`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!





Friday, February 1, 2013

KAMPUNG ULOI DI TENOM SEMAKIN MUNDUR




Oleh : CHERYL DEN
TENOM : Lebih 150 orang penduduk kampung Uloi Tengah dalam Daerah Tenom terkilan apabila jalanraya menuju ke kampung mereka tercicir dari menerima peruntukan baru-baru ini untuk dinaik taraf (diturap) walaupun jalanraya tersebut sepanjang 0.8 km telah diiktiraf oleh kerajaan sejak 20 tahun lalu dan berada di dalam perkadaran Majilis Daerah Tenom.

Kemajuan yang dikecapi oleh kampung-kampung lain di sekitar kampung ini menimbulkan seribu pertanyaan di hati penduduk kampung Uloi Tengah ini bahawa mereka seolah-olah dianak tirikan oleh kerajaan.
Seorang penduduk kampung ini yang juga Ketua Wanita UMNO Cawangan Kampung Uloi Tengah/Makakagas, Jane Binti Mansigar berkata, tidak banyak perubahan yang dilihat di kampung kerana masih mundur dan daif dari dulu hingga kini dengan jalanraya menuju ke kampung ini walaupun hanya satu kilometer dari Pekan Tenom.

Tambahan pula tanah rezab kampung ini telah diambil oleh Lembaga Pembangunan Perumahan Dan Bandar (LLPPB) tapi telah bertukar menjadi hutan tebal kerana tidak dibangunkan oleh Lembaga tersebut.

Seorang lagi penduduk kampung ini, Lazarus bin Domi terpaksa berpindah ke kampung sebelah iaitu kampung Makakagas disebabkan tidak mempunyai tapak untuk membina rumah di kampung ini.

Kemunduran dan kekurangan prasarana yang dialami oleh penduduk kampung ini amat menyulitkan semua penduduk kampung menjalani kehidupan seharian.

Sehubungan itu, harapan mereka kepada kerajaan yang ada sekarang ini agar bukalah mata dan hati untuk melihat kesusahan mereka; apatah lagi mereka adalah pengundi dan penyokong tegar kerajaan yang ada sekarang.

Segala keluhan penduduk ini akan dikongsikan ke dalam laman twitter dan Facebook Perdana Menteri Malaysia agar Adun dan Ahli Parlimen tidak terus lena dalam selimut kemunduran.

No comments:

Post a Comment