Hai perkasa.
I dengar u nak pertahankan kalimah Allah. Lebih tepat you nak pertahankan kesucian kalimah Allah dari digunakan oleh mana2 pihak non muslim di malaysia be it kristian ke sapa ke seme tak boleh hanya muslim je boleh menggunakan ia.
Itulah tujuan asal you all seme berkonvoi semalam. Menggunakan motor. Konvoi bermotor nama diberi. Matlamat pertahankan kesucian kalimah Allah jadi sasaran.
Maaf, i tak dapat join. Bukan sebab busy. Atau malas. Cuma i tak cukup alim macam you all. Terus terang. Bagi orang macam i, momantai la kristian nak guna ke apa ke nak gunakan Kalimah Allah.. dalam bible ke dalam gereja ke apa ke.. lantak la. Itu bukan my biggest concern, currently.
Boleh dikatakan aku tak memandang non muslim ancaman kepada akidah umat islam. Boleh dikatakan aku beranggapan ada isu yang lebih penting untuk diselesaikan dan ditumpukan berbanding isu kalimah Allah itu.
Maka, begitulah aku berfikir. Jadi, PERKASA i am so sorry because not supporting your cause. Apa pun tahniah ek, cara korang pertahankan kalimah Allah agak unik untuk direnungkan. Well, yang harus itu harus hukumnya. Yang wajib itu wajib hukumnya. Sebelum pertahankan yang harus, marila kita mengimani yang wajib, oke? Bai.
- amenoworld
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.