`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Saturday, May 4, 2013

5 tahun PR memerintah.. tak ada seorang pun pimpinan pakai gelang besi sebab rasuah..!!


5 tahun Pakatan tanpa rasuah, penyelewengan

http://jomkitabaca.files.wordpress.com/2012/04/kedah-bebas-rasuah.jpg?w=595
KEDAH & SELANGOR sama..tiada satu pun kes RASUAH
SHAH ALAM: Tidak ada sebab rakyat Selangor menidakkan pentadbiran Pakatan Rakyat bagi terus memimpin negeri ini memandangkan selama lima tahun pentadbirannya, ia terbukti bersih daripada sebarang penyelewengan.

Calon PAS Parlimen Shah Alam, Khalid Abd Samad menegaskan, pelbagai program termasuk Merakyatkan Ekonomi Selangor(MES) membuktikan kerajaan negeri amat prihatin dengan kebajikan rakyat.

Malahan, katanya, melalui program tersebut semua lapisan masyarakat tanpa mengira fahaman agama, kaum serta parti politik, dapat menikmati segala keistimewaan yang disediakan.

“Dan situasi ini amat berbeza jika dibandingkan sepanjang BN meneraju negeri,” kata Khalid.


“Sepanjang lima tahun ini, dalam penggal pertama Pakatanm banyak perkara yang baru kita pelajari dan banyak pula yang perlu ditampung dan diperbaiki, termasuk aspek kewangan.

“Insya-Allah, pada penggal kedua nanti, kita lebih berpengalaman dan simpanan juga bertambah mantap, membolehkan kita dapat melaksanakan banyak lagi program untuk rakyat,” katanya

Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor itu turut menekankan, kesepakatan dan kesepaduan dalam Pakatan memudahkan kerjasama dalam melaksanakan dasar dan rancangan bagi kepentingan umum.

“Saya yakin rakyat Selangor yang dapat merasai perubahan selama pentadbiran Pakatan akan terus mengekalkan pentadbiran yang ada agar nasib mereka terus dibela,” ujar Khalid.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.