`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Sunday, February 17, 2013

PROJEK IC: AGENDA DURJANA MAHATHIR JATUHKAN PBS





Oleh : TARMIZI MOHD JAM & ARIF ATAN
MUKADIMAH: Rahsia sebenar 'Projek IC Biru Sabah' yang hangat didengar Suruhanjaya Diraja (RCI) di Kota Kinabalu Sabah kini dibongkar apabila Harakah diperkenalkan kepada Mat Swandi Awi, anakSemenanjung keturunan Bawean (Boyan) berasal dari Ipoh, Perak mendedahkan satu persatu modus operandinya.

Beliau bertugas di Sabah sebagai Pengurus Cawangan Bank Pembangunan Malaysia Bhd. (BPMB) padatahun 1985-1988 dan diberi peranan penting oleh Tun Datu Mustapa Datu Harun dengan sokongan padu Kuala Lumpur untuk merangka 'Grand Design' dan seterusnya mengetuai operasi 'Projek IC' ini.
Walaupun namanya diutarakan kpeada RCI tetapi beliau tetap tidak dipanggil. Kenapa? Ikuti butiran lanjut DATO' TARMIZI MOHD JAM dan ARIF ATAN membongkar projek ini daripada 'arkitek' sebenar yang dinaungi Tun Dr Mahathir Mohamad ketika itu.

Harakah : Kami difahamkan saudara orang kuat Tun Abdullah Ahmad Badawi sejak sekian lama dan di kalangan Umno, saudara terkenal sebagai 'Gurkha Setia' akar umbi Pak Lah sehingga ke saat ini. Boleh ceritakan sedikit bagaimana saudara boleh akrab dengan Pak Lah dan sedia diwawancara oleh kamidaripada Harakah?

MAT SWANDI: Saya mula berkenalan dengan Tun Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah) sejak tahun 1978. Apabila saya dipinjamkan (seconded) dari Bank Pembangunan Malaysia Bhd (BPMB) ke Jawatankuasa Pemandu (JKP), Bahagian Penyertaan Bumiputera, Unit Penyelarasan Perlaksanaan, Jabatan Perdana Menteri Pulau Pinang untuk membantu Bumiputera yang tertekan dengan sifat anti-Melayu, anti DEB dan anti Kerajaan Pusat dan Kerajaan Gerakan pada masa itu. Pada masa itu gandingan 2M - Mahathir Musa Hitam amat hebat dan digeruni kawan dan lawan.

JKP yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah ICU, iaitu allahyarham Dato’ Mohd. Saffian Abd. Majid dan dianggotai oleh semua ketua-ketua pengarah agensi Kerajaan Pusat seperti MARA, UDA, Bank PertanianMalaysia, MARDI, MIDF, BPMB, dll bertindak sebagai badan penyelaras kepada semua agensi-agensi pusat ini dalam usaha membantu Bumiputera P. Pinang dalam segala aspek, seperti pembangunanusahawan, urusan pinjaman bank sekiranya ada karenah dari bank-bank yang berkenaan, pembangunan hartanah, seminar keusahawanan, membantu usahawan-usahawan Bumiputera mendapatkan kontrak, pengagehan rumah-rumah yang dibangunkan oleh Penang Development Corporation (PDC) kepada Bumiputera yang mahu membelinya dan sebagainya.

Ini kerana aktiviti-aktiviti penting ini memerlukan seorang pegawai yang tahu dalam aspek banking dan pembangunan usahawan, rezeki badan saya terpilih dari kalangan ramai pegawai yang dikenalapsti dari agensi-agensi Kerajaan Pusat seperti MARA, MIDF, Bank Pertanian dan sebagainya.

Pengarah JKP pada masa itu ialah Mohd. Hanafiah Omar, orang kelahiran Penang, adik Tan Sri Alias Omar, orangnya amat baik. Saya hormat beliau sampai sekarang walau dah sama-sama tua ini.

Pada masa itu, Tun Abdullah baru menjawat jawatan sebagai Setiausaha Parlimen di JPM, orangnyamasih muda dan kacak. Beliau yang dilahirkan dari keluarga yang alim banyak mendidik dan membimbing saya dalam kepimpinan, baik politik atau kemasyarakatan.

Teguran-teguran beliau, kadang-kadang pedas sampai menyusuk ke dalam jantung adalah ilmu yang saya warisi sampai ke akhir hayat saya. Lagi pedas dan panas teguran beliau kepada saya lagi saya suka sebab itu adalah tanda kasih sayang beliau kepada saya supaya saya jadi orang.

Ilmu dari Tun Abdullah ini tidak boleh saya perolehi dari mana-mana universiti dalam dunia ini. Semuanya lahir dari keikhlasan hati beliau.

Begitu juga dengan allahyarham Tun Mustapa Datu Harun, bimbingan, tunjuk ajar dan teguran beliau tidak dapat saya nilaikan dengan apa sahaja pun.

Semoga jasa allahyarham yang banyak mendidik dan menegur segala kesilapan saya menjadi pahalanya dialam barzah dan insyaallah diakhirat nanti. Semoga Allah SWT menempatkan roh allahyarham di kalangan hamba-hambaNya yang soleh. Siapalah saya dalam masyarakat dan dalam dunia politik tanpa Tun Abdullah dan tanpa allahyarham Tun Mustapha.

Harakah : Sejak Pak Lah diberhentikan secara paksa oleh Mahathir, Najib dan Muhyiddin, kami difahamkan saudara selalu hadir dalam ceramah-ceramah Pakatan, mengapa?

MAT SWANDI : Memang benar. Sejak Pak Lah disondol keluar oleh gerombolan Mahathir, Najib danMuhyiddin yang tidak sabar-sabar untuk mengambil alih jawatan tertinggi negara daripada Pak Lah, sayasudah hilang hormat kepada kepimpinan UMNO sekarang ini. Mereka memaksa Tun Abdullah turunkononnya Pak Lah lembik, tak ada uumppp memimpin, tak ada hala tuju, lemah, tidak konsisten dalam keputusan dan pendiriannya dan macam-macam lagi.

Mereka anggap mereka adalah manusia terhebat, terpandai, jauh lebih hebat dari Pak Lah dalam memimpin negara dengan falasafahnya 'transformasi', semuanya nak ditransform, tetapi seperti mana yang rakyat jelata dapat lihat sekarang ini, semua semakin meleset, UMNO semakin hancur, semakinberkecamuk, semakin ditolak oleh rakyat, teramat takut untuk mengadakan PRU.

Harakah : Bukankah beberapa hari lepas Mahathir akui Najib lebih lemah daripada Pak Lah?

MAT SWANDI : Dr. Mahathir (Mohamad) yang bekerja keras sebagai 'defacto-PM' mengakui sendiri secaraumum bahawa Najib jauh lebih lemah dari Pak Lah dan tidak mampu memimpin sehingga Najib terpaksaakur dengan segala permintaan dari banyak pihak, terpaksa membazir wang rakyat untuk BR1M1 dan 2,terpaksa akur kepada permintaan untuk membina banyak tokong dan macam-macam lagi dan ini belum pernah berlaku dalam sejarah politik negara kita di mana seorang PM terpaksa tunduk kepada 'political ransom' sepertimana yang dilakukan oleh Najib sekarang ini di atas macam-macam alasan kononnya dia amat prihatin dan rakyat didahulukan.

