`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, February 4, 2013

KENAPA 'POLIS' LINDUNGI VOO MAN CHUNG?



Oleh : HAMZAH ABDULLAH
MERUJUK kepada artikel Sabahkini.net bertajuk, 'Voo Man Chung Peguam Penipu?' yang disiarkan pada 30 Januari 2013, saya telah mengkaji modus operandi yang dilakukan oleh penjenayah ini yang pernah menjadi tahanan ISA dalam kes senjata api.

Saya agak bimbang kerana Voo Man Chung seorang yang agresif dan ganas serta mempunyai rekod jenayah masa lampau dan boleh sahaja melakukan sesuatu di luar jangkaan ke atas mereka yang telah berurusan dengan beliau, maka saya mendesak polis agar mengutamakan kes ini yang telah dilaporkan beberapa pihak.
Saya tidak percaya semua Pegawai Polis Sandakan termasuk Ketua Polis Daerah berada di dalam 'kocek' atau 'kocek' mereka sentiasa dipenuhi Voo Man Chung; tetapi agak hairan kenapa tiada respon walaupun laporan polis telah dibuat mangsa berserta bukti.

Agak menghairankan juga kerana selain menyamar sebagai Peguam, Voo Man Chung juga menjual nama Datuk Bakri Zinin untuk menyakinkan pelanggan yang bakal ditipu.

Tugas polis amat mudah kerana hanya perlu memanggil Voo Man Chung dan anaknya untuk menjalankan siasatan dan mendakwa mereka jika terdapat alasan kukuh untuk mendakwa beliau di mahkamah.

Oleh kerana polis gagal bertindak terhadap Voo Man Chung, maka saya terpaksa menjalankan siasatan sendiri. Saya dapati Modus Operandi Voo Man Chung serupa juga dengan modus operandi yang beliau lakukan semasa sindiket menjual senjata api dahulu.

Voo Man Chung memang memiliki lesen menjual senjata api yang sah tetapi beliau bijak memanipulasi perniagaan senjata api sehingga mengelirukan pihak keselamatan berkaitan kuantiti peluru dan senjata api yang dijualnya serta orang yang berhak memiliki senjata api.

Namun akhirnya, apabila kes ini meletup di seluruh Sabah, modus operandi Voo Man Chung akhirnya terdedah dan beliau hanya diberi 'cuti rehat' di Kemunting di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Kini Voo Man Chung memerangkap pelanggan yang berurusan dengan firma guaman Voo & Co. Firma guaman tersebut memang sah dan memang ada anak beliau yang menjadi peguambela di firma tersebut.

Tetapi otak penipu Voo Man Chung berputar ligat dan sangat licik menipu pelanggan yang mahu mendapatkan khidmat guaman daripada Voo & Co terutama orang Melayu.

Voo Man Chung akan menangani pelanggan dengan menentukan bayaran guaman sehingga mencecah RM20,000. Selepas bayaran dibuat, beliau memberi jaminan bahawa kes yang dia tangani akan menang.

Mungkin timbul persoalan, kenapa pelanggan yang datang berurusan dengan firma guaman tidak dibenarkan berjumpa dengan peguam atau pemilik firma tersebut?

Jawapannya mudah sahaja. Voo Man Chung memang berniat untuk menipu. Jadi apabila tiba hari perbicaraan dan Peguam daripada Voo & Co tidak hadir; maka apabila pelanggan tidak boleh marah dengan Voo & Co.

Peguam Voo & Co akan menjawab begini, "Kamu bukan berurusan dengan saya. Kenapa kamu jumpa Voo Man Chung dan bukan jumpa saya?"

Akibatnya pelanggan tersebut terpaksa menelefon Voo Man Chung tetapi Voo akan menjawab panggilan dengan nada marah-marah dan memaki hamun pelanggan tersebut.

Dengan mudah Voo Man Chung akan berkata, "Puk*mak kami. Kamu tidak fahamkan itu Laywer Salim tidak datang. Saya sudah call Salim tetapi dia kasi off handphone dia."

Begitulah liciknya Voo Man Chung. Dia akan meletakkan kesalahan itu kepada Salim daripada VM Lai & Co. Persoalannya, affidavit yang dibuat oleh Voo & Co, untuk didaftarkan di mahkamah, siapa yang sediakan?

Jawabnya, tentulah affidavit tersebut dibuat oleh anak Voo Man Chung yang memangnya seorang peguam. Jadi sebagai kesimpulan anak Voo Man Chung terlibat sama dalam konspirasi menipu pelanggan Voo & Co. Saya akan membuat banyak lagi pendedahan berkaitan konspirasi Voo & Co yang melibatkan Voo Man Chung. Modus operandi mereka menipu Rahima Binti Abdul Rahim sejumlah RM30,000 akan didedahkan beserta dokumen.

Saya mohon pihak polis menjalankan siasatan rapi dan mendakwa Voo Man Chung berserta isteri dan anak beliau sebelum insiden Datuk Susilawati Lawiya berulang di Sandakan. Voo Man Chung boleh didakwa atas kesalahan menyamar sebagai peguam!.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.