`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Tuesday, February 19, 2013

PANAS: Ustaz Pas londeh Umno [Saksikan video neh...]


Calon melayu PR lebih ramai dari melayu BN - Ustaz Suhaimi Md Saad

Selepas tsunami politik 2008, Umno mula bercakap soal melayu, Islam. Rakyat ditakut-takutkan untuk membuat perubahan. Jika PR menguasai Putrajaya, Umn@ mencanangkan kepada orang melayu bahawa DAP akan menjadi Perdana Menteri.

Bagaimanapun kempen Umn@-BN tidak konsisten. Di hadapan orang cina pula Umno mengatakan jika PR menang, PAS akan jadi Perdana Menteri dan laksanakan hudud. Mana satu yang betul?

Ustaz Suhaimi Md Saad (Ketua Penerangan PAS Pahang) membentangkan hasil kajian perbandingan komposisi perwakilan melayu dan bukan melayu antara PR dan BN. Kajian tersebut menunjukkan PR meletakkan lebih ramai calon melayu berbanding Umno-BN. Juga ditunjukkan, kemenangan PR di beberapa buah kerusi telah berjaya meningkatkan jumlah ahli parlimen melayu kerana mereka telah mengalahkan calon-calon bukan melayu dari BN.

Menekuni perbandingan-perbandingan ini, mudah sahaja untuk difahami bahawa dakwaan Umno jika PR menang DAP akan jadi Perdana Menteri adalah tidak benar dan tidak berasas sama sekali.

- shalehudin

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.