Kalau 30 tahun dulu rakyat bolehlah 'dibuyuk' kata orang Sabah, tapi bukan sekarang 'ini lagi bah'. Orang sudah boleh fikir bah, kau kasi aku ambillah, tapi undi sory lah. Di manakah maruah seorang PM, UMNO dan Melayu kita sekarang ini yang terpaksa tunduk kepada semua tuntutan.

Mukaddimahnya sahaja '1Malaysia' ditolak bulat-bulat oleh orang Melayu sehingga Muhyiddin terpaksa melaungkan '1Melayu' untuk menyejukkan hati orang Melayu. Kata orang Sabah kau sudah kena ketulahan bah!

Harakah : Berbalik kepada 'Projek IC' di Sabah. Mengapa saudara sedia bersama Harakah untuk membongkar rahsia sebenar operasi ini?

MAT SWANDI : Selama ini saya hanya mengikuti perkembangan RCI melalui akhbar-akhbar samadasecara 'hardcopy' atau melalui website mereka dengan penuh minat. Kadang-kadang lucu kerana rahsiasebenar 'Projek IC' ini tidak langsung diketengahkan, seolah-olah mahu disorok daripada pengetahuan umum.

Tetapi apabila nama Pak Lah yang tidak pernah terlibat dengan perkara ini diheret ke kancah polemik ini, saya sebagai 'Gurkha Setia' yang terlibat secara langsung dalam operasi khas ini terpanggil untukmendedahkan rahsia sebenar 'Projek IC' ini, sekaligus untuk bersihkan nama baik Pak Lah.

Apabila sahabat saya Dato' Rameli Buyong memaklumkan saya, Harakah sedia mewawancara saya, saya kata OK. Saya ucapkan terima kasih kepada Harakah kerana akhbar-akhbar pro-BN sudah pasti tidakberani mendedahkan apa yang Harakah mampu buat.

Harakah : Saudara marah dengan dakwaan Dato' Seri Anwar Ibrahim yang meminta RCI memanggil Pak Lah dan Mahathir untuk memberikan keterangan?

MAT SWANDI : Tidak sekali. Dato' Seri Anwar Ibrahim sudah banyak kali mengatakan bahawa beliau tidakpernah dan tidak langsung terlibat dengan 'Projek IC' biru ini dalam cara atau dalam bentuk apa pun, tetapi Mahathir yang berdendam kesumat dengan Anwar terus menerus menghentam dan mendakwa Anwar terlibat dalam 'Projek IC' biru walaupun beliau mengaku tidak ada bukti.

Sebelum itu Mahathir pun menyalahkan Allahyarham Tunku Abdul Rahman, dah nyanyuk betul Mahathir ni. Dulu dia kata Melayu mudah lupa. Celupar betul mulutnya, cakap macam orang tak beriman, main syokaje fitnah sana fitnah sini. Tak takut azab Allah SWT dunia akhirat.

Malah Tun Abdullah pun pernah bertanya kepada saya dua bulan lepas sama ada Anwar terlibat dalam 'Projek IC' biru ini dulu, saya dengan tegas mengatakan Anwar tidak pernah terlibat langsung dalam 'Projek IC' biru ini sebab semua orang UMNO tahu bahawa Anwar bukannya 'bed fellow' denganallahyarham Megat Junid (Megat Ayob) dan juga dengan Pak (Tan Sri Aziz Samsudin) dan mereka tidakpernah sebulu.

Malah allahyarham Tun Mustapa dulu pun ada terguris hati dengan Anwar, jadi macam mana Anwar nakterlibat dalam 'Projek IC' biru ini. Saya tak salahkan Anwar meminta RCI memanggil Tun Abdullah ke RCI. Itu mungkin jawapan beliau secara 'Impromptu' atau mungkin beliau sengaja menjolok Tun Abdullah untuk menghentam balik Mahathir. Biasalah orang politik memancing respons, apa pun Tun Abdullah dah dengan tegas menafikan pembabitan dalam projek IC biru ini.

Tun Abdullah tidak memerlukan projek macam ini untuk menaikkan nama baik beliau. Semua orang tahu bahawa Tun Abdullah tak pernah buat yang bukan-bukan, beliau keturunan keluarga ulama besar, beliaubanyak beristigfar sebelum melalukan sesuatu itu.

Harakah : Macam mana saudara boleh diberi kepercayaan oleh Tun Mustapa untuk ketuai 'Projek IC' ini, sedangkan saudara adalah anak Semenanjung?

MAT SWANDI : Saya diperkenalkan kepada allayarham Tun Mustapa Datu Harun oleh adik allahyarham yang bernama Datu Abdul Salam yang datang berjumpa saya memohon pinjaman untuk menyiapkan hotelnya di Kudat yang sekian lama terbengkalai sejak USNO dikalahkan oleh Berjaya pada tahun 1976 dengan hanya 'super structure' yang siap.


Pada awal perkenalan dengan allahyarham Tun Mustafa, saya hanya menceritakan latar belakang dan pengalaman pekerjaan saya, tak lah seberapa sangat sebab pada tahun 1986 itu pun saya berumur 36tahun dan terlalu banyak lagi yang perlu saya pelajari dalam hidup ini. Saya juga maklumkan kepada allahyarham Tun Mustafa bahawa saya adalah Gurkha Akar umbi Tun Abdullah.

Rupa-rupa allahyarham Tun Mustapa pun menghormati keperibadian dan latar belakang Tun Abdullah dan perbualan semakin rancak sehingga meliputi isu-isu politik semasa. Agaknya allahyarham Tun Mustafa tertarik dengan kareer banking saya dan mungkin juga dengan sedikit pengalaman saya yang belajar mengenai perjuangan serta kepimpinan politik dari Tun Abdullah, lalu allahyarham Tun mengupasluas sejarah perjuangan beliau menentang penjajahan Jepun dulu, sejarah penubuhan, perjuangan dan kesilapan USNO, masalah 'Generation Gap' di antara kepimpinan veteran USNO dengan generasi muda terpelajar anak-anak Melayu, masalah kesukuan di antara Bumiputera Islam, kepincangan akhlak di kalangan sesetengah pemimpin USNO, struktur organisasi USNO yang tidak tersusun terutamanya di peringkat bahagian dan cadangan dan banyak lagi.

Banyak yang saya pelajari dari penjelasan allahyarham sambil makan malam di rumah allahyarham di Tanjong Aru dan banyak pula 'case studies' yang boleh saya buat dari banyak masaalah yang allahyarhamkemukakan itu. Saya hanya memberikan ulasan dan cadangan-cadangan yang saya fikirkan praktikal dan boleh pula dilakukan tanpa banyak masalah.

Allahyarham Tun Mustapa menunjukkan minat yang mendalam untuk membawa saya ke jemaah 'inner circle' nya dan saya teramat bersyukur kerana mula diberikan penghormatan untuk memberikan cadangan-cadangan yang mampu saya hujahkan dalam beberapa kes yang tertentu.

Ujian tugas pertama yang allahyarham Tun Mustapa berikan kepada saya ialah membawa seramai mungkin generasi muda terpelajar dari kalangan kakitangan Kerajaan Negeri dan Pusat untuk menyokong perjuangan USNO dan untuk menjadi 'Core Supporters' allahyarham.

