`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Friday, February 1, 2013

TERKINI ! Selangor Ambil Alih Air, Tempoh 14 Hari..Ini Bukan Gempak Real Punya..!!! ( + Video )


Cover SelangorKini Februari 2 2013

MB: 2 syarikat konsesi respon S’ngor mahu ambil alih pengurusan air

Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, dua syarikat konsesi sudah respon mengenai pengambilalihan perkhidmatan air oleh kerajaan Selangor sepertimana diberitahu Menteri Besar mengenai perkara itu semalam.

“Kerajaan negeri mendapat maklumbalas dari dua syarikat yang terlibat perkhidmatan air negeri.

“Tapi kita tak boleh namakan (syarikat tersebut) sekarang. Dua dari syarikat ini ada syarikat induk yang berada dalam penyenaraian awam. Ada bahagian-bahagian maklumat yang sensitif,” kata Khalid pada sidang media di bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah hari ini.
Perkembangan ini susulan pemberitahuan beliau tentang tempoh dua minggu ditetapkan Selangor untuk pengambilalihan itu.

Menurut Khalid, kerajaan negeri akan memperinci pengambilalihan perkhidmatan air negeri itu kepada Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (Kettha).

Beliau merujuk kenyataan Chin Fah Kui pagi tadi mengatakan tidak menerima surat pemakluman berkenaan perkara tersebut.

“Dia membalas secara umum. Dia setuju merujuk kepada Akta Suruhanjaya Air. Dalam akta itu ada prosedur bagaimana pengambilalihan dibuat. Kita tulis selanjutnya supaya dia terima,” jelas Khalid.

Tambahnya, dokumen tawaran pengambilalihan akan turut diserah kepada Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas), Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor (Splash), Puncak Niaga dan Konsortium Abbas Sdn Bhd (Abbas).

“Ini akan dibuat selepas 14 hari,” kata Khalid.

Semalam, kerajaan Selangor menulis surat kepada Fah Kui memaklumkan pengambilalihan perkhidmatan air daripada syarikat konsesi dalam tempoh 14 hari.

Pengambilalihan akan diteruskan dalam tempoh itu sekiranya kementerian tidak memberi sebarang maklum balas, menurut Khalid.

Fah Kui dalam kenyataan berkata, Pusat tidak akan menghalang Selangor mengambilalih perkhidmatan air jika semua pihak bersetuju.

Timbalan Perdana Menteri selaku Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Mengenai Air, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Sabak Bernam baru-baru ini pula menyatakan Pusat tiada halangan untuk Selangor mengambilalih perkhidmatan air.



Komen : TS Khalid tentu ada Strategi koprat dia...admin harap benda ini berjaya melalui pengalaman beliau berbanding khir toyo yang tidak boleh diharap untuk mengurus ekonomi Selangor.....

- kedahkini

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.