`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Monday, February 4, 2013

JANGAN ABAI ASPEK KEBERSIHAN




TAKLIMAT KESIHATAN...Dato Sri Nasir (dua kanan) bersama A.M.Ibnu A.K.Baba (kanan) mendengar taklimat kesihatan disampaikan Pegawai Kesihatan, Husin (tengah) dan turut kelihatan kakitangan Kesihatan Daerah Semporna, Ali Masan (kiri) sempena majlis taklimat ringkas itu di Semporna.

Oleh : ARSHAD HUSSIN
SEMPORNA : Kerajaan menerusi Pihak Berkuasa Tempatan dan kementerian kesihatan akan berindak tegas terhadap peniaga yang mengabaikan aspek kebersihan bukan sahaja kebersihan sekitar premis malah dalam aspek penyediaan makanan.

Langkah itu perlu bagi memastikan Daerah Semporna sentiasa bersih dan bebas dari sebarang penyakit berjangkit.
Menteri Di Jabatan Ketua Menteri, Dato Sri Haji Nasir Tun Sakaran, menegaskan pihaknya melalui PBT serta jabatan berkaitan sentiasa membuat pemeriksaan dan pemantuan terhadap tahap kebersihan premis dan akan mengeluarkan amaran awal secara bertulis kepada peniaga makanan sekiranya premis mereka gagal mematuhi peraturan yang telah ditetapkan atau mengarahkan premis berkenaan ditutup jika mendapati peniaga terbabit masih ingkar.

Beliau berkata demikian sempena majlis taklimat kesihatan di Semporna.

Hadirsama sempena majlis ringkas itu Pegawai Daerah Semporna, A.M.Ibnu A.K.Baba; Pemimpin UPKR Kawasan Senallang, Haji Tahir Amir; Pegawai Jabatan Kesihatan Semporna, Husin dan Ali Masan.

Nasir meminta semua premis dan pengendali makanan di daerah berkenaan agar meningkatkan tahap kebersihan dan tidak menjual makanan yang telah luput tempoh.

Beliau menjelaskan sejak penghujung tahun lalu beberapa kes kolera turut dikesan di Semporna namun keadaannya adalah terkawal.

Bagaimana pun katanya, pihak-pihak berkaitan telah mengambil tindakan awal dengan menjalankan saringan kesihatan di pintu masuk antarabagsa, pemantauan terhadap individu yang datang dari kawasan yang disyaki mempunyai kes kolera, dan memberi rawatan segera kepada individu yang disyaki sebagai pembawa jangkitan.

Dato Sri Nasir yang juga wakil rakyat Senallang berkata pihaknya memandang serius masalah itu dan meminta semua pihak berkaitan unruk mengambil tindakan yang sewajarnya bagi membendung sebarang penyakit berjangkit di daerah itu.

Dalam masa sama orang awam juga diharap dapat membantu kerjaan dalam aspek penjagaan kebersihan walau di mana mereka berada.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.