Bagi saya tugas ini mudah sangat sebab dengan kedudukan saya sebagai seorang pengurus bank yangmasih muda dan bertenaga serta ramai kenalan, amat mudah sekali saya mempelawa generasi mudaterpelajar datang berborak-borak dengan saya selepas pejabat dan juga semasa makan tengahari,tambahan lagi saya mempunyai elaun keraian.

Di samping itu, sebagai Ketua Jabatan Agensi Pusat, saya kerap dijemput untuk menghadiri mesyuarat di Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah, Kementerian Kewangan Sabah, KementerianKebudayaan dan Sukan Sabah dan banyak lagilah. Dari situlah saya berkenalan dengan Shafie Apdal, Masidi Manjun, Mustapa Kula, Kasitah Gadam, Karim Bujang, Dr. Yusuf Yakob, Ansari Abdullah, AizahMohd. Dun, Sapawi Ahmad, Yahya Husin, Mohd. Nor Mokhtar, Basalie Ahmad, Datu Nasrun dan ramai lagi.

Syukur alhamdulillah buat pertama kali saya dapat menjemput dan mengumpulkan sahabat-sahabat saya di atas dan ramai lagi selain dari pegawai-pegawai Kerajaan Pusat dirumah allahyarham Tun Mustapa yang turut dihadiri oleh Tun Sakaran Dandai, Tan Sri Ampong Puyon, Datuk Askalani, Railey Jeffery dan ramai lagi veteran USNO.

Selepas sesi pertama ini saya meneruskan dengan sesi perjumpaan hari raya dan sesi-sesi yang lain di rumah allahyarham Tun Mustafa dengan ramai lagi generasi mudaterpelajar dan sokongan akar umbiallahyarham Tun Mustapa semakin baik.

Saya juga diminta oleh Allahyarham Tun Mustafa membuat audit di beberapa buah bahagian USNO, tetapi akhirnya saya diherdik dan diumpat oleh kebanyakan Ketua dan AJK bahagian kerana mereka yang tidakpernah mengalami audit seperti ini tidak boleh menerima laporan professional yang sistematik dan tidakboleh menerima teguran serta cadangan yang membina. Dalam pepatah Inggeris kita kata 'Old Habits DieHard'.

Saya juga berjaya merayu kepada beberapa orang pemimpin veteran USNO seperti Karim Ghani dan Yahya Lampong berhenti dari terus mengkritik kepimpinan allahyarham Tun Mustapa sebab masa itu kitasedang berhadapan dengan tentangan Kerajaan PBS yang berjaya mengambilalih kuasa dari Berjaya dalam pilihanraya negeri pada bulan April 1985 yang memenangi kalau tidak silap mengikut catatan saya 26 dari 48 kerusi DUN.

Saya menjemput pemimpin-pemimpin veteran USNO yang kritis ini berbincang di pejabat saya selepas jam 1700. Jadi bilik mesyuarat bank saya jadi bilik perbincangan politik selepas jam 1700.

Apa yang saya lakukan saya berikan laporan bertulis ringkas kepada Allahyarham Tun Mustapha. Di samping itu apabila masuk waktu saya tetap istiqomah menunaikan kewajipan saya sebagai orang Islam yang tetap menjaga solat fardunya, termasuk ketika saya berada di rumah Allahyarham atau di pejabatnya di bangunan USIA.

Semuanya ini membuat allahyarham Tun Mustafa semakin selesa dan semakin yakin dengan saya sehinggalah beliau boleh menceritakan secara terperinci kepada saya hubungan beliau dengan Allahyarham Tunku Abdul Rahman dan Allahyarham Tun Abdul Razak dan macam mana kita membantu perjuangan Moro.

Semuanya ini akan saya khazanahkan sebagai sejarah bertulis untuk pengetahuan dan rujukan anak-anak cucu cicit saya agar mereka boleh juga menjadi pejuang yang ikhlas untuk ugama, keluarga, bangsa dan negara, tetapi tidak boleh dijadikan sebagai rujukan awam.

Harakah : Baiklah, sekarang saudara cerita secara terperinci macam mana saudara terlibat dalam perancangan 'Grand Design' Projek IC yang kesannya berlanjutan sehingga sekarang ini.

MAT SWANDI : Sebelum saya menghuraikan perkara ini dengan lanjut, saya ingin mengimbas sedikit sejarah politik Sabah dari mula PBS memenangi pilhanraya negeri pada bulan April tahun 1985 itu. Selepas ubahsuai pejabat cawangan BPMB siap pada awal tahun 1985, kalau tidak silap pada bulan Februari 1985, saya sepatutnya terus berpindah dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu untuk memulakan operasi pejabat cawangan ini.

Tetapi apabila Kerajaan Berjaya yang banyak membantu saya dalam urusan penyediaan pejabat cawangan BPMB ini kalah kepada PBS yang memenangi 26 dari 48 kerusi DUN, saya pun amat beratuntuk berpindah ke Kota Kinabalu sebab saya tahu PBS ini anti-Melayu/anti-UMNO/anti-Islam dan anti-Semenanjung; sedangkan pada masa itu semua kakitangan pejabat cawangan bank sudah saya pilih dan lantik untuk memulakan tugas, hanya tunggu saya membuka pejabat.

Akhirnya apabila pengurusan bank memberikan kata dua kepada saya, saya dalam protes terpaksa jugaterbang ke Kota Kinabalu.

Saya amat kecewa apabila pelanggan-pelanggan KDM yang dulunya amat baik berulang alik dari KK ke KL untuk menguruskan pinjaman mereka amat baik dengan saya tiba-tiba boleh bersifat anti-Semenanjung dan menjadi tidak mesra dengan saya.

Pagi-pagi buta saya sudah mendapat panggilan telefon dari orang KDM meminta orang Malaya balikberambus sebab Sabah boleh hidup tanpa orang Malaya, bank kau boleh tutup bah, dan macam-macam lagi sehingga saya terpaksa memasang alat perakam suara untuk saya berikan kepada ibu pejabat saya.

Saya berjumpa dengan OCPD KK pada masa itu (Supt Haji Ishak Awadan) untuk memohon perlindungan polis. Syukur alhamdulillah semakin lama semakin ramai kenalan dari kalangan pelanggan orang Melayu kita termasuk Ansari Abdullah dan Pandikar Amin Mulia yang saya lantik sebagai panel peguam bank.

Keadaan sosio-politik dan sosio-ekonomi Sabah sejak PBS memerintah amat bercelaru sehingga banyak 'Capital Flights' berlaku.

Muluk Awang Damit (bekas MP Labuan) yang bertugas sebagai pengurus cawangan City Finance Bhd. milik Musa Aman meminta pertolongan saya untuk mendapatkan pelanggan untuk menyimpan/menabung di syarikat kewangannya.

Keyakinan perniaagaan amat rendah sekali. Hidup rakyat hari-hari hanya dipenuhi dengan cakap-cakap politik untuk menjatuhkan Kerajaan PBS manakala kepimpinan PBS terus memperkukuhkan kedudukan mereka dengan menaikkan pangkat pegawai-pegawai KDM ke jawatan-jawatan penting. Ini membuatorang Melayu semakin marah kepada PBS.

Ringkas cerita, akibat tentangan hebat gabungan USNO-Berjaya yang berterusan yang mengakibatkan tidak ketentuan dan ketidak setabilan politik negeri, PBS terpaksa membubarkan DUN sekali lagi pada bulan Februari 1986 setelah 10 bulan memerintah dan dalam pilihanraya semula kali ini PBS menang dengan majoriti 34 dari 48 kerusi DUN dan kedudukan mereka semakin kukuh manakala tentangan dari USNOdan Berjaya semakin rancak lagi.

