`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, February 20, 2013

KIRAM TIDAK SEDAR DIRINYA DIBUANG TAUSUG?






Oleh : DZULASREE @ ASREE SUG
TIDAK siapa tahu kenapa 'Sultan' ini mahukan North Borneo (Sabah) untuk dimasukkan ke wilayah Filipina? Satu kenyataan yang generasi muda dan nenek moyang Tausug kutuk sampai kiamat. Sangat menghairankan Sultan Esmail Kiram II ini sangat mencintai negara Kafir Filipina.

Mengapa tidak sahaja keluarkan diri dari kewarganegaraan Filipina menjadi 'Entiti Sendiri' sebagaimana nenek moyangnya? Jadilah Kesultanan SULU yang MERDEKA bukan di bawah ketiak Filipina!
Kami generasi muda Tausug lebih rela SABAH dijaga oleh Malaysia dari diheret masuk ke Filipina. Sampai bila Tausug berfikiran jumud seperti ini. Tiada masa depan dan terhina di bawah tapak kaki Filipina.

Daripada terhina di bawah tapak kaki Filipina lebih baik Tausug terhina di dalam kurungan rumah merah yang disediakan oleh Malaysia di seluruh Sabah.

Malaysia walau pun dipandang zalim menyeksa Tausug dalam tahanan rumah merah, sekurang-kurang Tausug tidak mengakui ketuanan Filipina.

Kita ucap terima kasih kepada Malaysia kerana membina Kurungan Rumah Merah kerana dengan ini generasi Tausug di Malaysia sentiasa subur semangat perjuangan mengembalikan hak nenek moyang mereka di negeri Sabah.

Kami setia menunggu dan mendoakan kejayaan Sultaniyah Sulu Darul Islam (SSDI) di bawah pimpinan para Datu dan Syarif di bawah naungan Sultan Bantilan Muhammad Muizzuddin II. Dunia ini hanya sementara, akhirat adalah tujuan kita. Kami sudah tidak tahan dengan demokrasi. Kami rindukan DARUL ISLAM.

Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.