`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Thursday, May 30, 2013

Hot : TV3 Kantoi, Lapor Berita Fitnah Lagi..


Sebab nak jaga imej BN. Pemberitaan macam hapa. Ngok ngek punya pembaca berita tv3. Aku memang dah lama tak puas ahti dengan dorang. Bukan apa. Jadi manusia tue bertanggungjawab la sikit. Takan takde rasa simpati, serba salah, takut dan risau bila korang melaporkan berita2 FITNAH dan berbaur menipu?

Aku tak percaya dorang tatau cerita2 yang dorang jaja tue kebanyakkan di manipulasikan. Ko kan wartawan. Ko cari berita. Ko dapat berita. Ko analisa berita. So mustahil untuk ko TIDAK TAHU kebenaran nya kan? Yang aku rasa ko TAHU KEBENARAN di sebalik setiap berita2 yang KORANG LAPORKAN dan korang TWIST agar berita2 tersebut berpihak kepada BN.

Aku tengok korang hidup dan bergelak ketawa dengan selesa tanpa rasa bersalah selepas menfitnah pelbagai jenis rakyat malaysia tanpa rasa bersalah. Akan tiba satu saat korang akan merana jua. Tunggu dan lihat. Bukan kita doakan ke apa ke. Jangan salah faham. Tapi orang yang buat benda2 jahat neh memang ada balasan nya beb. Buat baik, buat jahat seme ada balasan. Cuma balasan yang berbeza2 jek.

Baru2 neh TV3 ada laporkan satu isu. Isu tersebut ialah kisah bot karam di Sarawak. TV3 laporkan isu tersebut. Sebenarnya orang bukan marah dorang laporkan berita tersebut, yang orang marah sangat cara laporan tersebut. Tak tepat. Merepek, fitnah kepada rakyat Sarawak yang terpaksa memilih pengangkutan air disebabkan tiada pengangkutan darat yang sempurna/tersusun. 

Bukan sebab murah. Adakah TV3 nak tunjukkan persepsi yang kat Sarawak ada jalanraya yang sempurna tetapi pengguna prefer guna jalan air? Semata2 nak gambarkan owhh Sarawak stabil dan maju di bawah BN kah?

Lihat komen saksi yang menonton berita tv3 hari tue ;

 
Dan kat bawah neh pula petikan berita dari Utusan yang aku petik. Baru disiarkan pada hari neh. Utusan pun berkias2 juga sebenarnya. Kritik yang berpada2. Mungkin dorang dah bincang2 dalam meeting, kita tembak ja isu neh. Taib Mahmud KM Sarawak seumur hidup mesti sentap pula la. Ini la masanya beb.

KAH KAH KAH

"Jalan darat yang ada terlalu teruk keadaannya dan kami tiada pilihan selain menaiki bot ekspres." Demikian jawapan penduduk di daerah ini semasa ditanya mengapa perkhidmatan bot ekspres menjadi pilihan utama mereka untuk keluar ke bandar terdekat walaupun tambangnya agak tinggi.

Rata-rata penduduk yang ditemui Utusan Malaysia berkata, tambang perkhidmatan pengangkutan air itu tidak semurah yang disangka, sebaliknya agak membebankan terutama kepada mereka yang mempunyai keluarga besar.

Seorang surirumah yang hanya ingin dikenali sebagai Sonia, 31, memberitahu, tambang bot ekspres dari Belaga ke Kapit dan Sibu masing-masing mencecah RM35 dan RM55 bagi setiap penumpang dan adakalanya lebih mahal pada musim perayaan.

Beliau berkata, dia dan suami perlu mengeluarkan belanja besar untuk menampung kos mereka dan tiga anak setiap kali mahu pulang ke kampung halamannya yang terletak di Kapit.

"Tiada jalan darat ke Kapit dan jalan sedia ada cuma menghubungkan Belaga dengan Bintulu dan itu pun sekadar jalan balak yang kerap terputus hubungan akibat tanah runtuh terutama jika hujan. "Sebuah lagi jalan darat berturap yang turut menghubungkan Belaga dengan Bintulu sudah siap dibina pihak tentera namun tiada jambatan. Jadi kami menggunakan bot ekspres walaupun mahal dan mengambil masa sehingga empat atau lima jam," katanya.

Kakitangan awam, Katijah Abdullah, 33, pula berkata, perkhidmatan bot ekspres yang melalui daerah tersebut hanya dua kali sehari, iaitu laluan Bakun-Belaga-Kapit-Sibu pada sebelah pagi serta laluan Sibu-Kapit-Belaga-Bakun pada sebelah petang.

Jika terlepas perkhidmatan tersebut, katanya, mereka terpaksa menunggu keesokan hari atau memilih pengangkutan darat menggunakan kenderaan pacuan empat roda (4WD) yang dipanggil 'prebet' dengan bayaran RM50 setiap penumpang.
 

Ya ampun.

RM35 paling rendah untuk ke satu destinasi jek? Wehhhhhhhh mahal wehhh.

Orang Sarawak neh kaya2 belaka ke? Sanggup ko naik kenderaan 4 roda dengan bayar rm50 sekali jalan je? Kalau pergi balik rm100?

Perghhhhhhhhhhhhhhhhhh

Sebulan berapa ek?

Gila. Kalau rm35 tue pun aku rasa dah mencekik. Ini kan rm50? Mampuih.

Mahal2 ke gaji orang2 SARAWAK sekarang neh?

Apa pun aku tetap simpati dengan korang. Makan mahal. Pengangkutan mahal. Segala2nya mahal di Sarawak tue. Tapi mahal macam mana sekalipun orang2 sana tetap pilih BN. Kalau aku? Pui. Dah lama aku tinggal. Aku cadangkan sementara ada masa neh, korang fikir2kan la ek. Buatlah pilihan yang bijak, kalau tak parlimen pun biarlah untuk DUN.

Hehe. Oke bai. 

-amenoworld

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.