`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Sunday, February 17, 2013

KETUA AMK SABAH SEMAKIN SOMBONG?




Saudara Pengarang,

WALAUPUN belum setahun jagung Mohd Serman bin Hassnar menjadi Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Sabah (AMK Sabah), namun begitu ketara sekali tidak mendapat sokongan daripada AMK Sabah, terutama di Pantai Barat kerana sikapnya semakin sombong dan mementingkan diri sendiri.

Mohd Serman suka memaksa AMK Cabang membuat program yang terlalu singkat masanya untuk diuruskan, sama ada oleh AMK Negeri atau AMK Cabang; malah turut memaksa setiap AMK membuat program setiap minggu.
Kebanyakkan AMK Negeri dan AMK Cabang tidak berpuas hati terhadap kepimpinan Mohd Serman yang dilabelkan sebagai 'BIG BOSS' kerana suka mengarahkan atau memaksa setiap AMK membuat sesuatu keputusan atau kerja dalam kadar segera seperti silap mata.

Dari segi kewangan, Mohd Serman adalah terkaya di kalangan AMK Sabah. Oleh itu beliau mampu membuat program setiap masa, setiap hari atau setiap minggu. Tetapi bukan semua AMK Negeri atau Cabang yang mempunyai sumber kewangan seperti beliau. Oleh itu beliau mesti faham isi hati setiap cabang yang kekurangan kewangan.

Kebanyakan AMK di Sabah mengatakan Mohd Serman adalah manusia yang paling sombong dan tidak hormat kepada kawan-kawan lama dalam AMK; suka bercakap besar, angkuh dan memilih kawan daripada kalangan elit sahaja.

Persoalannya, inikah mutu dan karisma pemimpin muda yang ingin beliau jenamakan; ,alah kerap menunjuk taring kerana kebanyakan AMK mengadu Mohd Serman tidak pernah menangkat telefon atau membalas sms mereka. Belum menjadi YB lagi sudah berlagak seperti pemimpin UMNO, mengalahkan Datuk Samsuddin Yahya.

Baru-baru ini Mohd Serman melaksanakan Bengkel AMK di Batu Sapi tetapi sambutan terburuk dalam sejarah kerana hanya 25 ahli AMK Sabah yang hadir.

Mungkinkah inilah permulaannya perpecahan dalam AMK Sabah. Jika kita tinjau ke akar umbi; hanya Cabang AMK Batu Sapi, Silam dan Beluran yang masih bertahan dengan perangai Ketua AMK Sabah; manakala Cabang AMK yang lain sudah mula membuat kerja mengikut kemampuan masing-masing.

Jika AMK PKR Pusat tidak mengawal 'AMK Sabah' yang seolah-olah tidak bernakhoda atau bernakhodakan 'Kapten Mabuk Kuasa'; maka AMK Sabah akan kecundang lagi dalam pilihanraya umum akan datang.

Bagaimana kapal AMK Sabah boleh mengharungi samudera Politik Sabah yang sentiasa bergelora kerana pengganti Setiausaha AMK Negeri Sabah, Jafery Jomion belum dilantik dan jawatan Timbalan Setiausaha AMK Negeri Sabah juga kosong.

Dalam sejarah AMK Sabah, sudah tiga kali mesyuarat AMK Negeri yang dipengerusi oleh Ketua AMK Sabah; tiada pegawai yang dilantik untuk mencatat minit mesyuarat; sekaligus membuktikan Mohd Serman adalah Itik Tempang yang lemah, sombong dan angkuh.

Manakala Bendahari AMK Sabah, Mohd Tahir Bin Ariffin turut diganti oleh Ketua AMK Sabah tanpa sebab atau tidak mengikut protokol yang diguna pakai AMK selama ini.

Kebanyakan AMK Sabah tidak tahan dengan perangai Ketua AMK Sabah yang suka berjanji bermacam-macam seperti:

Dia berkuasa untuk memilih sesiapa sahaja menjadi calon pada PRU-13 ini kerana beliau berkuasa penuh dan bukannya AMK Pusat. Janjinya semakin manis, kononnya kalau PR menang, beliau akan lantik semua AMK jadi Pengarah dalam kerajaan.

Sehubungan itu, sebagai 'Hardcore AMK', kami mendesak agar Ketua AMK Pusat, Shamsul Iskandar Mohd Akin menasihati Mohd Serman agar tidak sombong, bersikap adil dan membaiki kelemahan kami membuat keputusan yang akan merugikan AMK Sabah dan PKR.

Salam Reformasi,

HARDCORE AMK SABAH

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.