`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Tuesday, May 28, 2013

ANIH ! RM22.70 KEPADA RM27.70?


Pengguna Kecewa, Caj Tol LPT Tiba-Tiba Naik RM5 !!
Seorang pemandu lori terkejut dengan caj kadar tol Lebuhraya Timur Barat (LPT) yang melambung naik dari kadar sebenar. Beliau mendakwa dia membawa lori kelas 2 dari Plaza Tol Kuantan dan keluar melalui Plaza Tol Temerloh. Kadar tol yang tertera pada papan kenyataan Malaysia Thai Development (MTD) untuk jarak tersebut ialah RM22.70. Namun apa yang mengejutkan beliau ialah dia dikenakan caj sebanyak RM27.70 iaitu penambahan caj sebanyak RM5.00 dari kadar sebenar. Persoalannya, adakah kerajaan sudah menaikkan kadar tor secara diam-diam di Lebuhraya Timur Barat?.. Justeru pihak yang berkenaan terutamanya Kementerian Pengangkutan digesa memantau isu ini, kerana ia jelas sesuatu yang amat tidak wajar sama sekali. Adakah kenaikan ini bermula selepas Pilihanraya Umum Ke-13 lalu?, Ini kerana difaham kadar yang biasa tetap digunakan sebelum PRU. Jika ini keadaannya, maka sudah pasti rakyat akan bertambah marah kepada kerajaan UMNO BN kerana mereka sewenang-wenangnya mendahulukan syarikat konsesi lebuhraya terbabit berbanding rakyat. Adakah ini janji PRU BN?]

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.