Pemimpin-pemimpin dan penyokong-penyokong USNO-Berjaya yang terus tidak puas hati dengan kemenangan besar PBS terus menerus menjolok penyokong masing-masing yang berakhir dengan perarakan besar di Kota Kinabalu pada 13 Mac, 1986 yang diketuai oleh Tun Sakaran Dandai yang menyebabkan rusuhan, letupan bom, pembakaran kedai dan kenderaan-kenderaan di Karamunsing dan juga menyebabkan kematian sehingga menyebabkan perintah berkurung.

Pada masa itu saya baru keluar dari mesyuarat di Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah dan terperangkap di tengah jalan. Saya kembali ke pejabat, menutup pejabat dan mengarahkan semuakakitangan pulang segera untuk keselamatan diri mereka. PBS berjaya menjadi anggota komponen BN kalau tidak silap pada bulan Jun 1986.

Bagaimanapun keanggotaan PBS dalam BN tidak juga mengendurkan tentangan ahli-ahli USNO dan Berjaya yang tetap tidak puas hati dengan Kerajaan PBS yang dilihat sebagai anti-Melayu / anti-Islam.

Perniagaan bank saya tidak mencapai kemajuan yang saya harapkan dan saya terpaksa berpeluh melaporkan masalah sosio-politik di Sabah pada masa itu kepada ibu pejabat saya di Kuala Lumpur sedangkan saya sebagai Pengurus Cawangan BPMB di Pulau Pinang pada tahun 1980-1983 dimahkotakan sebagai di antara pejabat cawangan yang mencapai prestasi yang terbaik.

Saya terus diminta oleh Allahyarham Tun Mustapa untuk membantu memperkuatkan sokongan akar umbi USNO dengan mendekati masyarakat KDM, khasnya kaum Dusun sebab ramai di antara mereka yangberugama Islam.

Ketika saya sedang bekerja di pejabat pertengahan tahun 1987, Allahyarham Tun Mustapha memanggil saya ke London untuk membincangkan perkara yang amat penting.

Saya kebingungan kerana saya tidak mempunyai sebarang alasan untuk mengambil cuti kecemasan untuk keluar negara yang saya tidak tahu berapa hari pula saya mesti bercuti.

Saya menjelaskan kepada Allahyarham Tun Mustapha kerumitan saya, tetapi beliau bertegas demi berjuangan untuk ugama, bangsa dan negara saya tidak ada pilihan dan beliau kata beliau akanmenyelesaikan dengan Pengerusi BPMB iaitu Allahyarham Tan Sri Samad Idris sekiranya BPMB mengambil tindakan terhadap saya.

Dengan hati yang berat dan penuh serba salah, saya pun melangkah ke lapangan terbang KK untuk ke London melalui Singapura.

Sampai di Heathrow, Pengurus MAS London menunggu saya dengan pemandu Allahyarham Tun Mustapa dan mereka memberikan 'Greeting' kepada saya dengan kata-kata aluan “Welcome to London Mr. Mat, Special Assistant to Tun Mustapa”. Saya ketawa dalam hati dengan gelaran tersebut.

Saya terkejut bila pemandu allahyarham Tun Mustafa mempersilakan saya naik kereta Rolls Roycenya! Allahyarham Tun Mustapa memberitahu saya bahawa dengan cara apa pun kita mesti menjatuhkan PBS dalam pilihanraya negeri yang berikutnya pada atau sebelum tahun 1990.

Jadi kita mesti memikirkan sesuatu yang terbaik dan paling berkesan untuk memperkuatkan sokongan akar umbi USNO, satu daripadanya ialah dengan menambah undi dari:

•Orang Islam dari kalangan penduduk tetap Filipina yang sudah lama tinggal di Sabah.

•Tentera dan polis yang bertugas di Sabah tetapi undi mereka belum dipindahkan ke Sabah dan juga tambahan undi anggota dari Semenanjung.

•Guru-guru, pegawai-pegawai dan kakitangan agensi-agensi Persekutuan yang bertugas di Sabah.

•Peneroka-peneroka Felda sekiranya ada yang dipindahkan dari Semenanjung ke Felda seluruh Sabah.

•Sahabat-sahabat kenalan dan semua ahli keluarga saya yang undi mereka dipindahkan ke Sabah.
•Mendaftarkan semua orang Melayu/Bumiputera Sabah sebagai pengundi.

•Saya yang juga dilantik sebagai Ahli Majlis Tertinggi Dewan Perniagaan Bumiputera Sabah (DPBS) mesti memastikan semua ahli DPBS menyokong USNO.

Saya bertanya kepada allahyarham Tun Mustapha samada gerakan seperti ini pernah dilakukan di zaman USNO dan juga di era Kerajaan Berjaya.

Allahyarham Tun Mustapha memaklumkan saya bahawa semasa era USNO, anak-anak pendatang asing Filipina Islam yang berkelayakan professional diberikan kerakyatan dengan mudah dan diberikan juga peluang pekerjaan di Sabah.

Ramai juga permastautin tetap Islam Filipina yang sudah lama tinggal di Sabah diberikan kerakyatan, tetapi itu semuanya dilakukan secara 'adhoc' kerana di zaman USNO tidak ada keperluan untuk menambahkan kekuatan sokongan akar umbi USNO.

Semasa era Kerajaan Berjaya, allahyarham Tun Mustafa mengatakan ramai pula orang Pakistanmembanjiri Sabah sehingga menyebabkan banyak masaalah sosial kerana ramai wanita-wanitatermasuk isteri-isteri orang pun naik syok dengan lelaki Pakistan ini yang mancung hidungnya dan 'barangnya' pun dikatakan lebih hebat dari lelaki tempatan.

Apabila saya pulang ke Sabah, Allahyarham Tun Mustapa mengarahkan saya untuk merangka cadangan 'Grand Design' operasi khas ini untuk beliau halusi.

Selepas dua hari di London, saya menalefon isteri saya di Kota Kinabalu untuk bertanyakan khabar anak-anak yang masih kecil. Saya terkejut bila isteri saya memaklumkan saya bahawa saya diarah pulangsegera oleh ibu pejabat BPMB di Kuala Lumpur untuk menghadapi tindakan tatatertib keranameninggalkan pejabat tanpa sebab dan bukannya pula kerana tugas rasmi.

Saya memaklumkan allahyarham Tun Mustapa mengenai dilema saya. Allahyarham Tun Mustafa mengarahkan saya segera menghubungi Ampong Puyon dan Abu Bakar Abbas (Datuk), SetiausahaAgong DPBS untuk memaklumkan Ampong Puyon (Tan Sri) untuk segera menelefon allahyarham Tun Mustapha di London.

Allahyarham Tun mengarahkan Ampong Puyon (Tan Sri) untuk segera berjumpa dengan Tan Sri AbdulSamad Idris, pengerusi BPMB untuk menyelesaikan tindakan tatatertib BPMB terhadap saya.

Sekembalinya saya ke pejabat selepas hampir seminggu menghilangkan diri di London, surat tindakan tatatertib sudah terpapar di atas meja saya. Bagaimanapun walaupun perkara tersebut telah diselesaikan oleh kepimpinan tertinggi USNO dengan pengurusan BPMB, ia tetap merupakan titik hitam dalam kareerbanking saya.

