`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Sunday, May 19, 2013

Allahu Rabbi!!! Lihatlah Betapa Sayangnya Insan Ini Kepada Bekas Menteri Besar Kedah Yang Sedang Terlantar di Wad ICU.. Jom Saksikan...





Shahril Rizal Ismail anggota polis yang sentiasa mengiring dan menjaga Ustaz Azizan selama lebih 5 tahun

-rakan fb

Kesihatan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak semakin baik dan beliau sedang dalam proses mencuci lukanya.

Bekas setiausaha akhbarnya, Mohd Helmi Khalid berkata, Azizan beransur pulih, namun belum boleh bercakap.

“Keadaannya masih lemah tapi stabil. Beliau sudah sedar cuma masih lemah.

“Beliau juga menunjukkan respons yang baik apabila sudah mengenali orang yang berada di sekelilingnya.

"Beliau juga masih belum makan, cuma bergantung kepada ubat diberikan melalui suntikan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, Azizan dijangka berada di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Pulau Pinang (HPP) sehingga rawatan selesai.

“Setakat ini, tiada perancangan untuk bawanya ke hospital lain. Mungkin beliau akan di HPP sehingga segalanya selesai. Tambahan pula, beliau dipantau 10 doktor pakar. Jadi tiada masalah dengan rawatan di sini," katanya.

Azizan kehilangan kedua-dua belah kaki melalui pembedahan yang dijalankan akibat komplikasi penyakit kencing manis.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.