`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Monday, February 4, 2013

HALIK SAMAN HANTU?


Saudara Pengarang,
TERLEBIH dahulu saya memohon izin dan restu untuk menggunakan ruang portal Online Sabahkini.Net untuk mengupas sedikit kenyataan Halik Zaman yang tersiar di Sabahkini.Net pada 3 Mac 2013 bertajuk 'Halik Zaman Saman Sharleynormagilbert' yang dilihat seolah-olah orang tua yang tidak bertamaddun.

Sebagai seorang pemimpin dalam PKR Tenom, Halik Zaman harus mempunyai minda terbuka sebagai seorang pemimpin parti yang menjadi bakal Calon kawasan Tenom pada PRU 13 nanti harus tabah dan cekal menerima apa saja tohmahan daripada orang ramai dan kalau takut kena kritik, takut kena maki hamun; lebih baik Halik duduk sahaja dalam Surau atau masjid dan terus berzikir sambil menunggu ajal.
Bak kata pepatah, “jika takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi Pantai". Sama juga kalau orang takut kena cemuhan, kena maki, kena hina dan kena fitnah lebih baik jangan main politik, bukankah maki hamun itu asam garam dalam arena politik.

Kalau Halik hendak meneruskan niat untuk menyaman kepada Sharley dan diketahui oleh umum dan kes ini sampai ke telinga Datuk Seri Anwar Ibrahim; sudah tentu dia patah hati bila melihat orang yang bakal menjadi calon pada PRU 13 nanti bersifat gelojoh dan tidak ada sifat-sifat kesabaran.

Saya bukan ingin membela Sharley yang ingin disaman tetapi persoalannya, apakah Sharley benar-benar wujud atau hantu jelmaan orang Halik sendiri? Jika Sharley benar-benar wujud, mungkin kanak-kanak Tadika. Mampukah dia bayar saman? Jadi saya fikir ada baiknya Halik batalkan niatnya untuk menyaman para pengomen di ruangan disquss Sabahkini.net.

Jika perkara sekecil ini ingin dibesarkan Halik, maka dia patut malu kepada pemimpin UMNO seperti Datuk Seri Mohd Shafie Hj Apdal kerana bermacam-macam tuduhan dilemparkan kepadanya, beliau tetap tenang dan sabar menghadapi karenah pengundi dan sentiasa membaiki diri.

Malah fitnah terhadap Ketua Menteri Sabah, Datuk Musa Haji Aman dalam kes Hong Kong lebih dasyhat. Begitu juga Datuk Samsuddin Yahya juga tidak pernah mengambil berat segala tuduhan yang disiarkan di Sabahkini.net.

Saya kenal Halik kerana kita satu umur. Sebagai orang veteran yang dihormati, berfikir panjang sebelum meneruskan niat kebudak-budakkan untuk 'bertumbuk' dengan kanak-kanak tadika. Tidakkah ini memalukan?

Kita kini sama-sama berjuang dalam PKR. Dalam perjuangan yang amat panjang ini, satu sahaja niat ialah mahu menang PRU-13 dengan menumbangkan BN/UMNO di Sabah.

Jangan fikirkan hal yang remeh sehingga memesongkan fikiranmu terhadap persediaan PRU-13. Apatah lagi Halik menggunakan orangnya untuk menyekat orang lain yang menjadi pencabarnya sedangkan mereka berada dalam satu parti.

Ingat Halik, ini pesan dari kawan lamamu kerana kita dulu sama-sama berjuang Hj Saidi Lampoh, Datuk Hj Mohd Noor Mansur, Arwah Pengiran Khafid, arwah Abdul Hamid Awang dan A.K Aliudin. Saya akan terus menyokong perjuanganmu selagi tidak mengundang tohmahan kepada PKR.

Salam hormat dari saya,

"INI KALI LAH"

DZULKIFLIE HJ AHMAD MANTONG
Kg Panjut Tuaran

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.