Tidak lama kemudian saya menerima pula arahan untuk kembali ke Kuala Lumpur dengan segera. Saya naik bingung sedangkan anak-anak saya baru mula bersekolah di Kota Kinabalu dan pertukaran sekolah di pertengahan penggal akan menimbulkan banyak masalah kepada pelajaran anak-anak saya.

Sekali lagi saya terpaksa memaklumkan Allahyarham Tun Mustapa yang naik berang dengan tindakan BPMB sedangkan kerja-kerja 'Part Time' saya membantu perjuangan USNO semakin rancak dan semakin mendapat sokongan pegawai-pegawai dan kakitangan Melayu/Bumiputera Islam Kerajaan Negeri dan Pusat, golongan generasi muda terpelajar dan ahli-ahli DPBS.

Allahyarham Tun Mustapha dan Ampong Puyon (Tan Sri) terpaksa berjumpa sekali lagi denganpengurusan tertinggi BPMB untuk membolehkan saya dipinjamkan pula ke DPBS sebagai Penasihat Eksekutif.

Akhirnya saya pun bertukar baju sebagai Penasihat Eksekutif DPBS dan dengan tanpa topi sebagai seorang banker, saya pun semakin laju menggunakan kedudukan saya di DPBS memperkuatkan lagisokongan akar umbi kepimpinan allahyarham Tun Mustapha dan USNO. Ramai di kalangan usahawan-usahawan KDM yang menjadi ahli DPBS.

'Secondment' saya ke DPBS merupakan satu ujian yang getir kepada saya kerana BPMB tidak memberikan saya sebarang gaji, tetapi bayaran pinjaman perumahan dan kereta saya dibekukan buatsementara waktu.

DPBS memberikan saya elaun sebanyak RM700 /bulan sedangkan gaji saya sebagai PengurusCawangan BPMB Sabah lebih dari RM5,000/ bulan pada masa itu dengan semua kemudahan yang lain.

Hidup anak-anak isteri saya yang terpaksa ikat perut memang merupakan satu ujian dalam hidup saya, tetapi demi perjuangan, maruah dan martabat ugama, bangsa dan negara, saya sanggup melalui detik-detik kesusahan itu selama lebih dari setahun.

Namun, dengan semangat yang berkobar-kobar untuk memastikan kemenangan mudah USNO dalam pilihanraya negeri yang akan datang, semua perasaan kesusahan tidak berapa dirasai. Tambahan pula ramai penyokong-penyokong dari pantai timur Sabah dan dari daerah-daerah lain datang membawa udang, ketam, sotong dan lain-lain makanan laut tanpa putus sehinggakan tidak cukup tempat dalam peti sejuk saya.

Tidak kurang pula yang datang memberikan daging payau, kijang, tembadau dan pelandok di samping saya sendiri yang kerap masuk hutan dengan kawan-kawan saya.

Saya kembali ke Semananjung pada hujung tahun 1988 apabila tamat tempoh 'secondment' saya ke DPBS. Sahabat-sahabat setia seperjuangan saya seperti Yahya Hussin, Shafie Apdal, Mustapa Kula, AbuBakar Abas, Mohd. Nor, Bahari Aship, Mohd. Yunus Tahir, Sabdin Ghani, Karim Bujang dan ramai lagi menghantar saya ke terminal Feri Malaysia.

Kami berpelukan sambil mengalirkan air mata sebelum saya masuk ke feri di dini hari, kalau tidak silapjam 0100 pagi. Semasa dalam kabin feri, air mata mengalir tanpa saya sedari sehinggakan isteri sayayang sibuk menidurkan anak-anak yang masih kecil memujuk saya supaya bertenang dan bersabar.

Terbayangkan segala keseronokan perjuangan untuk mengembalikan pemerintahan Melayu dan Islam di Sabah sejak saya ditugaskan di Sabah. Terkenang segala pertemuan dan perbicangan dengan kawan-kawan seperjuangan boleh dikatakan hampir setiap malam di rumah saya di Taman Berhwemin, Kepayan.

Terkenang pesan kawan-kawan seperjuangan supaya saya terus berjuang dari KL. Terkenangkeseronokan mencari payau dengan kawan-kawan yang sering kali disertai oleh Prof. Ustaz Dato’ HarunDin.

Harakah : Bila 'Projek IC' ini dimulakan?

MAT SWANDI : Seminggu selepas saya berpindah balik ke KL, Allahyarham Tun Mustapa memanggil sayake rumah Allahyarham di Petaling Jaya. Beliau merujuk kembali kepada rancangan 'Grand Design' yang sudah persetujui itu dan mengarahkan saya segera menubuhkan pusat gerakan.

Saya segera meminta kebenaran Datu Abdul Salam, adik allahyarham Tun Mustapa untuk menggunakan dan mengubahsuai Pent House Hotel Dashrun beliau untuk bilik gerakan ini dan beliau terus mempersetujuinya. Dengan sumbangan dana dari Allahyarham Tun Datu Mustapha, saya membeli tigabuah komputer dan dua buah printer dot matrix yang besar dan berkelajuan tinggi.

Saya dibantu oleh beberapa rakan yang pernah bertugas dengan BTN dan mereka ini adalah anak didikAziz Samsudin. Untuk memasukkan data ke dalam komputer, saya dibantu oleh beberapa orang operatorsambilan.

Allahyarham Tun Mustapa juga memaklumkan saya bahawa akan berjumpa dengan Nur Misuari di luarnegara untuk memastikan bahawa rakyat Filipina Islam yang diberikan kad pengenalan biru menyokongdan mengundi USNO dan tidak terpikat dengan umpanan PBS.

Saya diarahkan bertemu dengan adik Nur Misuari serta beberapa orang komander Moro di Lapangan Terbang Subang di mana mereka singgah sebentar (transit) dalam perjalanan mereka ke Libya.
Beberapa orang anggota cawangan khas termasuk saudara susu saya yang ditugaskan mengawasi kumpulan komander Moro ini terkejut besar bila mereka melihat saya berjumpa dan berbincang dengan mereka.

Harakah : Apa yang diarah Tun Mustafa untuk tindakan segera dalam 'Projek IC' ini?

MAT SWANDI : Tun Mustafa mengarahkan saya...

• Menyediakan teks 'Talking Points' beliau dengan Dr.Mahathir Mohamad dan Megat Junid Megat Ayub.

• Membuat temujanji dengan Tengku Ahmad Rithaudeen, Menteri Pertahanan dan 'Talking Points' dengan YBM Tengku.

• Menghubungi Ibu Pejabat SPR.

• Membuat analisa keputusan pilihanraya negeri 1985 dan 1986 dan seterusnya membuat analisa keperluan tambahan undi yang diperlukan di semua kawasan-kawasan yang harus Usno menang kembali tetapi jatuh ke tangan PBS dalam tahun 1986 serta membiarkan kawasan majoriti KDM seperti Tambunan, Moyog, Kinabalu dan Penampang.

Tambahan undi pula di kawasan-kawasan tumpuan untuk kemenangan lebih dari 2/3 mestilah komposisinya dari berbagai lapisan pengundi dan tidak hanya dari satu golongan sahaja. Misalnya undi tentera jangan dilonggokkan di satu kawasan, pecah-pecahkan kebeberapa kawasan dan kekurangannyamesti diambil dari guru-guru Semenanjung dan sebagainya.

