`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Tuesday, May 14, 2013

300 CAWANGAN DESAK SHAFIE PILIH HISHAM




DESAK…Lebih 30 pemuda UMNO Cawangan Kg Air Semporna 1 desak Shafie lantik jadi Setiausaha Politiknya.

Oleh: SHAIMON S JUMADI Foto : SAFFIE S JUMADI
SEMPORNA : Majoriti suara Pemuda UMNO daripada 300 cawangan di Semporna mendesak agar Ahli Parlimen Semporna, Datuk Hj Mohd Shafie Hj Apdal melantik Haji Hisham Hj Abdul Fatah sebagai Setiausaha Politik sekiranya beliau dilantik sebagai Menteri Kabinet Malaysia.

Jawatan Setpol sebelum ini disandang oleh Datuk Jaujan Sambakong yang kini sudahpun menjadi ADUN Sulabayan dan terdapat kekosongan bagi jawatan berkenaan.
Haji Hisham sebelum ini telah memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Perhubungan Parlimen Semporna paling lama dan beliau layak untuk menyandang jawatan Setiausaha Politik kepada Shaffie berdasarkan pengalamannya mentadbir urus pejabat Parlimen Semporna selama lima penggal.

Jurucakap mereka, Mohd Saifullah Minggu yang mewakli 300 cawangan Pemuda UMNO Semporna memaklumkan bahawa mereka sebulat suara mencalonkan Hj Hisham kerana khidmat bakti Hji Hisham selama ini telah menjulang tinggi Shafie di persada politik tanah air.

Saifullah menambah, ramai yang meramalkan Hj Imran, mantan Pegawai Jabatan Air kononnya akan dilantik sebagai Setiausaha Politik kepada Shafie bagi mengganti Datuk Jaujan Sambakong.

Kata Saifullah, kematangan Hj Hisham dalam melaksanakan tugas-tugasnya sebagai Ketua Pegawai Perhubungan Parlimen telah menaikan martabat perjuangan UMNO, bukan sahaja di peringkat parlimen Semporna; bahkan merangkumi tiga (3) ADUN sehingga memperoleh kemenangan mutlak pada PRU-13.

“Boleh dikatakan 80 peratus ahli UMNO Semporna menyenangi pertawatakan dan sifat peramah semula jadi Hj Hisham yang suka bermesra dengan orang di sekelilingnya, tanpa memilih darjat dan pangkat,” ujarnya.

Saifullah yakin sekiranya Datuk Shafie mendengar rayuan mereka, selaku pemuda yang merupakan tunjang belakang dan nadi perjuangan UMNO Semporna, maka sudah tentu perjuangan UMNO Semporna semakin mantap dan dapat menyemarakkan lagi semangat perjuangan UMNO di Semporna,“ kata Saifullah yang berpendapat Semporna akan terus menjadi kubu kuat BN sekurang-kurangnya sehingga 2030.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.