`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Wednesday, May 1, 2013

Ayoyoo... Apa sudah jadi?? India manyak marah ooo...



Waythamoorthy dulu.... very hero!! Semua India sanjung. Waythamoorthy sekarang... wheekk!! Banyak India marah.

Dey Waythamoorthy... apa sudah jadi sama lu?? Dulu, you very firece... very vocal. Like 'Tamil Tiger', you know??

Now... like burung kakak tua only. Angguk-angguk.... geleng-geleng saja. Ayoyo... so UMNOOOO la you now.

Persoalannyer mengapa dia berubah arah??

Apakah dia sudah serik menjadi orang buangan dalam keadaan sakit di perantauan?? Adakah kerana ada ugutan supaya dia tunduk kepada UMNO?? 

Wallahua'lam... Hanya DIA dan dia jer yang tahumengapa.

Bekas penyokong Hindraf bakar patung pemimpin

Bekas penyokong Barisan Bertindak Hak-hak Hindu (Hindraf) di Kulim hari ini membakar patung pemimpin organisasi itu P Waythamoorthy bagi meluahkan perasaan tidak puas hati mereka dengan keputusan merestui kepimpinan Datuk Seri Najib Razak.

Jurucakap kumpulan itu, M Asogan berkata, Waythamoorthy menggadaikan kehormatan diri dan maruah masyarakat India kepada Umno semata-mata kepentingan sendiri.

Beliau berkata, pada 2007 dan 2008, ribuan orang India turun ke jalan raya untuk menyuarakan perasaan tidak gembira dan tidak puas hati dengan kerajaan pimpinan Umno dan BN.

"Tetapi dengan melupakan acara bersejarah ini, Waythamoorthy kini mendekatkan dirinya dengan Umno.

"Masyarakat India di Malaysia tidak akan sekali-kali memaafkan Waythamoorthy kerana mengkhianati masyarakat India yang terpinggir dan diketepikan," katanya selepas mengadakan bantahan bersama 500 hadirin di Paya Besar. [ Terskan di sini ]

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.