Kerja ini amat rumit kerana saya terpaksa melakukannya sendiri tanpa dibantu oleh orang lain supayarahsia besar ini tetap rahsia.

• Mengenalpasti bakal-bakal calon terutamanya daripada generasi muda terpelajar untuk tapisan cawangan khas.

• Merangka keperluan dana.

Tugas saya teramat berat, siangnya kerja di BPMB, lepas jam 1700 bergegas pula ke Dashrun Hotelmemerah otak di bilik khas yang tidak boleh dimasuki oleh orang lain selain dari Datu Abdul Salam.

Harakah : Apa hasil pertemuan Tun Mustapha dengan Tengku Ahmad Rithaudeen?

MAT SWANDI : Ringkas cerita, hasil pertemuan dengan Tengku Ahmad Rithaudeen, empat orang pegawai tinggi dari Kementerian Pertahanan datang berjumpa saya dengan Datu Abdul Salam di Hotel Dashrun. Seorang major ditugaskan khas untuk bekerjasama dengan saya. Pegawai tersebut amat baik, amat aktif dan komited dalam tugasnya. Kami berjumpa bila-bila sahaja diperlukan untuk memutuskan sesuatu yang diperlukan, tidak kira masa. Di Sabah saya berhubung dengan Panglima ATM di Kem Lokawi.

Di Ibu Pejabat Kontingen Polis Sabah saya berhubung dengan Commissioner Maulana Babje dan kemudiannya kalau tidak silap dengan Commissioner (Tan Sri) Rahim Noor yang menumbuk Anwar Ibrahim. Saya bekerjasama rapat dengan OCPD KK Supt. Ishak Awadan.

Saya diperkenalkan kepada Setiausaha SPR (Tan Sri) Abdul Rashid Abdul Rahman oleh 'ChildhoodFamily Friend' saya, Zahid Hamidi.

Harakah : Bila saudara mula kenal dengan Megat Junid?

MAT SWANDI : Saya berjumpa dengan Megat Junid Megat Ayob buat pertama kalinya di rumah Tun Mustapha di Petaling Jaya, hanya perbincangan enam mata sambil makan tengah hari. Kali kedua saya berjumpa dan berbincang dengan Allahyarham Megat Junid di rumah Allahyarham Tun Mustapa di Petaling Jaya bersama Osu Sukam (Timbalan Menteri Kerjaraya pada masa itu) dan Datu Abdul Salam Datu Harun, pun sambil sarapan tengah hari.

Kali ketiga saya dipanggil seorang diri berjumpa Allahyarham Megat Junid di pejabat beliau di Bukit Perdana. Saya sanjung komitmen beliau. Orangnya berani, amat disayangi oleh Allahyarham Tun Mustapha.

Harakah : Apa tindakan saudara untuk menjayakan 'Projek IC' ini?

MAT SWANDI : Saya berulang alik dari KL ke KK boleh dikatakan setiap minggu membawa berkotak-kotak borang kuning SPR dengan penerbangan akhir supaya tidak kelihatan oleh umum bila kotak-kotak SPR itu diturunkan oleh Yahya Hussin dan anggota-anggota cawangan khasnya dan dibawa terus ke rumah saya di Taman Berhwemin, Kepayan.

Sahabat-sahabat seperjuangan setia saya seperti Shafie Hj Apdal, Sapawi Ahmad, Karim Bujang, DatukDr. Hasbullah, Utuh Usbah, Mohd. Yunus Tahir, Abu Bakar Abas, Bahari Aship dan ramai lagi membantu saya mengagehkan borang-borang SPR ini kepada pembantu-pembantu USNO untuk merekodkan nama-nama pengundi baru.

Harakah : Operasi ini dijalankan di rumah saudara?

MAT SWANDI : Rumah saya di Kepayan menjadi intipan agen-agen PBS. Saya terpaksa tidur dengan senjata api, pun tidak nenyak tidur. Malah kalau mandi pun barang itu saya bawa sama. Memang membebankan, tapi seronok pula kerana peluang untuk berbakti kepada ugama, bangsa dan negara bukannya datang selalu. Lagi pun bukannya semua orang yang Allah SWT berikan peluang untuk berjihad seperti ini. Bagi saya itu semuanya adalah peluang dan pengalaman sekali sahaja dalam seumur hidup.

Harakah : Siapa daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang terbabit?

MAT SWANDI : Saya bekerjasama dengan amat baik sekali dengan Abdul Rauf Sani (Dato), Pengarah JPN Sabah pada masa itu. Peranan beliau amat penting sekali. Kerana saya bekerja sepenuh masa di BPMB, saya tidak ada masa langsung untuk terlibat dalam mengenalpasti orang yang diberikan IC biru ini dan langsung tidak pernah terlibat dalam apa bentuk pun dengan operasi sulit JPN Sabah atau JPN Pusat.

Di pusat gerakan saya di Kuala Lumpur veteran-veteran USNO seperti Ahmad Awang dari Tawau, allahyarham Piting dan ramai lagi yang sudah meninggal dunia datang membawa ratusan keping setiap seorang salinan photostat kad pengenalan yang data-datanya saya suruh pembantu-pembantu saya masukkan ke dalam komputer. Proses ini dilakukan sepanjang tahun 1989 sehingga bulan April 1990.

Harakah : Kemudian apa yang saudara lakukan?

MAT SWANDI : 'Print-outs' senarai pengundi-pengundi baru ini saya kemukakan sendiri kepada ibu pejabat SPR yang kebetulan pula duduk di Bangunan BPMB. Jadi amat mudahlah saya berurusan denganibu pejabat SPR, khasnya dengan Abdul Rashid Abdul Rahman (Tan Sri). Saya tabik diatas komitmen beliau.

Saya juga dapat menjalinkan hubungan sokongan yang amat baik dengan kumpulan gerakan Al-Ar’qam dan ketuanya yang bekerjasama dengan saya ialah Ustaz Halim, Timbalan kepada Allahyarham UstazAshaari Muhammad. Saya memohon sokongan mereka untuk menyokong USNO. Pada mulanya merekaitu OK, tetapi lama kelamaan mereka juga memohon menjadi calon.

Harakah : Berapa jumlah pengundi yang berjaya dibuat mellaui 'Projek IC' ini?

MAT SWANDI : Seingat saya, lebih kurang 20,000 pengundi tambahan dapat disenaraikan dan diageh-agehkan ke kawasan-kawasan yang jadi tumpuan USNO. Allahyarham Tun Mustapa amat ceria dengan perkembangan 'Projek IC' biru ini. Isu projek IC biru ini akhirnya terbongkar dan disebut dalam sidang DUN Sabah.

Moral ahli-ahli dan penyokong-penyokong USNO semakin tinggi. Hotel Dashrun semakin sibuk dengan ahli-ahli dan penyokong-penyokong USNO. Di situlah tempatnya pegawai-pegawai berbagai agensi Kerajaan Pusat berkumpul berjumpa dengan saya serta dengan Datu Abdul Salam. Semakin ramai yangdatang melobi untuk menjadi calon menjelang awal tahun 1990 kerana pilihanraya negeri akan diadakanpada tahun tersebut.

