`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Sunday, February 3, 2013

JANGAN CEPAT KECIL HATI, SABAR TUNGGU GILIRAN




SURAT TAWARAN...Dato Sri Nasir (dua kiri) disaksikan Tahir Amir (dua kanan) dan OKK Musa (kanan) menyampaikan surat tawaran projek kepada Zakaria Iral (kiri) sempena majlis penyampaian projek Adun di Semporna.

Oleh : ARSHAD HUSSIN
SEMPORNA : Menteri DiJabatan Ketua Menteri Sabah, Dato Sri Hj.Nasir Tun Sakaran menasihatkan rakyat negeri ini tidak cepat berkecil hati dan kecewa apabila permohonan projek mereka belum ditunaikan kerajaan sebaliknya bersabar menunggu giliran.

Katanya, kerajaan sentiasa prihatin dan mendahulukan keperluan rakyat berdasarkan konsep 1Malaysia tanpa mengira suku kaum, anutan agama mahupun fahaman politik.
Beliau menegaskan,setiap kelulusan dan penyampaian peruntukan itu dilakukan secara berperingkat dan mengambil kira keperluan serta keupayaan pejabat daerah yang mengendalikan pelaksanaan projekAdun dan Parlimen.

Nasir berkata demikian sempena menyampaikan Surat Tawaran Projek peruntukan ADUN kepada lebih 30 orang penerima bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kawasan Senallang, Semporna di pejabat Daerah Semporna.

Hadirsama Pemimpin Unit Pemimpin Kemajuan Rakyat (UPKR) Kawasan Senallang, Haji Tahir Amir; Ketua Daerah Semporna kawasan Senallang, OKK Hj.Musa Sabaani; Imam Daerah, Ustaz Hj.Isthial Daniel dan Pegawai Kemajuan Masyarakat Dun Senallang, Roslan Jalaludin.

Sehubungan itu Nasir yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kawasan Senallang, mengingatkan penerima-penerima surat tawaran projek melaksanakan kerja-kerja pelaksanaan dengan penuh jujur dan amanah serta menyiapkan projek dengan sempurna.

Katanya, apa jua projek yang dipohon dan dilaksanakan hendaklah mengikut peraturan yang telah ditetapkan.

"Kita tidak mahu duit kerajaan dibazirkan dan tidak menepati sasaran untuk manfaat rakyat," katanya.

Projek-projek itu melibatkan pembaikan rumah, pembinaan gelanggang badminton/futsal; membaiki tandas, mengecat bangunan, surau, jalanraya, enjin sangkut, bangku dan kanopi.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.