`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Friday, February 22, 2013

Tarikh bubar DUN Selangor hanya gimik


Agenda mesyuarat bersama Adun dan pimpinan Pakatan Rayat pada Isnin lalu masih belum dibawa kepada perbincangan pimpinan peringkat pusat.
PETALING JAYA: Teka-teki tarikh pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hanya gimik politik yang dimainkan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Ini memandangkan tarikh pembubaran DUN Selangor masih belum diputuskan oleh beliau walaupun mesyuarat bersama pimpinan Pakatan Rakyat dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) telah diadakan pada Isnin lalu.
Semalam dalam sidang medianya, Abdul Khalid berkata pengumuman mengenai tarikh itu hanya akan dibuat selepas perayaan Chap Goh Meh yang jatuh pada Ahad ini.
Sedangkan agenda mesyuarat bersama Adun dan pimpinan Pakatan Rayat pada Isnin lalu masih belum dibawa kepada perbincangan pimpinan Pakatan Pusat.
Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata agenda mengenai tarikh pembubaran itu masih belum dibincangkan kepada pimpinan Pakatan Pusat.
“Tiada sebarang pengumuman atau perbincangan dibuat Menteri Besar mengenai tarikh pembubaran DUN kepada pimpinan Pakatan Pusat,” katanya menerusi Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) kepada FMT.
Abdul Khalid turut bertemu Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah semalam dan mendapat perkenan Tuanku untuk mengadakan  pembubaran DUN Selangor lebih awal.
Malah beliau mengakui menyatakan hasratnya kepada Tuanku Sultan untuk mengadakan Pilihan Raya Umum ke-13 secara serentak.
Tempoh matang berakhirnya penggal DUN Selangor adalah pada 22 April manakala parlimen 28 April.
Masih memilih tarikh
Sementara itu menurut satu sumber, Menteri Besar masih memilih tarikh sesuai untuk pembubaran DUN walaupun Tuanku Sultan telah memberi perkenan.
Jika dirujuk kepada kenyataan Abdul Khalid sebelum ini, pilihan raya berasingan adalah mustahil memandangkan beliau sendiri tidak keberatan untuk mengadakannya secara serentak.
Malah beliau turut mengakui bahawa tindakan pembubaran DUN lebih awal hanya sebagai desakan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk mengumumkan tarikh pilihan raya umum.
Maka masih ramai ternanti-nanti pengumuman selanjutnya daripada Abdul Khalid memandangkan beliau masih mengelak untuk mengumumkan tarikh pembubaran DUN itu.
Pada minggu lalu, beliau berjanji untuk mengumumkan tarikh itu pada minggu ini, sebaliknya semalam menegaskan perkara itu akan diketahui selepas perayaan Chap Goh Meh.
Sama ada pengumuman itu akan dilakukan pada Konvensyen Pakatan Rakyat Isnin depan, ramai pemerhati meramalkan pilihan raya serentak akan tetap diadakan.
Ini memandangkan krisis pengambilalihan perkhidmatan air terhadap syarikat konsesi masih belum diselesaikan sekaligus menyukarkan keadaaan Khalid yang akhirnya akan akur dengan pilihan raya secara serentak.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.