Tidak kurang yang datang mengganggu saya di BPMB. Jemputan untuk makan malam tidak putus-putussaya terima. Bekalan ikan kering, udang, sotong kering dan macam-macam lagi tidak putus-putus sayaterima dari Sabah.

Allahyarham Ahmad Ali Lope (orang Ipoh teman itu) datang berjumpa saya di pejabat saya di BPMB bagipihak Musa Aman untuk menyatakan hajatnya untuk menjadi calon USNO. Saya dan Datu Abdul Salam ditengking oleh Allahyarham Tun Mustapa bila kami menyampaikan hajat Musa Aman. Ringkas cerita, kerana pulus Musa Aman kuat, akhirnya Musa Aman diterima oleh Allahyarham Tun Mustapa sebagaicalon USNO, kalau tidak silap di Sibuga.

Harakah : Kemudian apa terjadi dengan 'Projek IC' ini?

MAT SWANDI : Malang menimpa diri saya bila satu hari Abdul Rashid Abdul Rahman (Tan Sri) memanggilsaya turun ke pejabatnya. Saya pun turun dan dibawa terus ke bilik khas di mana saorang pegawai IT nyamembuka senarai pemilih baru. Apabila satu nombor KP itu di klik, saya terkejut besar bila lebih 20 namakeluar yang menggunakan nombor KP yang sama!

Klik satu nombor KP, begitu juga dan apabila sudah kali jadi seperti ini, Abdul Rashid dengan nada yangkecewa bertanya kepada saya - “Now, tell me Mat, which one is genuine? I can’t do this type of stupid job. It’s tiring and embarassing. If this is the case, I am going to cancell all”.

Saya tekedu, malu dan tidak tahu apa yang saya nak jawab. Sia-sia segala pengorbanan dan penat lelahsaya selama ini!

Harakah : Tindakan saudara?

MAT SWANDI : Saya pun terus berjumpa dengan Datu Abdul Salam. Saya menghantar nota bertulis kepada Allahyarham Tun Mustapa menyatakan kekecewaan saya. Saya dipanggil datang kerumah Allahyarham Tun sekali lagi di Petaling Jaya. Beliau memaklumkan saya supaya bersabar kerana beliaumahu membincangkangnya dengan allahyarham Megat Junid dan untuk menyelesaikannya.

Harakah : Apa yang berlaku di sebalik satu no IC digunakan ramai orang itu?

MAT SWANDI: Saya membuat risikan sendiri dan akhirnya saya dapati orang yang diberikan kepercayaan untuk mengenalpasti bakal pengundi baru menjadikannya sebagai jalan paling mudah untuk mencetak wang supaya cepat kaya. Rupa-rupanya satu nombor KP baru itu dijual kepada lebih 20 orang dengan bayaran diantara RM200 – RM500 seorang! Kalau kita andaikan hitung panjang RM300 dikutip daripadasetiap orang, hasil kutipan dari 20,000 orang ialah RM6.0 juta!

Saya memaklumkan perkara ini kepada Ahmad Said (Dato Seri), Pengarah BPR Sabah pada masa itu dan juga kepada pegawai-pegawai Bukit Aman. Akhirnya ramai yang ditangkap di bawah ISA.

Saya memutuskan untuk terus meninggalkan operasi 'Projek IC' biru ini dan bertekad untuk berehat ambil melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana. Syukur alhamdulillah, walaupun saya memohon lewat dan permohonan sudah pun ditutup, dengan rahmat Allah SWT saya diterima juga untuk melanjutkan pelajaran ke Asian Institue of Management (AIM) Manila, Philippines.

Professor yang menemuduga saya didatangkan khas dari Manila untuk menemuduga dan menjalankan ujian IQ saya seorang sahaja di sebuah hotel dan selesai kertas ujian saya berikan kepadanya dalammasa yang singkat, beliau berkata “Most Welcome To AIM, You Are A Potential Distinction Candidate”.

Saya teramat bersyukur dan esok tiga hari kemudian apabila saya menerima surat tawaran ke AIM melalui faks, saya terus memohon kepada Ketua Eksekutif BPMB untuk cuti belajar dengan bantuan biasiswa dangaji penuh.

Malang sekali lagi, saya terpaksa mengambil cuti belajar tanpa biasiswa dan tanpa gaji. Nasib baik sayadapat kelulusan segera dari MARA untuk melanjukan pelajaran ke AIM dengan bantuan tiket kapal terbang.

Allahyarham Tun Mustapa memberikan saya USD1,000 yang saya tinggalkan dengan isteri pertama sayamanakala Datu Haji Abdul Salam memberikan saya RM1,000 yang saya tinggalkan dengan isteri kedua saya. Anak-anak saya yang masih kecil terpaksa saya tinggalkan.

Saya terbang ke AIM pada bulan Jun 1990 dengan hanya RM500 dalam poket, sedihnya hanya Allah SWT yang tahu. Zahid Hamidi menjanjikan bantuan Tabung Pemuda UMNO kepada saya, tetapi sampai sayahabis belajar habuk pun tak ada.

Saya menyerahkan semua fail-fail rahsia serta disk 3.5” kepada Allahyarham Tun Mustapa dan juga kepada Datu Abdul Salam sebelum saya bertolak ke Manila.

Syukur alhamdulillah, apa pun beberapa orang generasi muda terpelajar seperti Yahya Hussin, Dr. Yusuf Yakob, Karim Bujang, Datu Nasrun dan lain-lain lagi dipilih sebagai calon dalam pilihanraya negeri dalam bulan Oktober 1990. Ramai yang kalah kepada PBS.

Harakah : Jadi apa peranan Tun Mahathir dalam 'Projek IC' di Sabah itu?

MAT SWANDI : Semuanya itu adalah agenda terselit Mahathir untuk menjatuhkan Tun Mustapha dan Usno agar Umno mudah dibawa masuk ke Sabah tanpa banyak rintangan daripada Tun Mustapha.

Ini terbukti Mahathir menghina Tun Mustapha dan tidak melantiknya Ketua Perhubungan Umno Sabah apabila Umno diizinkan masuk, sebaliknya Sakaran Dandai, bapa saudara Shafie Apdal Mahathir pilih jadi Ketua Umno Sabah. Sedangkan Sakaran selama duduk dalam Usno hanyalah Timbalan Presiden Usno.

Bagi saya penghinaan terhadap Tun Mustapha sebagai Bapa Kemerdekaan Sabah yang sanggup bubarkan Usno dan bagi masuk Umno ke Sabah adalah penghinaan terhadap rakyat Sabah itu sendiri.

Oleh itu rakyat Sabah, wajib bangun kali ini menolak Umno-BN bulat-bulat. Sejak Umno bertapak di Sabah, keluarga Tun Mustafa dibiarkan jadi melukut di tepi gantang, tdak hairan sekarang, keluarga Tun Mustapha bangkit bersama Pakatan menolak Umno-BN "Ini kali lah".

Harakah : Apa sebab khusus Mahathir mahu jatuhkan PBS masa itu?

MAT SWANDI : Di antara agenda Mahathir yang meminta Allahyarham Tun Mustapa untuk menjatuhkan PBS dengan apa cara sekali pun ialah kerana Mahathir tercabar dengan ura-ura bahawa PBS mahu membawa Sabah keluar dari Malaysia. Buktinya 'Kambing Hitam' PBS yang menjadi mangsa ura-ura ini ialah Pengarah Institute of Development Studies (IDS) Sabah iaitu Datuk Dr. Jeffery Kitingan, adik kepada Datuk Pairin Kitingan ditahan di bawah ISA.

