`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Sunday, February 3, 2013

Hamas kunjungi Anwar: Tidak hiraukan Najib


Wong Choon Mei, Alaa Soleiman
Hamas kunjungi Anwar: Tidak hiraukan Najib, pengiktirafan meningkat PR bakal menang PRU13Pemimpin pembangkang, Anwar Ibrahim menerima kunjungan delegasi terkemuka dari Palestin yang diketuai oleh Walid al Moudi, ahli senior biro politik Hamas dan Ahmad Al-Kurd, bekas menteri hal ehwal sosial Palestin di ibu pejabat parti PKR di Kuala Lumpur.
Anwar, berusia 64 tahun yang dijangka akan mengambil alih kerajaan persekutuan daripada parti Umno-BN pimpinan Perdana Menteri Najib Razak yang sering dibelenggu skandal, mengutuk Amerika Syarikat dan Israel kerana berterusan dengan agenda politik perpecahan mereka di wilayah itu.

“Semasa saya masih lagi ketua pelajar pada tahun 1973, saya telah mengetuai demonstrasi menentang keduataan AS dan Israel kerana ketidak adilan yang melampau dalam polisi Timur Tengah mereka. Pada ketika itu, ia merupakan demonstrasi terbesar di bandaraya Kuala Lumpur,” Anwar memberitahu sidang akhbar bersama dengan delegasi Palestin pada hari Jumaat.

“Saya berani berjanji kerajaan PR yang baru akan lebih bertegas dan telus dalam sokongannya terhadap rakyat Palestin, dalam menuntut keadilan dan perjuangan mereka.

Pengiktirafan dunia yang meningkat terhadap PR dan tidak mempedulikan Najib
Kunjungan Hamas menaikkan kemarahan sesetengah pihak apabila tidak lama sebelum itu, Kesatuan Eropah telah melakukan perkara yang sama. Ini menandakan pengiktirafan kuasa asing akan kemungkinan besar Anwar dan parti Pakatan Rakyat untuk memenangi pilihanraya umum ke-13 yang dijangka akan diadakan pada bulan Mac dan seterusnya menubuhkan kerajaan persekutuan.

Duta EU Luc Vandebon telah menegaskan bahawa EU tidak mempunyai masalah untuk bekerjasama dengan Anwar dan akan mengiktiraf PR sebagai kerajaan baru asalkan ia telah dipilih secara demokrasi oleh rakyat Malaysia.
Ia juga ketara apabila delegasi telah memilih untuk mengunjungi ibu pejabat Anwar yang tidak seberapa dahulu, dan bukan membuat kunjungan balas ke atas Najib yang baru melakukan kunjungan ke atas Semenanjung Gaza untuk bertemu perdana menteri Palestin, Ismail Haniyeh.

"Jika mengikut isyarat diplomasi antarabangsa, anda boleh katakana ini bagaikan tidak menghiraukan Najib,” ketua komiti disiplin PKR," Tan Kee Kwong berkata kepada Malaysia Chronicle.
Bersama Anwar di pertemuan dengan Hamas, presiden PKR, Wan Azizah Wan Ismail, timbalan presiden PKR, Tian Chua, ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah dan ahli parlimen Subang Sivarasa Rasiah.

Kamu dari kami, dan kami dari kamu

Delegasi Palestin telah diberi taklimat tentang keadaan semasa senario politik di Malaysia dan mempunyai pandangan yang sama tentang perkembangan terbaru di Timur Tengah.
NGO Malaysia, Aqsa Syarif juga telah menyerahkan derma sebanyak US$ 700,000 (RM 2.175 juta) untuk membina semula Masjid Nur Al Hamidi di Gaza, yang telah dimusnahkan pada tahun 2008 semasa pencerobohan Israel.

“Saya berterima kasih kepada pemimpin, Anwar Ibrahim kerana memulakan usaha derma ini. Encik Anwar memang dikenali sebagai penyokong kuat Palestin semenjak tahun 1980-an. Ikram dan Aqsa Syarif juga begitu aktif dalam sokongan untuk perjuangan kami dan menunjukkan keikhlasan dan kemurahan hati rakyat Malaysia. Kita mahu beritahu rakyat Malaysia seperti apa yang mereka nyatakan kepada kami, kamu dari kami dan kami dari kamu,” kata Walid dalam ucapan yang singkat.

John Kerry tidak akan mengubah dasar US-Timur Tengah

Apabila ditanya jika perlantikan John Kerry sebagai Setiausaha AS yang baru menggantikan Hillary Clinton akan mengubah pendirian kuasa besar itu tentang wilayah yang kaya dengan minyak, Walid tidak optimistik.
“Sesiapa sahaja yang menjadi Setiausaha Negara itu yang baru tidak akan mengubah dasar menyokong Israel menentang Palestin. Senjata yang membunuh kanak-kanak Palestin adalah dari AS dan AS memberi senjata-senjata itu kembali selepas 2 kali serangan terhadap Gaza. Sesiapa yang menang dalam pilihanraya di As bergantung kepada siapa yang lebih menyokong Israel dan menyokong agar Israel dalam mempertahankan diri dan menentang Palestin,” Walid tidak berselindung dalam kenyataannya yang pendek.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.