`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, February 7, 2013

TV3 nih.. Nak menipu pun agak-agaklaa...

Meskipun telah beberapa kali kantoi kerana menyiarkan laporan yang tidak benar untuk memburukkan Pakatan Rakyat sekaligus memperbodohkan Melayu.

TV3 yang semalam telah diakui oleh Nazri Aziz sebagai media tunggangan UMNO/BN (baca di SINI), sekali lagi cuba memperbodohkan Melayu.

Kali ini mengenai isu 'Kalimah Allah'.. TV3 melaporkan kononnya semalam ada 20 orang ahli PAS membuat demonstrasi membantah PAS tentang isu kalimah Allah di Pahang.

Malangnya kerana menyangka semua Melayu yang menonton laporan beritanya itu terdiri dari Melayu-melayu yang boleh diperbodohkan dengan begitu mudah seperti macai-macai UMNO..

TV3 telah melaporkan 20 orang Ahli PAS itu datangnya dari PAS Ranting Jerantut, Pahang.. tengok image yang aku ambil dari MiLo SuaM di bawah ni..


Agak-agaklah nak menipu pun, mengaku ahli PAS, tapi tak tahu bahawa PAS sudah lebih 20 tahun tidak menggunakan perkataan ranting.

Nampak sangat menyamar jadi ahli PAS kah kah kah...

Buat pengetahuan pembaca, sebutan "ranting" bagi mewakili cawangan PAS pernah digunakan 20 tahun dahulu.

Kini hanya KEADILAN yang menggunakan sebutan "ranting".

Jadi kepada wartawan atau pemberita TV3, lain kali kalau nak buat berita tipu macam ni, ingat jangan gunakan sebutan "ranting".  ASD

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.