Mahathir pernah mengeluarkan amaran bahawa tiada jalan untuk sesiapa yang mahu membawa Sabah keluar dari Malaysia dan sesiapa sahaja yang mencetuskan cabaran ini akan ditahan di bawah ISA.

Kalau tidak silap lewat tahun 1994 semasa saya melawat Allahyarham Tun Mustapa di hospital, Allahyarham menangis sambil berkata kepada saya bahawa kalau direnung-renungkan balik semuanyaapa yang beliau lakukan untuk 'Projek IC' biru itu dulu dengan saya ialah agenda tersembunyi jangkapanjang Mahathir Mohamad yang mahu membawa UMNO masuk tanpa ditentang daripada Tun Mustafa.

Harakah : Apa sikap Tun Mustapha?

MAT SWANDI : Tun Mustafa dengan hati yang berat membubarkan USNO di atas pujukan Mahathir Mohamad dengan penuh harapan bahawa beliau akan dilantik secara automatik sebagai Ketua Perhubungan UMNO Sabah, tetapi sebaliknya apa yang Mahathir buat ialah melantik Datuk Sakaran Dandai (Tun), pakcik kepada Shafie Apdal sebagai Ketua Perhubungan UMNO Sabah sedangkan selamaini sebelum UMNO bertapak di Sabah, Datuk Sakaran Dandai (Tun) ialah Timbalan Presiden USNO.

Dengan air mata yang mengalir dalam keadaan badan yang sakit, lemah semangat dan dengan nada perlahan yang terputus-putus, Allahyarham Tun Mustapa mengatakan kepada saya bahawa seolah-olah UMNO meletakkan hujung pedang di atas kepalanya apabila Mahathir tanpa merujuk kepada beliau terlebih dahulu melantik Datuk Sakaran Dandai (Tun) sebagai Ketua Perhubungan UMNO Sabah sedangkan beliau masih lagi hidup.

Allahyarham Tun Mustapha menyifatkan penghinaan Kuala Lumpur ini terhadap beliau ini sudah keterlaluan saolah-olah beliau dipermainkan oleh Mahathir sebagai 'budak suruhannya' dalam 'Projek IC' biru dulu. Habis manis sepah dibuang. Rakyat Sabah tanpa mengira bangsa, keturunan dan fahaman politik wajib ingat bahawa tanpa kesediaan Allahyarham Tun Mustapa membubarkan USNO pada tahun 1991, UMNO tidak mungkin dapat bertapak di Sabah sehingga ke saat ini.

Penghinaan UMNO ini terhadap Allahyarham Tun Mustapa bukannya hanya merupakan penghinaan terhadap Allahyarham Tun Mustafa sendiri, malah adalah penghinaan kepada seluruh rakyat Sabah. UMNO Sabah sewajibnya memberikan penghormatan kepada keluarga besar Allahyarham Tun Mustapa dalam menyatupadukan rakyat Sabah, khasnya di kalangan Bumiputera yang berbilang latar belakang itu, tetapi malangnya kerana terlalu rakus kuasa dan angkuh, keluarga Allahyarham Tun Mustapa dibiarkanseperti melukut di tepi gantang.

Harakah : Apakah 'Projek IC' seperti di Sabah juga sedang berjalan di Semenanjung?

MAT SWANDI : Di Johor mereka ditarbiah mengapa mereka diberikan kad pengenalan biru/kerakyatan Malaysia secara mudah kerana UMNO yang sedang nazak ini amat memerlukan sangat undi mereka ini untuk memastikan kemengan UMNO-BN dengan cara apa sekali pun sebab orang-orang UMNO inimengakui kekuatan tentangan rakyat tempatan terhadap UMNO-BN pimpinan Najib-Muhyiddin Yasin.

Pemegang kad pengenalan biru baru ini ditakut-takutkan kalau UMNO kalah kepada Pakatan nantikononnya kuasa politik orang Melayu akan hilang di bumi Malaysia dan orang Melayu akan dihina oleh orang Cina. Cerita 'Tragedi 13 Mei 1969' ditimbulkan kembali untuk menakut-nakutkan pemegang kad pengenalan Malaysia dari Indon ini. Mereka juga diberikan amaran bahawa kalau mereka tidak mengundi UMNO-BN, SPR boleh kesan undi mereka dan akhirnya kerakyatan Malaysia mereka akan ditarik balik!

Yang teramat peliknya sokongan dan undi warga Indon ini ditagih, tetapi kebajikan mereka tetap dianaktirikan oleh UMNO-BN pimpinan Najib-Muhyiddin ini. Perniagaan mereka di Chow Kit, di Jalan Masjid India, di pasar tani, pasar malam, pasar borong dan di lain-lain tempat dizalimi dan barang-barang perniagaan mereka dirampas dan dirosakkan oleh DBKL.

Undi pemegang kad pengenalan 'Projek IC' biru ini diperlukan oleh UMNO-BN, tetapi pelajaran anak-anakmereka kelahiran Malaysia dan bertaraf warganegara Malaysia tetap dianaktirikan oleh UMNO. Mereka tidak diberikan kemudahan pinjaman buku, tiada bantuan pelajaran apabila mendapat tempat diIPTA/IPTS!

Warga keturunan Indonesia yang baru mendapat kerakyatan Malaysia hasil 'Projek IC' biru wajib sedar bahawa mereka ini diperkudakan dan diperbodohkan oleh UMNO. Mereka wajib menolak UMNO dalamPRU13 ini dan pastikan Pakatan menang besar untuk mengembalikan maruah, martabat dan harga dirirakyat Malaysia keturunan Indonesia ini.

Harakah : Jadi apa persepsi saudara dengan Umno hari ini?

MAT SWANDI : UMNO selepas era Tun Abdullah sudah hilang panduan, hilang pertimbangan, hilang arahtuju yang betul dan semakin terkeluar dari matlamat penubuhan dan perjuangan asal UMNO. Orang yangdan pencen pun semakin nyanyuk menjadi nahkoda kapal UMNO yang semakin bocor dan semakinterumbang ambing.

Sudah terlalu lama UMNO memimpin Kerajaan. UMNO semakin letih dan lesu. Saya tetap 'sayangkan UMNO'. Orang yang sayangkan kawannya yang letih mesti membantunya berehat secukupnya supayaorang yang cukup rehat boleh bangun kembali dan segar meneruskan tugasnya.

Oleh itu, saya yang 'sayangkan UMNO' mahu semua rakyat Malaysia merehatkan UMNO dalam PRU13 ini supaya semua karat barat UMNO, semua penyakit kanser UMNO dan semua kuman UMNO dapatdibersihkan dan sambil berehat dalam ICU, UMNO boleh melihat bagaimana gabungan Kerajaan baru Pakatan Rakyat boleh mampu mentadbir negara dengan jauh lebih baik lagi tanpa rasuah, tanpakeangkuhan, tanpa salah guna kuasa, tanpa membazirkan wang rakyat, tanpa AES yang mengazlimi rakyat, tanpa PTPTN tetapi biasiswa, tanpa tol, tanpa harga bahan api yang tinggi, tanpa kadar bayaran letrik yang tinggi, tanpa bekalan air disabotag oleh UMNO seperti yang berlaku di Selangor.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.