`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, February 3, 2013

Kaum India Akan 'Khianat' Pada Najib



KUALA LUMPUR 3 Feb:  Masyarakat India tidak akan memberi ‘nambikei’ atau kepercayaan kepada Datuk Seri Najib Razak pada pilihan raya umum akan datang, tegas Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam.Menyifatkan rayuan itu  tindakan terdesak meraih undi, beliau yakin kaum India tidak akan terpengaruh dengan janji perdana menteri itu.

“Dalam sehari dia pergi lebih tiga Pesta Ponggal, kemudian tabur janji nak bela nasib orang India.“Selama Umno BN perintah, nasib orang India tidak pernah terbela, bila pilihan raya baru janji macam-macam untuk orang India. Ini menggambarkan politik terdesak Najib,” katanya ketika dihubungi.

Najib ketika berucap pada sambutan Pesta Ponggal di Dataran Merdeka, malam tadi berjanji tidak akan mengecewakan harapan masyarakat India, malah merayu supaya diberi kepercayaan (nambikei) dan sokongan pada PRU nanti.Manikavasagam berkata, BN sanggup berbelanja besar untuk meraikan sambutan seperti Pesta Ponggal, namun mengenepikan perkara asas seperti kemudahan pendidikan kepada masyarakat Tamil.

“Najib pernah janji mahu bina sekolah Methodist Tamil di Kapar, tapi sampai hari ini janji langsung tidak ditepati sedangkan sekolah dan pendidikan adalah asas kepada semua manusia.“Masyarakat India bukan gilakan hiburan, tetapi mahu hak yang seimbang dan baik untuk terus hidup,” ujar Pengerusi Biro Kemasyarakatan & Aduan Rakyat KEADILAN itu.

Beliau menambah,  isu kematian dalam tahanan polis dan hak kewarganegaraan kaum India merupakan antara masalah yang  belum diselesaikan hingga kini.

Sementara itu, Adun Bukit Selambau,  S. Manikumar berkata, kehadiran Najib ke sambutan Pesta Ponggal tidak seharusnya dijadikan menjadi medan bagi meraih undi kaum India.

Beliau berkata, kerajaan sepatutnya memberi perhatian khusus terhadap masalah komuniti itu dan bukan sekadar menabur janji ketika PRU.“Contohnya, bilangan orang India yang memiliki kad pengenalan (IC) merah masih ramai dan ini menyebabkan banyak masalah lain hingga menyukarkan mereka menikmati kemudahan seperti rakyat lain.

"Mereka bukannya rakyat asing tetapi lahir dan membesar di Malaysia tetapi kenapa perkara ini masih berlaku?” soal Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) KEADILAN itu. ~keadilandaily

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.