai warga Bandaraya, kami kecewa dengan keadaan yang seperti senaraikan di atas tadi. Diharapkan DBKK boleh membuka mata mereka, terhadap semua masalah yang telah disenaraikan itu.

Salam Hormat,

MICHEAL GOMEZ

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.